PUTRAJAYA : Sumber memaklumkan Najib akan dituduh 8.30 pagi ini di Mahkamah Kuala Lumpur dan dijangka akan menghadapi lebih 10 pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International.
Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini pada pukul 7.37 pagi.
Petugas media menunggu sejak pukul 6.30 pagi bagi merakam pergerakan keluar Perdana Menteri keenam itu.
Najib ditahan SPRM pada pukul 2.35 petang semalam di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur dan akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini.
Pada bulan lalu, Najib dua kali dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah berkaitan SRC dan 1MDB yang sedang dijalankan SPRM.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikawal ketat pasukan polis dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memasuki Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur. Kenderaan Proton Inspira merah yang membawa Najib diiringi enam kenderaan lain termasuk dua kereta peronda polis dan dua motosikal pengiring.
Sumber Laporan : Internet
Nigna@2018