KUALA LUMPUR : PRESIDEN Majlis Peguam Malaysia, George Varughese, berkata Mohd Soffian perlu menarik diri demi keadilan kerana beliau adalah adik kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (EXCO) Pahang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta daripada UMNO, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.
Varughese berkata, Mohd Sofian sepatutnya mendedahkan pertalian dengan Mohd Soffi dan kedudukan abangnya dalam UMNO serta kerajaan Pahang kepada pihak pendakwaan selain pembelaan sebelum pendengaran kes semalam, berikutan Najib adalah bekas Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN). “Undang-undang menetapkan bahawa keadilan bukan saja dilaksanakan tapi perlu dilihat bagaimana ia dilaksanakan."
“MAJLIS PEGUAM MALAYSIA PERCAYA PENDEDAHAN SEUMPAMA INI OLEH HAKIM DIPERLUKAN BAGI MEMASTIKAN INTEGRITI PERBICARAAN YANG DIKENDALIKAN BELIAU DAN BAGI MENGELAKKAN PERBICARAAN YANG TIDAK ADIL."
Mohd Sofian membenarkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dikenakan terhadap Najib dengan dua orang penjamin serta beliau perlu menyerahkan pasport diplomatik dan pasport awam. Beliau juga mengeluarkan perintah sementara ‘tutup mulut’ kepada media dari melaporkan perbicaraan tersebut atas permintaan peguam Najib, Shafee Abdullah.
Media mengesan dan perlu dedahkan mengenai pertalian darah antara Mohd Sofian dan Mohd Soffi, sekali gus menimbulkan persoalan kemungkinan wujud konflik kepentingan dan berat sebelah jika hakim Mahkamah Tinggi itu terus mendengar kes membabitkan Najib.
Salah satu portal berita, melaporkan Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes terbabit, tidak mengetahui Mohd Sofian adalah adik kepada Mohd Soffi.
Pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi juga berkata pertalian darah sudah cukup kuat untuk Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Soffian menarik diri daripada terlibat dalam kes perbicaraan rasuah Najib Razak.
Sumber Laporan : Internet
Nigna@2018
Sumber Laporan : Internet
Nigna@2018