18 Dis 2018

Jenazah Muhammad Adib Dikebumikan Penuh Penghormatan




ALOR SETAR: Jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim akan dikebumikan dengan penuh istiadat kebombaan.

Penghormatan itu diberikan terhadap anggota bomba berusia 24 tahun itu selepas Allahyarham meninggal dunia pada Isni, 9:41 malam.

Segala persiapan menyambut kepulangan jenazah di kampung halamannya dekat Tebengau, Kuala Kedah, telah dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Kedah.

Menurut Pemangku Pengarah Bomba Kedah, Mohd Zahar Abdullah, jenazah Muhammad Adib dijangka tiba di rumahnya pada pukul 7 pagi Selasa selepas selesai urusan bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kerja-kerja mengorek liang telah dilakukan anggota bomba malam tadi sebaik mengetahui berita kematian Muhammad Adib.
"Ratusan anggota bomba dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah diarahkan hadir bersama-sama pegawai kanan dalam penghormatan terakhir buat Muhammad Adib.

"Mereka akan memakai pakaian lengkap serta songkok Bomba," kata Mohd Zahar selepas selesai mesyuarat tergempar bersama 25 pegawai bomba di Ibu Pejabat JBPM Kedah di sini, lewat Isnin malam.

Katanya, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah turut dijangka akan berangkat menziarahi jenazah Muhammad Adib bagi memberi penghormatan terakhir.

Ketua Pengarah JPBM, Datuk Mohamad Hamdan Wahid dijangka akan mengiringi Sultan Kedah.

Kata Mohd Zahar, seramai 200 anggota JPBM Kedah telah dikerahkan bagi melakukan persiapan dan pengebumian jenazah sehingga selesai.

Tambahnya, JBPM Kedah turut melancarkan tabung kilat untuk disumbang kepada keluarga Allahyarham.

Pada Ahad, IJN melalui satu kenyataan memaklumkan kesihatan Muhammad Adib kembali merosot apabila paru-parunya gagal berfungsi.

Pihak IJN mengambil keputusan memasukkan semula sistem Veno-Venous ECMO pada jam 9 malam Isnin untuk membantu keperluan sistem pernafasannya.

Muhammad Adib disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 Isnin malam selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat cedera parah dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield pada 27 Nov lalu.

3 Nov 2018

Belanjawan 2019

KUALA LUMPUR: Berikut ialah inti pati Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, di Dewan Rakyat semalam.



Belanjawan 2019 yang bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ itu menumpukan kepada tiga fokus dengan 12 strategi bagi mengembalikan kedudukan ekonomi Malaysia sebagai Harimau Asia.

Tiga fokus berkenaan ialah :

1) Melaksanakan Reformasi Institusi
2) Memastikan Kesejahteraan Rakyat
3) Memupuk Budaya Negara Keusahawanan

Dua belas strategi pula ialah :
  • Memperkukuh pengurusan fiskal
  • Menstruktur semula dan merasionalisasi hutang kerajaan
  • Meningkat hasil kerajaan
  • Menjamin kebajikan dan kualiti hidup
  • Meningkat peluang pekerjaan dan kebolehpasaran
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan dan perlindungan kebajikan sosial
  • Meningkatkan pendapatan boleh guna pendidikan bagi masa hadapan yang lebih baik
  • Mencetuskan kuasa ekonomi baharu
  • Merebut peluang dalam menghadapi cabaran global
  • Mendefinisi semula peranan kerajaan dalam perniagaan
  • Memastikan pertumbuhan ekonomi yang saksama dan mampan


Kerajaan struktur semula pendekatan belanjawan melalui sistem sifar belanjawan. 

Akta Kebertanggungjawaban Fiskal 2021 akan dibentangkan untuk elak perbelanjaan tidak terkawal dan hutang besar. 

Kerajaan berhasrat bentang Akta Perolehan Kerajaan tahun depan untuk kawal selia proses perolehan bagi memastikan ketelusan dan persaingan terbuka

Kerajaan akan laksanakan perakaunan akruan ganti perakaunan asas tunai mulai 2021. Pejabat Pengurusan Hutang akan diwujudkan untuk semak dan urus hutang serta liabiliti Kerajaan. 

Projek LRT3 akan diteruskan dengan mengurangkan kos keseluruhan sebanyak 47 peratus iaitu daripada RM31.6 bilion kepada hanya RM16.6 bilion. 

Projek MRT2 juga akan diteruskan dengan penurunan kos pembinaan sebanyak 22.4 peratus iaitu RM8.8 bilion daripada RM39.3 bilion kepada RM30.5 bilion. 

Projek Landasan Berkembar Lembah Klang 2 akan ditender semula dan dijangka memberi penjimatan kos besar

Di bawah SST, hampir 10 kali ganda item GST dikecualikan daripada cukai jualan

Kajian awal mendapati terdapat penurunan harga pada 291 daripada 417 barang yang diperiksa

​​​​Hutang langsung Kerajaan Persekutuan mencatat RM687 bilion atau 50.7 peratus daripada KDNK pada akhir 2017

Hutang rasmi Kerajaan Persekutuan dijangka mencatat 51.8 peratus daripada KDNK pada 2019

Jumlah liabiliti akan berkurangan kepada 73.5 peratus tahun depan berbanding 74.6 peratus yang dijangka pada akhir 2018

Kerajaan akan mengurangkan pegangan dalam syarikat bukan strategik

Model Kerjasama Awam-Swasta akan dijalankan secara tender terbuka dan bukannya kaedah rundingan terus

​​​​Kerajaan merancang melaksanakan penjualan tanah secara berjadual dan berperingkat kepada pembida tertinggi bagi memaksimumkan hasil kepada kerajaan

Kerajaan akan mewujudkan Amanah Pelaburan Hartanah bagi Lapangan Terbang yang pertama di dunia Kerajaan akan beri pengecualian cukai perkhidmatan kepada perkhidmatan spesifik bermula 1 Januari 2019

Kerajaan akan perkenalkan sistem kredit untuk potongan cukai mulai 1 Januari 2019

Kerajaan mencadangkan perkhidmatan yang diimport dikenakan cukai perkhidmatan bagi memastikan penyedia perkhidmatan tempatan mendapat persaingan yang adil mulai 1 Januari 2019

​​​​Penyedia perkhidmatan atas talian asing akan dikehendaki mendaftar dengan kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan mulai 1 Januari 2020

Kerajaan akan lancar program khas Pengakuan Sukarela untuk pembayar cukai mengisytiharkan sebarang pendapat yang tidak dilaporkan

Malaysia akan melaksanakan Pertukaran Maklumat Secara Automatik dengan pihak percukaian lain yang membolehkan audit dan siasatan

Kerajaan akan mengkaji lebih 130 jenis skim fiskal sokongan pelaburan yang dikendali 32 agensi penggalakan pelaburan bagi memastikan insentif cukai relevan dan tiada pertindihan

Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah dinaikkan kepada 10 peratus daripada lima peratus bagi syarikat, individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap dalam tahun keenam dan ke atas

​​8 Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) untuk warganegara dan penduduk tetap dinaikkan kepada lima peratus CKHT dikecualikan atas harga hartanah, rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah mampu milik berharga di bawah RM200,000

Kadar duti setem bagi pemindahan hartanah bernilai lebih RM1 juta dinaikkan kepada empat peratus

Pilihan kadar cukai maksimum sebanyak RM20,000 yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 akan dimansuhkan

Lesen kasino dinaikkan kepada RM150 juta setahun daripada RM120 juta setahun

​​​​Duti kasino dinaikkan kepada 35 peratus ke atas pendapatan kasar

Lesen mesin ‘dealer’ akan dinaikkan kepada RM50,000 setiap tahun daripada RM10,000 setiap tahun

Duti mesin judi dinaikkan kepada 30 peratus ke atas kutipan kasar

Kerajaan Persekutuan dijangka mengutip hasil sebanyak RM261.8 bilion pada 2019, merangkumi dividen khas Petronas sebanyak RM30 bilion

Kerajaan akan membenarkan platform penjanaan dana masyarakat yang dipacu sektor swasta sebagai alternatif pembelian rumah pertama dan dikawal selia Suruhanjaya Sekuriti

Dana-dana modal teroka yang diurus agensi kerajaan akan diselaraskan bagi memastikan dana disalurkan kepada syarikat berpotensi tinggi sahaja

​​Dana Pelaburan Berkaitan Kerajaan akan menyediakan geran padanan RM2 bilion untuk melabur dalam dana ekuiti swasta dan dana modal teroka

Kerajaan bercadang menubuhkan Dana Pelaburan Bersama berjumlah RM50 juta untuk melabur bersama pihak swasta melalui platform pembiayaan alternatif

Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan bagi memperkenalkan rangka kerja baharu untuk meluluskan dan memantau aktiviti jual beli mata wang digital dan pasaran token, akan diwartakan pada awal 2019

Kerajaan akan melaksanakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara dengan peruntukan RM1 bilion

Kerajaan memperuntukkan RM210 juta bagi tempoh 2019 sehingga 2021 untuk menggalakkan peralihan kepada Industri 4.0

Perbadanan Produktiviti Malaysia akan menjalankan program Penilaian Kesediaan untuk bantu 500 syarikat PKS beralih kepada teknologi Industri 4.0

Sebanyak RM2 bilion akan disediakan menerusi Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan bagi menggalakkan PKS membuat pelaburan dalam automasi dan pemodenan

Kerajaan menyediakan dana Transformasi Pendigitalan Industri dengan dana RM3 bilion dan insentif subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus

Kerajaan bercadang pengenaan cukai pendapatan pada kadar konsesi 10 peratus ke atas keseluruhan pendapatan statutori berkaitan aktiviti Hab Prinsipal bagi tempoh lima tahun

Kerajaan akan melaksanakan dana pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) oleh institusi kewangan komersial sebanyak RM4.5 bilion dengan 60 peratus jaminan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd Kadar cukai pendapatan bagi syarikat berpendapatan bercukai sehingga RM500,000 dan PKS dengan modal berbayar kurang RM2.5 juta akan dikurangkan kepada 17 peratus daripada 18 peratus

Exim Bank akan menawarkan kemudahan kredit dan perlindungan takaful kepada pengeksport PKS berjumlah RM2 bilion

Sebanyak RM100 juta akan diperuntukkan bagi menambah baik keupayaan industri PKS dalam industri halal

Skim Pembiayaan PKS patuh Syariah berjumlah RM 1 bilion akan disediakan untuk membiayai pengeksport produk halal oleh institut kewangan Islam dengan kerajaan memberi subsidi kadar keuntungan sebanyak dua peratus

Permodalan Usahawan Nasional Bhd akan sediakan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi industri pemborongan dan peruncitan serta premis perniagaan untuk disewa

Sebanyak RM20 juta diperuntukan untuk kempen ‘Beli Barangan Malaysia’

Kerajaan memperuntukkan RM2.46 bilion bagi kerja menaik taraf dan memulihara landasan kereta api

Peruntukan sebanyak RM25 juta disediakan bagi projek Zon Sempadan Khas Ekonomi Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam, Kedah

Tanah seluas 380 ekar di Pulau Indah akan dijadikan Zon Perdagangan Bebas dan menjadi sambungan kepada Zon Bebas Pelabuhan Klang

Kerajaan akan laksanakan program Biodiesel B10 bagi sektor pengangkutan dan B7 untuk sektor industri pada 2019

Peruntukan sebanyak RM30 juta disediakan untuk membantu pekebun kecil kelapa sawit mendapatkan pengiktirafan sijil Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO)

Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi penggunaan teknologi Cuplump Modified Bitumen untuk pembinaan jalan raya di kawasan pelabuhan dan perindustrian secara berperingkat

Kerajaan menyediakan peruntukan Insentif Pengeluaran Getah sebanyak RM50 juta bagi membantu mengurangkan kesan kejatuhan harga getah kepada pekebun kecil

Sebanyak RM47 juta diperuntukkan bagi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk meningkatkan produktiviti benih, bijirin dan buah-buahan; RM18 juta untuk automasi industri agromakanan; dan RM52 juta untuk program keusahawan dan latihan industri tani

Kerajaan menawarkan insentif Taraf Perintis sebanyak 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60 peratus untuk 5 tahun bagi syarikat yang menghasilkan plastik mesra alam berasas bio-resin dan bio-polimerDana sebanyak RM2 bilion disediakan di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau dengan Kerajaan menampung subsidi kadar faedah dua peratus bagi lima tahun pertama

Belanjawan 2019 memperuntukkan sebanyak RM314.5 bilion dalam perbelanjaan berbanding anggaran RM290.4 bilion pada 2018

Sebanyak RM259.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Peruntukan untuk Simpanan Luar Jangka pula berjumlah RM2.0 bilion.

Sektor ekonomi menerima peruntukan tertinggi sebanyak RM29.2 bilion, sektor sosial RM15.2 bilion, sektor keselamatan sebanyak RM7.1 bilion dan sektor pentadbiran sebanyak RM3.2 bilion.

Sumber : Berita Harian.

19 Okt 2018

Kronologi siasatan Zahid Hamidi oleh SPRM

KUALA LUMPUR: Berikut merupakan kronologi siasatan terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membawa kepada pendakwaan terhadap salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan sebuah yayasan:


2 Julai:

Ahmad Zahid ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

3 Julai:

Ahmad Zahid ke Ibu Pejabat SPRM dipercayai bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akal Budi.

10 Okt:

Ahmad Zahid memberi keterangan kali kedua kepada SPRM dipercayai bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akal Budi.

Anak Ahmad Zahid iaitu Datuk Nurulhidayah memberi keterangan kepada SPRM juga dipercayai bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akal Budi.

11 Okt:

Ahmad Zahid memberi keterangan kali ketiga kepada SPRM bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akal Budi.

Menantu Ahmad Zahid Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff memberi keterangan kepada SPRM bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akal Budi.

12 Okt:

Ahmad Zahid memberi keterangan kali keempat selama lebih tujuh jam kepada SPRM dipercayai bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akal Budi.

18 Okt:

Ahmad Zahid ditahan SPRM berhubung salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akal Budi.

Ahmad Zahid menolak cadangan peguamnya untuk membuat permohonan kebenaran untuk diikat jamin supaya tidak ditahan di lokap SPRM.

19 Okt:

Ahmad Zahid dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk didakwa.

SUMBER : Internet

16 Sep 2018

Anwar Mohon Maaf Janji Manifesto Ditangguhkan

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memohon maaf kerana beberapa janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) terpaksa ditangguhkan buat masa ini sehingga kewangan negara kembali kukuh.

Katanya ketika manifesto berkenaan dibuat, PH tidak menjangkakan hutang negara mencecah sehingga RM1 trilion.


“Sekarang ini apabila lihat, kenyataan dia berbeza, oleh demikian itu… saya minta maaf kerana ada manifesto yang kita boleh lakukan dan ada yang lain kita kena tangguhkan,” katanya pada sesi soal jawab program ‘Meet Anwar’ anjuran Anwar Ibrahim Club, di sini, hari ini.

Antara lain, katanya faktor hutang ini disumbangkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mempunyai hutang berpuluh bilion ringgit, berbanding jangkaan awal di bawah RM3 bilion.

“Kita baru fikir bawah RM3 bilion, kita tak terfikir ada beli kapal, beli painting (lukisan) dan ada duit beri kepada (pelakon Hollywood) Leonardo DiCaprio. Besar masalah dia, jadi Tun Dr Mahathir (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) kata berilah masa.

“Apa yang kami ada kami akan tawarkan… terdapat masalah, bolehkah anda dapatkan semula semua dana itu? Kapal terbang beli baru (contoh) RM250 million (juta), kalau yang terpakai, nilai (sebenarnya) tak boleh dapat balik, kapal laut lagi teruk, nilai bagi yang terpakai sangat rendah, jadi kita dah rugi banyak,” katanya.

Sementara itu, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa beliau memberi sokongan 100 peratus kepada pentadbiran kerajaan di bawah Dr Mahathir dan menyeru rakyat untuk memberi peluang kepada pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu untuk memerintah negara.

“Sekarang Tun Dr Mahathir baru jadi perdana menteri selama empat bulan, bagi peluang dia perintah dengan baik, kita sokong dia. Ruang sekarang ini adalah untuk beri sokongan padu, saya nak kerajaan PH kuat, dihormati dan boleh laksanakan perubahan. Sekarang giliran Tun Dr Mahathir, kita sokong, saya beri dia sokongan 100 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan daripada hadirin yang mahu mengetahui wawasannya sebagai bakal perdana menteri kelapan negara.

Mengulas mengenai dasar kerajaan terhadap negeri-negeri pembangkang, katanya dasar kerajaan PH adalah tidak meminggirkan mana-mana daerah dalam negara.

“Kita hormati hak mereka, dari segi perlembagaan tanggungjawab kerajaan adalah untuk membantu rakyat tanpa kira fahaman politik dan agama. Mudah-mudahan dengan pelaksanaan (dasar) esok, terbuka hati Kelantan (antara lain) dan rujuk kita,” katanya.

Berhubung Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) (SOSMA) 2012, Anwar berkata PH berjanji akan menghapuskan undang-undang ‘draconian’ atau undang-undang yang menindas.

“Saya alami derita (semasa dipenjarakan), untuk menyedarkan dan menginsafkan diri saya supaya dapat rasai derita orang lain, sebab itu bila saya diseksa, saya lihat SOSMA, saya tak setuju bentuk undang-undang yang ada sekarang. Kedua saya tak setuju pendakwaan dan hukuman terlalu keras pada kesalahan kecil yang tak setimpal,” katanya.

Anwar berkata beliau secara peribadi memaafkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam hal yang membabitkan mereka berdua tetapi dalam hal wang negara dan kepentingan rakyat, ia tertakluk kepada proses yang ada.

“Dari segi peribadi saya maafkan dia walaupun dia sumbat saya masuk penjara… dua minggu pertama saya tidur atas simen. Tapi soal wang negara, soal hak rakyat tak mungkin saya (dapat) maafkan. Kena ikut proseslah, kalau terbukti dia bersalah nasiblah, apa juga yang anda ambil daripada orang awam, anda bertanggungjawab,” katanya.

Terdahulu beliau melancarkan buku “A People’s History of Malaysia’ karya bekas pensyarah Universiti Malaya dan bekas Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali yang kini memegang jawatan pengerusi Jawatankuasa Bantahan, Rayuan dan Disiplin PKR. 

Sumber : Internet

2 Sep 2018

Hishammuddin mungkin akan dipanggil oleh SPRM

PUTRAJAYA: Peguam kepada bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid, mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin memanggil bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi memberi keterangan berhubung siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


Peguam Datuk Shaharudin Ali, mendakwa dalam prosiding permohonan lanjutan terhadap anak guamnya di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, SPRM juga mahu mengesan dua putera Arab Saudi bagi membantu siasatan itu.

Shaharudin berkata, SPRM memohon lanjutan reman selama tujuh hari lagi terhadap Hasanah hari ini, selepas direman lima hari bermula Rabu lalu, namun mahkamah hanya membenarkan lanjutan reman sehari saja lagi sehingga esok.

Katanya, SPRM memberikan sembilan alasan bagi permohonan lanjutan reman itu, antara lain badan itu mahu mengesan baki wang dan beberapa jam tangan mewah yang masih belum dikesan, selain mahu mengetahui pergerakan dan menggeledah rumah anak guamnya.

"Terdapat juga isu untuk membawa pulang tiga individu yang dipercayai terbabit dalam kes ini dari Abu Dhabi.

"Apa yang memeranjatkan, nama Datuk Seri Hishammuddin disebut sebagai orang yang mungkin juga disiasat SPRM berkaitan isu Datuk Hasanah ini dan tujuh pegawai MEIO yang lain. Mereka mengatakan mereka mungkin akan menemuduga beliau tak lama lagi.

"Kami maklumkan kepada mahkamah bahawa lima hari (reman) sudah memadai. Perjalanan siasatan agak lambat dan ia tidak boleh diletakkan di bahu Datuk Hasanah," katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret di sini.

Shaharudin berkata, Hasanah turut memberikan kenyataan di mahkamah bahawa dia menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah MEIO di bawah perintah kerajaan Malaysia, selain turut menafikan pembabitan Hishammuddin dan dua putera Arab Saudi dalam kes itu.

"Dia mengatakan dia berurusan sebagai Ketua Pengarah perkhidmatan sulit Malaysia dengan perkhidmatan rahsia Arab Saudi, jadi urusan ini banyak membabitkan rahsia besar kerajaan dan bukan orang calang-calang yang boleh bertanya dengannya mengenai urusan perisikan sulit antara Malaysia dan negara luar," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika diminta mengesahkan dakwaan itu, enggan mengulas lanjut.

"Tidak mahu komen. Sesiapa saja yang boleh membantu siasatan akan dipanggil," katanya ketika dihubungi.

Sumber Laporan : BH

31 Ogo 2018

Sulaiman Abdullah, Gopal Sri Ram Ganti Tommy Thomas Dalam Kes Najib Razak

KUALA LUMPUR: Pendakwa Raya Tommy Thomas bukan lagi terlibat dalam kes dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes 1MDB.
 

Melalui sebuah kenyataan media lapor Astro Awani Tommy Thomas berkata beliau akan mengundur diri sebagai ketua pendakwa raya dalam kes tersebut, dan telah melantik Datuk Sulaiman Abdullah untuk mengetuai pihak pendakwaan dalam kes Datuk Seri Najib Razak.
Sehubungan itu, beliau juga mengumumkan pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwaraya Kanan yang dijangka membantu Datuk Sulaiman dalam kes pendakwaan itu.
Tommy menyatakan bahawa beliau tidak boleh menggabungkan kesemua komitmen tugas yang beliau sandang sekarang, dan dalam masa yang sama membuat persediaan untuk mengendalikan perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak.
Sulaiman merupakan salah seorang peguam terkemuka negara, yang berpengalaman luas dalam undang-undang jenayah, temasuklah jenayah kolar putih.
Sri Ram, yang merupakan mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, telah kembali mengamalkan bidang kepeguaman secara aktif. Beliau berpengalaman luas dalam hal-hal perundangan jenayah.
Tommy mengesahkan bahawa kedua-dua Sulaiman dan Sri Ram akan melakukan kerja-kerja pendakwaan secara ‘pro-bono’ atau sukarela tanpa dibayar apa-apa gaji.
Sumber Laporan : Astro Awani

18 Ogo 2018

JHO LOW : Tun M Berbohong Tentang AS Bersetuju Penyitaan Equanimity

PETALING JAYA: Dipetik dari sebuah pengadilan baru-baru ini oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ), usahawan buruan, Jho Taek Low, juga dikenali sebagai Jho Low, mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia berbohong, apabila mendakwa AS menyokong penyitaan Malaysia terhadap kapal mewahnya, Equanimity.

Kapal Mewah Equanimity.

"Hari ini (17 Ogos) mahkamah memfailkan oleh DoJ, secara langsung bercanggah dengan kenyataan palsu rejim Mahathir, serta menyatakan tanpa penyesalan bahawa Amerika Syarikat terlibat dan bersetuju untuk menyalahi aset hak milik Mahathir ini," kata jurucakap Low dalam kenyataan.

Kenyataan Low disertai dengan salinan, yang dikatakan adalah pengaduan Mahkamah DoJ bertarikh 17 Ogos.

Mengikut salinan itu, Amerika Syarikat merancang untuk membawa aset itu ke Amerika Syarikat, membelanjakan jumlah yang besar ke atas krew, bahan bakar dan pemeliharaan kapal.

Kenyataan Jho Low menuduh Dr Mahathir telah mencurinya keluar dari bawah mereka (Amerika Syarikat) dan rata-rata berbohong mengenainya.

Malah, kata Mahathir pada 11 Ogos, "Jika kami mahu menyimpannya, kami berhak melakukannya kerana ini adalah milik kami dan dibeli dengan wang rakyat Malaysia yang dicuri, dan apabila kami menjual bot ini, kami berhak kepada hasilnya".

Peguam Negara Malaysia menyatakan bahawa penyitaan itu berlaku selepas 'rundingan tertutup dengan Amerika Syarikat'.

"Berdasarkan pemfailan DOJ, ini semua adalah kebohongan. Pada hakikatnya, percubaannya untuk membenarkan perbuatannya menjadikannya mustahil untuk menjual aset itu untuk nilai saksama kerana persoalan undang-undang yang masih terbuka mengenai pemilikan sebenar dan kesan undang-undang yang mungkin dihadapi oleh mana-mana pemilik baru," kata jurucakap Low tersebut. .

Sabtu lepas (11 Ogos), Dr Mahathir berkata Equanimity, RM1 billion akan dijual secepat mungkin kepada penawar tertinggi untuk mendapatkan semula wang yang dicuri yang digunakan untuk membeli bot mewah itu.

Equanimity kini berlabuh di Pusat Pelayaran Boustead di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

7 Ogo 2018

The Equanimity' tiba di Pelabuhan Klang

KUALA LUMPUR: Kapal persiaran mewah 'Equanimity' sudah tiba di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang sekitar jam 12.25 tengah hari ini.
Kapal mewah itu yang dianggarkan bernilai RM1 bilion dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Gambar fail

Kapal tersebut yang dipercayai milik ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low telah tiba selepas berlepas dari pelabuhan Batam sejak petang semalam.

Kapal mewah itu yang dianggarkan bernilai RM1 bilion dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menzahirkan penghargaan beliau kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) atas bantuan beliau untuk mengembalikan kapal 'Equanimity' kepada Kerajaan Malaysia.

Kementerian Kewangan merancang untuk menjual kapal layar mewah 'Equanimity' yang dilaporkan akan tiba di negara ini pada Selasa.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata kementerian berhasrat menjual kapal layar tersebut pada harga tertinggi agar Malaysia beroleh kembali kira-kira AS$250 juta (RM1 bilion) – harga yang dilaporkan bagi kapal berkenaan.

"Kapal itu akan berada di bawah jagaan kerajaan Malaysia. Tugas kementerian ialah mendapatkan nilai terbaik bagi kapal tersebut.

"Jika kita biarkan begitu sahaja, setiap hari kita perlu bayar kos penyenggaraan dan aset itu juga akan merosot dan mengalami susut nilai,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini pada Isnin.

Lim berkata Peguam Negara Tommy Thomas akan menyediakan dokumen berkaitan agar kawalan sewajarnya dapat dikenakan ke atas kapal layar itu.

Lim juga berkata kapal layar mewah berkenaan akan dipamerkan kepada umum sebelum dijual.

"Kita harap orang ramai dapat melihatnya. Mungkin tidak keseluruhan kapal tetapi setidak-tidaknya sebahagian," katanya.

Pada Isnin, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berterima kasih kepada Presiden Indonesia Joko Widodo dan kerajaan negara itu atas bantuan mereka dalam menyerahkan 'Equanimity' yang dirampas oleh pihak berkuasa republik tersebut kepada Malaysia.

Kapal layar itu dilaporkan dimiliki oleh ahli perniagaan Malaysia yang kini dalam buruan Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low.

Kapal itu disita di Bali pada Februari namun pada April mahkamah Indonesia memutuskan  kapal  tersebut tidak harus dirampas dan perlu dikembalikan kepada pemiliknya.
Bagaimanapun kerajaan Indonesia merampasnya sekali lagi pada Julai.

Kerajaan Indonesia dilaporkan bersetuju menyerahkan kapal tersebut kepada Malaysia. Kapal itu kini dipercayai dalam pelayaran ke negara ini. 

Sumber Laporan : Internet


5 Ogo 2018

Anwar SAH bertanding jawatan PRESIDEN

KUALA LUMPUR: Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar kertas pencalonan untuk bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti itu.


Kertas pencalonan itu dihantar Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin mewakili Anwar kira-kira pukul 11.15 pagi Ahad di ibu pejabat parti itu.

Pencalonan Anwar disokong isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Proses penghantaran borang pencalonan bagi pertandingan merebut jawatan tertinggi PKR telah bermula pada pukul 10 pagi Ahad di ibu pejabat parti itu.

Lebih 900, 000 ahli PKR layak mengundi pada pemilihan yang akan diadakan selama sembilan minggu bermula 24 Ogos ini.

Sumber Laporan : Internet



4 Ogo 2018

Pakatan Harapan Menang PRK Sungai Kandis

PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan (PH), Zawawi Ahmad Mughni menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis.

Zawawi menerima 15,427 undi, Lokman menerima 9,585 undi dan calon bebas, K.Murthy menerima 97 undi.



Zawawi menerima majoriti 5,842 undi, berikutan jumlah pengundi yang lebih rendah menyumbang kepada bilangan majoriti yang kecil.

PRK Sungai Kandis diadakan berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei dari PKR, akibat kanser pada 2 Julai lalu.

Mat Shuhaimi mengekalkan kerusi itu untuk penggal ketiga berturut-turut dalam pilihan raya umum lepas dengan majoriti 12,480 undi menerusi pertandingan empat penjuru melawan BN, PAS dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Sumber Laporan : Internet

1 Ogo 2018

Kastam jangka ruang ketirisan, manipulasi harga, lebih kecil bawah SST


KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Subromaniam Tholasy yakin sistem Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST) membolehkan penguatkuasan dan pematuhan yang lebih baik berbanding Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST).


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai matlamat SST untuk merendahkan harga barang berbanding GST.

“Ruang dan peluang untuk berlaku ketirisan dalam sistem cukai seperingkat adalah kecil berbanding GST. GST amat luas di semua peringkat, jadi kadangkala sukar (untuk pantau dan kuat kuasa).

“Ada 472,000 syarikat untuk dikawal (di bawah GST), di bawah SST hanya 70,000 sahaja. Jadi lebih mudah dari segi kawalan. Kami percaya tahap pematuhan di bawah SST lebih baik,” katanya.

Beliau menambah, barangan mana yang akan dikenakan cukai 5% atau 10% akan diterbitkan di laman web kastam bermula minggu hadapan.

Manakala senarai syarikat yang layak dicukai, iaitu syarikat berpendapatan RM500,000 setahun dan ke atas, akan dipindahkan daripada sistem myGST yang sedia ada. “Mereka akan dimaklumkan menerusi emel untuk semak sama ada semua data betul atau tidak,” kata Subromaniam.

Katanya, pihak kastam juga sedang giat mendidik perniagaan di serata negara berkenaan rejim cukai SST bagi memastikan tiada salah faham atau manipulasi harga.

“Kami minta (kepada kerajaan) untuk buat penerangan dan ‘hand holding’ lebih awal, sebelum Rang Undang-Undang jadi Akta lagi, untuk pastikan semua perniagaan faham menjelang pelaksanaan 1 September 2018 nanti,” tambahnya.

Rang Undang-Undang Cukai Jualan 2018 dan Rang Undang-Undang Cukai Perkhidmatan 2018 dibentang di Dewan Rakyat hari ini, beserta Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 serta pindaan kepada Akta Kastam 1967 dan Akta Zon Bebas 1990.

Subromaniam berkata, hampir 14,000 orang mewakili lebih 5,000 syarikat sudah menghadiri sesi penerangan yang diadakan, di mana kastam mensasar untuk mendidik kira-kira 70,000 perniagaan yang akan terlibat.

Beliau menambah, isu tuntutan semula cukai juga menjadi antara faktor mengapa harga barang meningkat sewaktu pelaksanaan GST.

“Isu dalam GST dulu adalah ramai peniaga ambil kesempatan naikkan harga sebab mereka tak dapat tuntut semula dalam masa yang dijanjikan. Jadi ramai peniaga menaikkan harga dengan memasukkan elemen faedah dalam harga barang mereka.

“Di bawah SST, tiada konsep tuntut semula sebab dia hanya melibatkan dua kategori – pengilang dan penyedia perkhidmatan. Bagi pengilang, input mereka semua boleh dapat pengecualian cukai. Hanya output sahaja, bila (barang) dijual, dikenakan.

“Tiada lagi cukai atau tuntutan semula cukai selepas itu,” katanya.
Tambahnya, kastam juga sering mengadakan perjumpaan dengan beberapa pihak berwajib termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan sudah merangka beberapa langkah untuk mengelakkan eksploitasi harga oleh peniaga.

Beliau turut mengulangi keyakinan bahawa kastam akan dapat melaksanakan SST dengan jayanya bermula 1 September ini.
“GST lebih kompleks. Jadi saya percaya SST tiada masalah kita nak laksanakan," katanya.

Subromaniam berkata bagi cukai barangan, GST melibatkan 11,197 barang kena cukai, sementara SST dijangka melibatkan hanya 6,400 barang.

“Kami bersedia 100 peratus. Kami amat yakin dapat melatih semua syarikat yang terlibat dalam baki sebulan ini. Kita ada lebih 14,000 warga kastam di seluruh negara.

“Kali ini, kita lebih bersedia. Kami telah terima pengajaran daripada GST,” katanya.

Sumber Laporan : Astroawani
Nigna@2018

30 Jul 2018

Tun M pengerusi baharu Khazanah Nasional

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd yang baharu, berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada Isnin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Tan Sri Mohd Hassan Marican, Dr Sukhdave Singh dan Goh Ching Yin pula dilantik sebagai pengarah syarikat dana pelaburan strategik negara itu, yang juga berkuat kuasa serta-merta.

Pelantikan Pengarah Urusan Khazanah akan diumumkan kemudian, menurut kenyataan tersebut.

Sembilan anggota lembaga pengarah Khazanah, termasuk Pengarah Urusan Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Tan Md Nor Md Yusof, meletakkan jawatan untuk membolehkan kerajaan baharu memutuskan kepimpinan baharu syarikat itu.

Sumber : Bernama

26 Jul 2018

Najib : Surat ini (CIA) dibuat oleh perisik

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata beliau langsung tidak tahu mengenai tindakan seorang pegawai kerajaan yang dikatakan menghantar surat kepada Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA).


Bekas perdana menteri itu berkata, jika ia melibatkan komunikasi antara satu agensi perisikan dengan yang lain, ia lazimnya tidak didedahkan kepada umum.

"Surat ini dibuat oleh perisik. Bukan dasar kita untuk dedahkan surat-surat macam ini. 

"Ini adalah antara satu agensi dengan agensi lain," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini, laporan polis dibuat terhadap bekas ketua pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Hasanah Abd Hamid yang dilaporkan menulis surat kepada CIA untuk meminta bantuan sokongan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Mei lalu.

Tindakan itu dianggap Persatuan Patriots Kebangsaan (Patriots) sebagai mampu menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.
Surat tiga halaman bertarikh 4 Mei itu dikatakan ditandatangani Hasanah dan diutuskan kepada Gina Haspel selaku Pengarah CIA (Lantikan) ketika itu, lima hari sebelum PRU14.

Menerusi surat terbabit, Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) yang beroperasi di sebalik Bahagian Penyelidikan JPM meminta Amerika terus menyokong pentadbiran Najib jika Barisan Nasional menang mudah atau hanya meraih majoriti satu kerusi dalam PRU-14. 

Sementara itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggesa supaya satu siasatan teliti dilakukan kerana ia melibatkan hal kedaulatan negara.

"Ini menimbulkan banyak persoalan. Bagaimana surat ini boleh dikeluarkan atas arahan? Dan bolehkah pegawai tulis surat tanpa arahan orang atas?


"Ia isu yang patut disiasat dengan teliti kerana melibatkan kedaulatan negara. Sebab itu saya harap siasatan menyeluruh dilakukan," katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Sumber Laporan : Astro Awani
Nigna@2018

21 Jul 2018

Keliru antara GST dan SST

MAJORITI responden pelayar maya tidak memahami perbezaan antara Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).


Keputusan itu diperoleh hasil tinjauan pendapat dalam talian di Twitter akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) iaitu BH dan Harian Metro (HM) serta Facebook Harian Metro selama 24 jam.

Tinjauan bertajuk "Adakah Anda Faham Perbezaan SST dan GST" dengan pilihan jawapan ya atau tidak.

Undian itu mula dibuka sejak 9.17 pagi di Twitter @bharianmy, dan 10.46 pagi (@hmetromy) semalam.

Menerusi Twitter @bharianmy, seramai 385 orang atau 46 peratus daripada 836 responden menyatakan mereka faham perbezaan GST dan SST, manakala 451 lagi tidak faham.

Di Twitter @hmetromy pula, seramai 954 responden menyertai tinjauan pendapat berkenaan dengan 36 peratus atau 343 orang faham perbezaan kedua-dua cukai, dan 611 lagi menyatakan tidak faham.

Dalam pada itu, di Facebook Harian Metro pula menerima undian daripada 7,700 orang pengguna.

Seramai 3,388 orang responden atau 44 peratus faham perbezaan antara SST dan GST, sementara 56 peratus lagi (4,312) masih tidak memahaminya. Tinjauan ini turut menerima 157 komen daripada pengguna Facebook.

Seorang daripadanya, Norain Mujib menyatakan pihak berwajib perlu memantau kenaikan harga barang biarpun GST sifar dikenakan.



"Saya perasan satu sahaja masa mula-mula GST sifar, harga barang punyalah murah tapi sejak kebelakangan ni, syarikat sewenang-wenangnya naikkan harga barang sampai mencecah RM3 daripada harga asal. Tiadakah yang hendak tolong pantau? Hari itu kata ada orang nak pantau," katanya.

Menurut Fa Ka pula, pihak berwajib termasuk Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNK) perlu memberikan penjelasan tuntas mengenai kedua-dua sistem cukai itu.

"Terdapat banyak contoh pengiraan GST & SST di laman sosial membuatkan segelintir masyarakat keliru. Harap pihak seperti MOF atau KPDNK sendiri dapat beri penerangan yang lebih jelas bagaimana perbezaan cukai ini dilaksanakan dari pihak pengilang atau pengeluar hingga ke pengguna akhir. Terima kasih," katanya.

Semalan, Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Subromaniam Tholasy memaklumkan, majoriti barangan akan dikenakan sifar cukai di bawah sistem SST yang akan diperkenalkan kerajaan mulai 1 September depan.

Sumber Laporan : My Metro
Nigna 2018

16 Jul 2018

Wakil Pembangkang mahu Dewan Rakyat tangguh perlantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pembangkang, termasuk dari PAS, telah meminta Dewan Rakyat digantung selama 14 hari, dan mendakwa kerajaan Pakatan Harapan gagal melantik Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam tempoh masa yang ditetapkan.


Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata di bawah Peraturan Mesyuarat 4 (1), adalah diwajibkan Yang Dipertua Dewan Rakyat dilantik 14 hari sebelum prosiding Dewan Rakyat bermula. Sepatutnya telah dipilih pada 2 Julai 2018. Ahli Parlimen pembangkang telah keluar dari Dewan Rakyat pagi ini memprotes dan tidak berpuas hati terhadap pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu. Pelantikan beliau disahkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah kerana hanya satu nama yang diterima untuk perlantikan jawatan tersebut. 

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata perintah tetap 14 hari itu tidak diikuti. "Kami menentang cara perlantikan itu. Peraturan Dewan Rakyat tidak dipatuhi, "katanya pada sidang akhbar di sini. Sementara itu Azalina Othman Said (UMNO), berkata mereka perlu melihat surat pelantikan itu untuk melihat jika ia telah diubah tarikh perlantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat . 

Wee Ka Siong (MCA) berkata jika kriteria itu tidak diikuti, itu bermakna kerajaan tidak mengikuti arahan."Kami tidak menentang Yang Dipertua Dewan Rakyat kerana kedudukan Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah penting, tetapi peraturan perlu diikuti," katanya.

Annuar Musa (UMNO) berkata bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia memberitahunya bahawa dia telah memeriksa dengan kakitangan Parlimen selepas 2 Julai dan diberitahu bahawa tiada nama telah dihantar. "Kita tidak boleh ubah peraturan. Jika timbul masalah, kita perlu tangguhkan dan mencadangkan kembali penamaan Yang Dipertua Dewan Rakyat, baru kami boleh terus duduk semula."

Walau bagaimanapun, Anthony Loke (DAP) menolak dakwaan bahawa senarai nama Yang Dipertua Dewan Rakyat telah diserahkan dalam masa yang ditetapkan."Setiausaha Dewan Rakyat menerima nama pada 2 Julai," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat.

Pencalonan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, dicadangkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (PPBM-Langkawi) dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Pandan). Ketika berlaku kekecohan, Dr Mahathir tidak menghiraukan protes pembangkang dan terus membaca usul pelantikan Mohamad Ariff sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, 69, dari Sungai Petani, Kedah, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari University of London (London School of Economics) dan memulakan karier pada 1974 sebagai pensyarah undang-undang sebelum diiktiraf sebagai profesor madya di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya. Dari 1993 hingga 1995, Mohamad Ariff bercuti daripada pengamalan undang-undang untuk menyertai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang baru ditubuhkan ketika itu, sebagai pengarah pertama Jabatan Penyeliaan Pasaran.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan Rakyat sebagai tanda protes terhadap pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, hanya sekadar sandiwara.


"Itu sandiwara. Apabila bekas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) keluar, maka sekarang dia tahu mengapa orang (pembangkang dahulu) keluar."Kerana sebelum ini mereka pertikai (tindakan pembangkang keluar dewan), sekarang mereka bertindak dengan cara yang sama macam mana mereka fikir ia teruk," katanya kepada media selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini.

Hanya dua wakil rakyat pembangkang yang tidak berganjak dari Dewan Rakyat apabila kesemua ahli parlimen Barisan Nasional (BN) keluar dewan bersama ahli parlimen PAS sebagai tanda protes terhadap proses pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, iaitu Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman.


Sementara itu, Khairy berkata, tindakan beliau tidak keluar Dewan Rakyat seperti yang dilakukan oleh rakan pimpinan BN dan PAS pagi Isnin kerana beliau menghormati majlis. Jelasnya, walaupun terdapat pertikaian berhubung pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, namun tindakan keluar Dewan bukan cara untuk menyatakan bantahan. "Hari ini merupakan hari kita mengangkat sumpah jadi kita perlu hormati Dewan dan juga menghormati majlis angkat sumpah."Cara mana kita nak bantah itu kita boleh buat sewaktu perbahasan nanti atau selepas upacara perasmian pembukaan pada hari esok dalam perbahasan atau melalui 'standing order' pada hari Rabu," ujar Khairy.

Anifah berkata, mereka telah menzahirkan rasa tidak setuju dan puas hati terhadap proses pelantikan Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat pada Isnin. Malah bekas menteri luar itu berkata, beliau menghormati pandangan dan pendirian rakan-rakan lain yang berdiri sebagai pembangkang pada hari ini. “Bagaimanapun saya berpendapat dan merasakan tidak perlu untuk saya bertindak meninggalkan dewan pada pagi tadi. “Saya akan bertindak dalam mana isu-isu yang akan memberi manfaat pada rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada petang Isnin. Anifah turut mengucapkan tahniah kepada Mohamad Ariff di atas pelantikan tersebut.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 16 Ogos.Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan merasmikan serentak persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara esok. Kali terakhir Dewan Rakyat bersidang ialah pada 5 April lepas, sebelum ia dibubarkan pada 7 April untuk memberi laluan kepada PRU14 diadakan.

14 Jul 2018

Tidak Dapat Dikesan - Jho Low mungkin 'ubah wajahnya'

PETALING JAYA: Ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low mungkin menggunakan identiti baharu untuk mengelak ditahan selepas kapal layar mewahnya, Equanimity dirampas.

Polis dan Jabatan Imigresen Malaysia dan Singapura yang ditugaskan untuk mengesan suspek terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) percaya Jho Low mungkin melakukan pembedahan rekonstruksi wajah.

"Kami percaya dia mungkin mengubah bentuk mukanya dan menggunakan nama ganti," kata sumber.

Pihak berkuasa juga percaya Jho Low menggunakan 'perkhidmatan butler' yang disediakan bagi VIP dan selebriti untuk membantunya keluar pintu masuk Imigresen.

"Ini menjelaskan mengapa walaupun Notis Merah dikeluarkan oleh Interpol, Jho Low keluar masuk ke beberapa negara Asia Tenggara tanpa sebarang masalah," kata sumber.

Kesukaran menangkapnya, kata sumber itu, mendorong pihak berkuasa kedua-dua negara mendapatkan butiran perjalanan Jho Low dan gambar terbaharunya, diambil di pusat pemeriksaan Imigresen, untuk memberi imej lebih jelas mengenai saksi utama siasatan kes 1MDB.

"Penyiasat tidak mempunyai gambar terkini Jho Low. Kebanyakan gambar yang ada dipercayai telah diambil tiga atau empat tahun lalu," kata sumber itu.

Sumber itu juga memberitahu sejak Equanimity dirampas pihak berkuasa Indonesia, Jho Low dilihat berada di Phuket, Macau, Hong Kong, Taiwan dan Shanghai.


"Walaupun Notis Merah dikeluarkan, ahli perniagaan yang dikehendaki itu berjaya menghilangkan diri dari pihak berkuasa," kata sumber.

Namun, dari maklumat awal, penyiasat percaya Jho Low mengubah penampilannya dan keluar masuk dari negara-negara ini menggunakan banyak pasport.

Sumber berkata selain pasport Saint Kitts dan Nevis yang digunakan Jho Low, pihak berkuasa percaya dia turut menggunakan pasport lain.

Menurut sumber itu, Jho Low dan keluarganya dikatakan mempunyai harta dan aset kewangan di Australia, New Zealand dan Thailand.

"Dia juga mempunyai hubungan baik dengan negara Emiriyah Arab Bersatu dan beberapa negara timur tengah yang lain," kata sumber itu.

Pakar bedah plastik yang berpangkalan di Kuala Lumpur berkata dengan wang dimiliki Jho Low, pembedahan mengubah penampilannya hanyalah perubahan kecil untuk dirinya.

"Untuk mengubah wajah bulat ke bentuk bujur atau berbentuk berlian hanya memerlukan dia membayar sebanyak AS$10,000 (RM40,000) dan AS$20,000 (RM80,000).

"Tempoh pemulihan adalah kira-kira dua minggu tetapi pesakit akan mengalami bengkak di wajah selama sebulan," katanya.

Doktor itu berkata pakar bedah plastik juga boleh mengubah kelopak mata dan bentuk hidung dan mulut dalam masa beberapa jam sahaja.

"Terdapat banyak klinik terkenal di Thailand di mana Jho Low boleh melakukan perkara ini secara profesional," katanya.

Sumber Laporan : Internet
Nigna@2018


13 Jul 2018

Rais - Soal 'kemampuan kewangan' Najib biayai kos guaman

KUALA LUMPUR - Tindakan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan khidmat sekumpulan peguam terkemuka Amerika Syarikat dikritik, kerana bakal menelan kos guaman yang tinggi.

Bekas menteri dan veteran Umno, Tan Sri Rais Yatim mempersoalkan 'kemampuan kewangan' Najib untuk membiayai kos guaman berkenaan.


Katanya, bayaran ikat jamin sebanyak RM1 juta kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung pertuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd baru-baru ini, menggunakan wang hasil kutipan Umno.

Rais sebaliknya, mengesyorkan Najib agar memberi kepercayaan kepada peguam BN atau  Umno untuk membelanya bahkan mungkin beliau akan diberikan khidmat guaman secara percuma termasuk proses perbicaraan menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu.

"Berita ramai peguam Amerika Syarikat untuk bela kes bekas perdana menteri amat menonjol. Takkanlah peguam tempatan tak hebat sebagai peguam bela?

"Lagipun, peguam Amerika Syarikat itu tentu perlu dibayar dengan kos berjuta ringgit, sedangkan duit ikat jamin pun kena tekyan (kutip wang). Yakinlah dengan peguam BN atau Umno boleh beri khidmat percuma dan lebih cekap, malah bahasa Melayu pun boleh,"tulis Rais di Twitternya

Sebelum ini, kecoh apabila Najib menggunakan khidmat sekumpulan peguam terkemuka Amerika Syarikat dikatakan mungkin berkenaan isu saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat untuk menyiasat kes 1MDB.

Kumpulan peguam handal itu dari Ashcroft Law Firm, yang diterajui bekas Peguam Negara Amerika Syarikat, John Ashcroft, mendaftarkan nama Najib sebagai anak guam dalam daftar melalui Akta Pendaftaran Ejen Asing (Fara).

Menurut dokumen itu, firma tersebut dilantik untuk memberi nasihat undang-undang kepada Najib mengenai 'tindakan tidak wajar oleh pihak ketiga untuk cuba menggugat kerajaan Malaysia.'

Dalam dokumen itu juga, ia menyatakan perkhidmatan disediakan oleh Ashcroft Law Firm dibiayai 'kerajaan asing, parti politik asing atau prinsipal asing yang lain."

Wall Street Journal pada tahun lalu melaporkan Najib melantik firma guaman itu untuk menasihati beliau mengenai kes 1MDB pada 2016.

Ashcroft Law Firm pernah mewakili kerajaan Qatar untuk menangkis tuduhan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan jiran Arabnya bahawa negara itu menyokong keganasan.

Sumber Laporan : Sinar Online
Nigna@2018

12 Jul 2018

UEC : Dasar Pendidikan Kebangsaan Tidak Akan Dikorbankan

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) kelak tidak akan membelakangkan prinsip asas Dasar Pendidikan Kebangsaan.



Menurut Anwar, ketetapan utama seperti soal Bahasa Melayu sebagai tunjang tidak boleh ditolak ansur dalam apa jua keadaan.

"Kita boleh pertimbang apa jua pun seperti mana wujudnya sekolah Arab yang boleh diiktiraf tetapi kita tidak boleh abaikan bahasa melayu dan penguasaan bahasa itu dalam mana sistem pun,” kata Anwar semasa ditemubual program AI melalui Skype.

Tambah beliau, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik cukup berwibawa untuk menyelaraskan segala isu-isu yang berbangkit berhubung isu tersebut.

"Dalam perbincangan saya dengan tokoh pendidikan Cina, mereka beri jaminan itu bukan satu masalah bagi mereka.

"Kalau begitu, menteri boleh menetapkan ini boleh dimeterai dalam satu peraturan dan undang-undang yang jelas supaya tidak ada tanggapan bahawa dasar pendidikan dikorbankan kerana semata-mata pertimbangan politik baharu,” jelas Anwar.

Temubual bersama Anwar di dalam program AI yang disiarkan setiap Khamis, 8.15 malam di saluran 501 Astro AWANI dibuat melalui Skype minggu ini memandangkan beliau sedang menjalani rawatan di Turki.


"Dalam perbincangan saya dengan tokoh pendidikan Cina, mereka beri jaminan itu bukan satu masalah bagi mereka.

"Kalau begitu, menteri boleh menetapkan ini boleh dimeterai dalam satu peraturan dan undang-undang yang jelas supaya tidak ada tanggapan bahawa dasar pendidikan dikorbankan kerana semata-mata pertimbangan politik baharu,” jelas Anwar.

Temubual bersama Anwar di dalam program AI yang disiarkan setiap Khamis, 8.15 malam di saluran 501 Astro AWANI dibuat melalui Skype minggu ini memandangkan beliau sedang menjalani rawatan di Turki.

Sumber Laporan " AstroAwani
Nigna@2018

11 Jul 2018

Jho Low dikesan berada di China

HONG KONG : Hartawan buruan Polis Diraja Malaysia yang dikaitkan dengan 1MDB Jho Low kini dipercayai berada di China pula.



Memetik sumber, South China Morning Post melaporkan Low dipercayai bergerak dari Macau ke China sama ada melalui kereta atau jet peribadi.

Lokasi tepatnya sekarang masih tidak diketahui.
“Hampir, tanpa ragu, selamat untuk kata Low kini di tanah besar (China).

“Malah, mungkin itu sebabnya beliau datang ke Macau dulu,” menurut satu sumber keselamatan kepada media itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pagi tadi mendedahkan pihaknya menerima e-mel polis Macau dua hari lalu yang memaklumkan Low telah meninggalkan tempat itu.

Malaysia mempunyai perjanjian ekstradisi dengan China.

Low adalah individu penting dalam siasatan skandal 1MDB. Sebelum ini pihak berkuasa dilaporkan cuba mengesan lokasi ahli perniagaan kontroversi berkenaan namun gagal.

Bagaimanapun dengan perubahan kerajaan persekutuan usaha mengesan Low dipergiatkan.

Dia didakwa menggunakan wang 1MDB untuk membeli kapal layar mewah bernilai kira-kira RM1 bilion, barang kemas untuk model Australia Miranda Kerr dan rantai dengan berlian merah jambu bernilai AS$27.3 juta kepada isteri Malaysian Official 1 (MO1).

Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) mendakwa berlian itu dibeli menggunakan wang AS$620 juta yang didakwa MO1 telah dipulangkan kepada kerabat diraja Saudi.

MO1 dikenal pasti sebagai bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sumber Laporan : Malaysiakini
Nigna@2018

Ketua Hakim Negara baru dilantik - Richard Malanjum


KUALA LUMPUR: Tan Sri Richard Malanjum pada malam Rabu mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuat kuasa serta merta.


Richard, 65, menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini.

Upacara pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah jawatan turut dihadiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew View Keong, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Peguam Negara Tommy Thomas, dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar.

Richard, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak menggantikan Tun Md Raus Sharif yang  mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara pada 31 Julai.

Malanjum dilahirkan pada Oktober 1952 di Tuaran, Sabah di mana beliau memulakan persekolahannya di peringkat rendah dan menengah di Kota Kinabalu, Sabah. - Bernama

Sumber Laporan : Internet
Ngna@2018

10 Jul 2018

Rosmah disaman oleh Firma Tukang Emas


PETALING JAYA: Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor disaman seorang tukang emas dari Lubnan berjumlah AS$14.79 juta (RM59.831 juta) juta selepas 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya pada Februari, dirampas pihak berkuasa Mei lalu.



Kerajaan Persekutuan hari ini dijangka memohon kepada Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur untukmencelah dalam kes saman RM60 juta oleh sebuah firma tukang emas Lubnan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.

"Kerajaan percaya barangan kemas tersebut milik negara. Justeru, kami akan mencelah," kata sumber itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Dalam dokumen yang dilihat oleh Malaysiakini, Global Royalty Trading SAL memfailkan saman terhadap isteri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu melalui firma Tetuan David Gurupatham dan Koay.

Dalam pernyataan tuntutannya, firma yang berpangkalan di Beirut itu mendakwa Rosmah adalah pelanggan lama, dan syarikat itu juga menjual barangan kemas di seluruh dunia, termasuk kepada keluarga diraja.

Global Royalty mendakwa seperti pada tahun-tahun sebelumnya, firma itu akan menghantar barangan kemas kepada Rosmah mengikut permintaannya untuk dinilai dan dibeli serta dibayar olehnya atau oleh pihak ketiga.



Firma itu berkata barangan kemas yang tidak dipilih akan dipulangkan.

Global Royalty mendakwa bahawa ada kalanya, Rosmah akan meminjam barang kemas itu, dan dia atau ejennya akan menerima barangan berkenaan di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai.

Firma itu mendakwa bahawa memorandum penyerahan akan mengiringi hantaran atau konsainan barangan kemas, yang menerangkan terma dan syarat.

'Rosmah akui terima barangan'

Global Royalty, menerusi memorandum bernombor 926 bertarikh 10 Feb tahun ini, telah menghantar 44 unit barangan kemas, termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, setiap satu bernilai antara AS$124,000 dan AS$925,000.

Firma itu mendakwa Rosmah, dalam surat bertarikh 22 Mei, mengakui menerima barangan berkenaan.

"Beliau mengakui secara bertulis mengenai penerimaan konsainan itu, tetapi tidak lagi dalam jagaannya kerana ia dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia," kata kenyataan tuntutan itu.

Terma dan syarat memorandum itu termasuk penghantaran dan pemulangan barangan kemas, dan bahawa hak milik barangan berkenaan tetap dengan firma tersebut.

Dalam tuntutan itu, Global Royalty memohon pengisytiharan mahkamah bahawa mereka adalah pemilik sah 44 unit barangan kemas tersebut.

Firma itu juga memohon perintah mandatori supaya barangan berkenaan dikembalikan atau secara alternatif, jika ia tidak dapat dipulangkan, Rosmah wajar membayar jumlah yang dinyatakan berdasarkan nilai barangan kemas tersebut.

Pengurusan kes mengenai tuntutan itu akan diadakan hari ini.
Pada Mei lalu, polis menyerbu dan merampas wang tunai dan barangan kemas dari dua unit kondominium mewah yang dikaitkan dengan Najib di Pavilion Residences di Kuala Lumpur.

Pada 4 Julai lalu, bekas perdana menteri itu mengaku tidak bersalah terhadap tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan penyalahgunaan kuasa berkaitan dengan dana yang melibatkan SRC International.

Sementara itu, Bernama melaporkan sebuah syarikat pemborong barang kemas di Lubnan memfailkan saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor bagi menuntut isteri bekas perdana menteri itu memulangkan kembali 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya untuk dipilih atau membayar barang kemas berkenaan berjumlah US$14.79 juta (RM59.831 juta).

Global Royalty Trading SAL, yang berpangkalan di Beirut selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan David Gurupatham dan Koay di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur un lalu dengan menamakan isteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu selaku defendan tunggal.

Media memperoleh dokumen itu hari ini selepas pengurusan kes di dalam kamar Penolong Kanan Pendaftar Siti Faraziana Zainuddin yang turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan S Narkunavathy.

Narkunavathy ketika ditemui pemberita berkata Jabatan Peguam Negara memohon untuk menjadi pencelah dalam kes saman berkenaan atas alasan kesemua barang kemas yang dirampas adalah milik kerajaan Malaysia dan ia dibeli menggunakan wang yang dicuri.

Beliau berkata mahkamah turut memerintahkan Rosmah memfailkan pernyataan pembelaan selewat-lewatnya 23 Julai dan pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 27 Julai.

Dalam pernyataan tuntutan, Global Royalty, pemborong barang kemas antarabangsa mendakwa menjadi kebiasaan pada tahun-tahun sebelumnya, syarikat itu akan menghantar barangan kemas kepada Rosmah, yang merupakan pelanggan tetap syarikat itu mengikut permintaannya untuk dipilih serta dinilai dan defendan akan membeli barang kemas yang telah dipilih melalui pembayaran sama ada daripada defendan sendiri atau oleh pihak ketiga.

Syarikat itu, yang membekalkan barang kemas kepada kerabat diraja serta pelanggan kaya dari seluruh dunia mendakwa barangan kemas yang tidak dipilih akan dipulangkan dan ada kalanya dalam keadaan tertentu Rosmah juga akan meminjam beberapa barang kemas itu dan memulangkannya kepada plaintif.
Plaintif mendakwa defendan akan menerima barangan kemas daripada syarikat itu melalui defendan sendiri atau pekerja/ejennya di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai.

Syarikat itu juga mendakwa pada 10 Feb lepas, pihaknya telah menyerahkan 44 unit barangan kemas, termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, masing-masing bernilai antara AS$124,000 dan AS$925,000 kepada defendan melalui serahan tangan menerusi dua ejen syarikat itu.

Plaintif berkata semasa serahan itu, defendan juga menerima terma dan syarat yang dinyatakan dalam Memorandum bernombor 926 berkaitan senarai barang kemas itu.

Global Royalti mendakwa Rosmah melalui surat bertarikh 22 Mei lepas mengesahkan dan mengakui penerimaan barangan berkenaan dan defendan secara bertulis pada tarikh sama turut mengesahkan kesemua barang kemas itu tidak lagi berada dalam milikannya tetapi disita dan kini berada dalam jagaan pihak berkuasa Malaysia.

Syarikat itu mendakwa pada setiap masa material, plaintif adalah pemilik kepada barang kemas tersebut dan hak pemilikan itu tidak pernah berpindah kepada defendan.

Dalam tuntutan itu, Global Royalty memohon pengisytiharan mahkamah bahawa mereka adalah pemilik sah 44 unit barangan kemas itu selain memohon perintah bahawa hak milik barang kemas itu tidak berpindah kepada defendan.

Syarikat itu juga memohon perintah mandatori supaya Rosmah memberikan senarai sitaan barang kemas berkenaan dan memohon perintah supaya barang kemas dikembalikan atau sekiranya barang-barang itu tidak dapat dipulangkan, Rosmah bertanggungjawab untuk membayar barang kemas itu berjumlah AS$14.79 juta (RM59.831 juta).

Sumber Laporan : Malaysiakini
Nigna@2018

10 Catatan Paling Popular

Kategori

Covid-19 (33) Tun M (18) 1MDB (15) Najib (15) PKP (15) Tan Sri Muhyiddin Yassin (11) Datuk Seri Ismail Yaakob (7) PDRM (7) PH (7) Perdana Menteri (7) Anwar Ibrahim (6) Polis (6) UMNO (6) Ekonomi (5) Kerajaan (5) Rosmah (5) SPRM (5) Bantuan Kerajaan (4) Corona Virus (4) PPBM (4) Perintah Kawalan (4) Zahid (4) kesihatan (4) Equanimity (3) Ismail Sabri Yaakob (3) Jho Low (3) Ketua Polis (3) Lim Guan Eng (3) Majistret (3) PAS (3) PKPB (3) PKPD (3) PKR (3) Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) (3) Tommy Thomas (3) ATM (2) Astro Awani (2) BN (2) Bazar Ramadhan (2) Bomba (2) CPRC (2) Corona (2) DAP (2) DUN Sungai Kandis (2) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (2) DiJamin (2) GST (2) Global (2) Hal Rakyat (2) Hilang Pekerjaan (2) Jabatan Perangkaan Malaysia (2) Jokowi (2) KWSP (2) Ku Li (2) Kuala Lumpur (2) MEIO (2) Mahkamah (2) Mahkamah Kuala Lumpur (2) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (2) Majikan (2) Malaysia (2) Menang (2) Menteri (2) Menteri Kanan (2) Muhammad Adib (2) PARTI BERSATU (2) Pakatan Harapan (2) Peguambela (2) Pemulihan (2) Penganalisa Ekonomi (2) Pengangguran (2) Penjana (2) Perintah Kawalan Pergerakan (2) Presiden (2) SRC International Sdn Bhd (2) SST (2) Tentera (2) Virus (2) iLestari (2) kematian (2) penjara (2) zon merah (2) AMCHAM (1) ARMADA (1) Abdul Hamid Bador (1) Ahmad Zahid (1) Akaun 2 (1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (1) Alibaba (1) Ambil Alih Kuasa (1) Amerika Syarikat (1) Angkatan Tentera Malaysia (1) Awang Azman Awang Pawi (1) Azmin Ali (1) B40 (1) BKKM (1) BN Kalah (1) BNM (1) BR1M (1) Badrulhisham (1) Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (1) Bahasa Melayu (1) Barang Kemas (1) Batal (1) Bazar (1) Belanjawan 2019 (1) Cameron Highlands (1) China (1) DUN (1) Daniel Wilkinson (1) Dasar Pendidikan Kebangsaan (1) Datuk Abdul Halim Mansor (1) Datuk Abdul Rahim Bakri (1) Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (1) Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (1) Datuk Hajiji Noor (1) Datuk Mohamad Ariff Md Yusof (1) Datuk Seri Anifah Aman (1) Datuk Seri M Saravanan (1) Datuk Seri Mohamad Hasan (1) Datuk Shamsuddin Bardan (1) Datuk Syed Zaid Albar (1) Debat Umno (1) Dewan Rakyat (1) Dibekukan (1) DoJ (1) Dr Jemilah Mahmood (1) Dunia (1) FRU (1) George Varughese (1) Goh Ching Yin (1) Gopal (1) Hal Ehwal Agama (1) Hari Pekerja (1) Hasanah (1) Hassan Marican (1) Hishammuddin (1) Hong Kong (1) ICU (1) IMF (1) Imej (1) Indonesia (1) Islam (1) Jabatan Imigresen Malaysia (1) Jack Ma (1) Jamal Jamban (1) Jen Tan Sri Affendi Buang (1) John Ashcroft (1) KJ (1) KKM (1) KPDNHEP (1) KPDNK (1) KWAP (1) Kabinet Malaysia Baru 2018 (1) Kalah (1) Kampung Dato' Ibrahim Majid (1) Kawasan Panas (1) Kecoh (1) Kegawatan (1) Keliru (1) Kemelesetan (1) Kementerian Kewangan Malaysia (1) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (1) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (1) Kementerian Sumber Manusia (1) Kemiskinan (1) Kerjasama (1) Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (1) Ketua Hakim Negara (1) Ketua UMNO (1) Khairy (1) Khairy Jamaluddin (1) Khazanah Nasional Malaysia (1) Kimanis (1) Kingdom of God (1) Koroner (1) Kota Damansara (1) Kristian (1) Kuasa Diri (1) Kuil (1) Kuil Sri Maha Mariamman (1) LGE (1) Laketown Resort (1) Liberal (1) MB Terengganu (1) MITI (1) MKN (1) MOF (1) MSC (1) MTUC (1) Macau (1) Majlis Keselamatan Negara (1) Manifesto (1) Mansuh (1) Masjid Jamek Sri Petaling (1) Maszlee Malik (1) Mazlan Lazim (1) Melayu (1) Menteri Hal Ehwal Ekonomi (1) Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) (1) Methodist Church (1) Mohd Soffi Abd Razak (1) Muafakat Nasional (1) Mukhriz (1) Mustapa Mohamed. (1) Mustapha Yaakub (1) Naratif Malaysia (1) Othman Mahmood (1) PKPP (1) PM (1) PN (1) PRK (1) PRU (1) PRU-14 (1) PRU14 (1) Paling Teruk (1) Panglima (1) Panik (1) Patuhi (1) Pelabuhan Klang (1) Pembangkang (1) Pendakwaraya (1) Penjara Sungai Buloh (1) Penjawat Awam (1) Penyokong UMNO (1) Peraturan Mesyuarat 4 (1) (1) Perintah Kawaln Pergerakan (1) Perkeso (1) Perubahan (1) Perutusan (1) Phuket (1) Piagam (1) Plaza Tol Duta (1) Presiden Kesatuan Oxford (1) Punca (1) Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (1) Rais Yatim (1) Rampasan (1) Richard Malanjum (1) Rofiah (1) Rumah Terbuka AidilFitri (1) SC (1) SOP (1) SPR (1) Shad Saleem Faruqi (1) Shanghai (1) Sholat (1) Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) (1) Sinar Harian (1) Soffian (1) South China Morning Post (1) Subromaniam (1) Sukhdave Singh (1) Sulaiman (1) Sulit (1) Surat CIA (1) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (1) Syed Hamid (1) TPM (1) Taiwan (1) Tan Sri Abdul Hamid Bador (1) Tan Sri Annuar Musa (1) Tangkap (1) Teknologi (1) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (1) Timbalan Menteri (1) Timbalan Pengerusi SPR (1) Tok Mat (1) Topeng Muka (1) Tutup (1) Undi Tidak Percaya (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Veteran (1) YAB (1) Yang Di Pertua Dewan Rakyat (1) Yayasan Keluarga (1) Zawawi Ahmad Mughni (1) apartments (1) arak (1) awan (1) balik kampung (1) bantuan (1) belanjawan (1) beras (1) black area (1) bubar (1) bujur (1) bulat (1) buruh (1) cukai 2018 (1) dibenarkan (1) disorok (1) eBazar (1) eksport (1) empangan (1) forum (1) gaji pekerja (1) geiser (1) haiwan peliharaan (1) harimau (1) import (1) industri (1) industri kecil dan sederhana (IKS) (1) inkues (1) jangkitan (1) jurang (1) kastam (1) kemelselatan ekonomi (1) kewangan (1) kolam (1) kos guaman (1) kucing (1) kuman (1) mabuk (1) makanan (1) masayarakat (1) meow (1) moratorium (1) mysejahtera (1) pak belang (1) pasar borong KL (1) pecah amanah (1) peguam (1) pejabat buruh (1) pelangi (1) penyakit kronik (1) peribahasa (1) potong gaji (1) premis (1) ramdhan (1) rentas neger (1) sahabat (1) sosial (1) sukarelawan (1) tabligh (1) tak nak PH (1) tampung (1) tasik (1) task force (1) tindakan (1) tower regency hotel (1) tumbang (1) upah gaji (1) veterinar (1) wabak (1)