24 Jun 2020
23 Jun 2020
Jom lihat pandangan Awang, tentang siapa selepas Muhyiddin?
DENGARNYA Pakatan Harapan (PH) masih belum sepakat memilih siapa calon Perdana Menteri. Tiga parti dalam PH − DAP Amanah dan Bersatu − mahukan Tun mantan Perdana Menteri. PKR berkeras mahukan Tuk Seri Anwar Ibrahim.
Awang faham bagaimana hal itu boleh berlaku.
Ada pandangan yang mengatakan jikalau Anwar pimpin PH, harapan adalah tipis untuk rampas kerajaan sekarang. Tapi pihak Anwar pula tak percaya kalau Tun jadi PM sekali lagi.
Dan banyak kali Tun janji nak serah teraju padanya tapi tak ditunaikan. Jadi orang kuat Anwar tentu mahu beliau jadi calon PM.
Awang harap isu siapa calon PM itu akan dapat diselesaikan. PH harus dilihat pasukan yang padu. Awang rasa dengan sokongan bukan Melayu dan orang Melayu, PH yang bersatu padu akan jadi saingan hebat pada kerajaan Tan Sri Perdana Menteri dalam pilihan raya akan datang.
Orang Anwar pun kena kompromi. Dulu mereka yang buat riuh desak Tun undur diri. Macam Awang pernah kata, apa yang budak-budak Anwar buat terhadap Tun pada tahun 1998 dibuat oleh budak-budak Anwar tahun 2019.
Ekoran ‘Langkah Sheraton’, Tan Sri Perdana Menteri dan pasukannya ambil kesempatan daripada keadaan itu.
Awang nampak Tun masih ada aura untuk pimpin pakatan lawan Tan Sri Perdana Menteri. Sama-samalah kita lihat wayang seterusnya di pawagam politik negara.
Masa bertindak tegas
AWANG nak ucapkan syabas pada Tan Sri Ketua Polis Negara dan PDRM yang tangkap 18 anggotanya sendiri serta anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Mereka disyaki terbabit dalam jenayah terancang seludup pendatang tanpa izin (PATI) di Johor.
Kata Tan Sri Ketua Polis Negara (KPN), terdapat dalam kalangan anggota PDRM yang menjadi petualang bagi mendapat habuan wang dengan membantu sindiket terbabit.
Tindakan itu sangat dialu-alukan oleh rakyat. Rakyat tahu selama ini banyak petualang dalam pelbagai agensi di negara kita. Tapi rakyat tak boleh buat apa-apa.
Apabila PDRM sendiri buktikan ketegasannya, tindakan itu akan buka mata rakyat tentang betapa seriusnya usaha Tan Sri KPN nak bersihkan nama PDRM.
Bukan rahsia lagi banyak laluan untuk PATI menyeludup masuk. Ada yang sebut lorong tikus. Ada yang bagi alasan perairan kita luas. Tapi semua itu berpunca daripada petualang yang Tan Sri KPN sebut itu. Ada pihak yang ambil peluang dan kesempatan.
Awang rasa ekoran wabak Covid-19, patutnya semua agensi yang terbabit ambil langkah bersepadu bersihkan PATI dari tanah air kita. Jangan kompromi lagi. Mana yang tidak ada dokumen perjalanan atau permit kerja yang sah, hantar sahaja pulang.
Inilah salah satu hikmah daripada wabak Covid-19. Kita ada alasan untuk bertindak atas nama keselamatan dan kesihatan. Tapi semua pihak harus bekerjasama.
Jangan sampai ada petualang yang menangguk di air keruh.
Selagi pihak berkuasa seperti PDRM, imigresen dan ATM tidak dilihat serius untuk tangani isu ini, selagi itulah kita akan dibanjiri oleh PATI.
Sumber : Sinar Harian
17 Jun 2020
PENJANA: Pertanian Bandar perlu disasarkan lebih ramai.
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyasarkan peruntukan RM10 juta di bawah Pakej Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan memanfaatkan 800 komuniti dan 12,000 penyertaan individu baharu dalam program pertanian bandar.
Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata kementerian akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkaitan untuk mengerakkan lebih ramai menyertai program itu.
Beliau berkata golongan B40 terutama di Projek Perumahan Rakyat (PPR) digalakkan menyertai program itu secara berkumpulan dengan mengusahakan tanaman jangka pendek terutama sayur-sayuran.
“Saya berharap kejayaan yang dicapai Komuniti Perumahan Awam Perlis 2, Kampung Datuk Keramat ini akan menjadi pendorong kepada komuniti lain untuk menceburi perusahaan tanaman sayuran secara kecil-kecilan ...bukan sahaja untuk kegunaan sendiri tapi juga untuk dijual di pasar,” katanya.
Kiandee berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau projek pertanian bandar di Perumahan Awam Seri Perlis 2 di sini, hari ini. Beliau turut menyampaikan bantuan RM50,000 di bawah PENJANA serta sumbangan sarang kelulut daripada Jabatan Pertanian bagi komuniti itu.
Melalui PENJANA, kerajaan menawarkan pakej sumbangan barangan dalam bentuk bantuan input pertanian seperti benih, baja, infrastruktur, peralatan, khidmat nasihat dan latihan kepada individu dengan nilai RM500 (maksimum) dan RM50,000 (maksimum) bagi setiap komuniti.
Sejak 2014 sehingga kini, seramai 124,988 orang termasuk dari sekolah, institusi, individu dan komuniti di 5,065 lokasi seluruh negara telah terlibat dalam program pertanian bandar..
Seorang daripada peserta program itu, Hamidah Ibrahim, 69, yang mengusahakan tananam bayam brazil dan pegaga, berkata pada mulanya dia mengeluarkan modal sendiri dan terpaksa berdepan dengan risiko penyakit menyebabkan ada tanaman yang tidak menjadi.
“Namun selepas mendapat bimbingan daripada Jabatan Pertanian, hasil tanaman telah menampakkan kejayaan dan telah dapat digunakan komuniti serta juga dijual di pasar sekali gus dapat menjimatkan perbelanjaan barangan dapur,” katanya.
Sumber : BERNAMA
15 Jun 2020
MySejahtera boleh jadi "rakan karib" anda
Penggunaan aplikasi MySejahtera menjadi normal baharu buat masyarakat di negara ini sebagai antara kaedah bagi membantu kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan (KKM), dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di Malaysia sejak 28 April lepas.
Hari ini adalah hari ke-90 rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa pada 18 Mac dan kini, dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak 10 Jun, rakyat Malaysia sangat digalakkan menggunakan aplikasi MySejahtera untuk membolehkan mereka melakukan penilaian kesihatan kendiri.
Applikasi MySejahtera, satu instrumen penting bagi memperkasa orang ramai menerusi maklumat terkini COVID-19 dan nasihat kesihatan, akan membolehkan KKM mengambil tindakan yang cepat dan tepat untuk mengenal pasti serta memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan COVID-19 dalam masyarakat.
Antara komponen aplikasi ini ialah data harian dan maklumat mengenai kawasan-kawasan yang mempunyai jangkitan COVID-19 selain membolehkan pengguna mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk membuat pemeriksaan dan rawatan.
Selain itu, pengguna dapat menggunakan aplikasi untuk mengimbas kod QR dan mendaftar masuk di lokasi yang berkenaan sebagai alternatif kepada mengisi maklumat kontak rapat secara manual, selain merekodkan suhu sebagai syarat untuk memasuki sesebuah premis, sekali gus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPP.
MySejahtera turut digunakan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memantau individu yang menjalani kuarantin di rumah termasuk mereka yang kembali dari luar negara selepas 10 Jun lepas.
Sehingga 12 Jun, kira-kira 2.5 juta orang yang menetap di negara ini memuat turun aplikasi MySejahtera.
Menyedari betapa pentingnya aplikasi MySejahtera dalam mengekang wabak COVID-19, kerajaan melakukan pelbagai usaha bagi menggalakkan masyarakat memuat turun aplikasi itu.
Antaranya, kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam e-dompet pengguna setelah mereka memuat turun aplikasi itu yang merupakan satu inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) kepada golongan M40 dan B40 berumur 18 tahun ke atas seperti diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 7 Jun.
Oleh itu, jadikan kemudahan aplikasi MySejahtera sebagai “rakan karib” anda walau di mana jua anda berada, selain membantu mendapatkan maklumat mengenai rawatan kesihatan sekiranya mempunyai gejala atau tanda-tanda jangkitan COVID-19.
Selain mematuhi SOP PKPP, usaha rakyat Malaysia menggunakan aplikasi MySejahtera berpotensi membantu kerajaan memerangi dan memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Sumber - BERNAMA
9 Jun 2020
PENJANA : Majikan guna bantuan sebaiknya, demi pekerja
KUALA LUMPUR, Integriti dan keikhlasan majikan memainkan peranan penting dalam menguruskan dengan holistik dan adil bantuan kewangan yang bakal diterima oleh syarikat-syarikat menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sebagai insentif untuk mengambil atau mengekalkan pekerja.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan berkata majikan yang menerima dana itu daripada kerajaan tidak boleh menyimpang daripada matlamat dana iaitu mengambil atau mengekalkan pekerja.
"Inisiatif kewangan ini untuk membantu syarikat agar bertahan dalam situasi yang mencabar susulan COVID-19 ini dan paling penting mengekalkan pekerja-pekerja mereka. Majikan perlu ikhlas untuk memastikan mereka tidak memberhentikan pekerja mereka apabila mendapat dana berkenaan.
"Lagipun, kalau kita lepaskan pekerja yang sudah terlatih dan jika keadaan ekonomi kembali pulih, jadi syarikat terpaksa melalui semula proses pengambilan pekerja, majikan juga perlu latih pekerja baharu dan ini akan menelan belanja," katanya kepada Bernama.
Shamsuddin berkata adalah wajar kerajaan memberikan kepercayaan kepada majikan atau syarikat dalam menguruskan dana yang diberikan dan tiada keperluan untuk menubuhkan badan pemantau bagi mengawal dana itu dengan tindakan tetap boleh diambil melalui mekanisme sedia ada terhadap majikan yang ingkar.
"Sebagai contoh, majikan menamakan seramai 100 orang untuk menerima subsidi gaji melalui dana itu dan kemudian mereka didapati memberhentikan salah seorang atau sebahagian pekerja, ia jelas menyalahi undang-undang. Dalam hal ini Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Sistem Insurans Pekerja (SIP) boleh ambil tindakan terhadap syarikat terbabit," katanya.
Beliau menyifatkan inisiatif melalui PENJANA itu sebagai langkah tepat untuk memulihkan ekonomi secara beransur-ansur terutama sektor pelancongan kerana ia merupakan perkhidmatan paling terjejas susulan pandemik COVID-19.
Antara cabaran lain berkaitan adalah trend permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan yang rendah kerana rakyat tidak begitu yakin untuk berbelanja terutama apabila pekerjaan mereka tidak terjamin dalam ketidaktentuan ekonomi ketika ini.
Penganalisis Bebas Ekonomi Dr Baayah Baba menyifatkan inisiatif kewangan kepada majikan itu perlu dimanfaatkan oleh sektor pembuatan atau kilang yang sebelum ini terjejas teruk kerana kurang permintaan terhadap barangan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19 di negara ini.
Beliau berkata dengan perluasan Program Subsidi Upah iaitu dengan pelanjutan subsidi upah selama tiga bulan lagi pada kadar RM600 sebulan bagi setiap pekerja sehingga maksimum 200 pekerja bagi setiap syarikat sangat praktikal bagi membantu majikan menguruskan gaji pekerja masing-masing.
"Kalau kita lihat ketika ketidaktentuan ekonomi ini, orang ramai lebih berbelanja barangan keperluan sahaja berbanding membeli perabot misalnya, jadi apabila kerajaan mengumumkan insiatif kewangan ini, sektor yang terjejas perlu ambil peluang menggerakkan semula perniagaan mereka.
"Saya yakin inisiatif yang diberikan kerajaan itu dapat membantu majikan untuk terus mengambil dan membantu majikan membayar gaji pekerja. Saya percaya dengan usaha ini, syarikat terlibat juga boleh pulihkan penjualan barangan mereka dan melancarkan pengurusan syarikat," katanya.
Baayah berkata majikan yang menerima dana bantuan daripada kerajaan ini perlu bersikap jujur dan telus bagi bersama-sama merancakkan semula ekonomi negara.
Jumaat lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perluasan Program Subsidi Upah bernilai RM5 bilion dan Program Insentif Pengambilan Pekerja (RM1.5 bilion) di bawah PENJANA, yang bakal memanfaatkan sejumlah tiga juta tenaga kerja.
Usaha kerajaan itu adalah bagi mengatasi pengangguran di negara ini yang dijangka meningkat kepada 5.5 peratus atau lebih 860,000 orang penganggur untuk keseluruhan tahun ini.
Kedua-dua program itu yang akan dilaksanakan sehingga Disember 2020 akan turut menyaksikan golongan belia terlibat menerima elaun sebanyak RM600 sebulan, penggangur bawah 40 tahun akan dapat RM800 sebulan, penggangur atas 40 tahun RM1,000 sebulan, penggangur OKU terima RM1,000 sebulan, kesemuanya untuk tempoh maksimum enam bulan. Selain itu turut disediakan elaun latihan sebanyak RM4,000 bagi mereka yang hilang pekerjaan.
Seumber : BERNAMA
8 Jun 2020
Pilihanraya Atau Kekang Covid-19 atau Anwar Bermasalah?
PUTRAJAYA : Sekarang bukan masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum di negara ini berikutan keadaan yang tidak mengizinkan, dan tumpuan seharusnya diberi pada usaha mengekang penularan pandemik COVID-19, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Sesetengah berpandangan kita wajar adakan pilihan raya sekarang, namun sekarang negara tidak bersedia untuk hadapi pilihan raya kerana kita tidak boleh berkempen, tidak boleh berkumpul dan lakukan apa yang biasa kita lakukan semasa pilihan raya,” katanya, menambah pilihan raya juga akan menelan belanja yang besar.
Bercakap pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini, Dr Mahathir berkata jika perhatian dialih kepada pilihan raya, akan ada rakyat yang menderita.
Ditanya jika beliau mempunyai sokongan majoriti untuk kembali sebagai perdana menteri, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu kerana “nombor asyik muncul dan hilang.”
Mengenai hubungannya dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan Anwar, namun menambah: “Mungkin beliau ada masalah dengan saya, kalian (wartawan) perlu tanya dia.”
Sumber : BERNAMA
Pemimpin Armada ditahan SPRM?
KUALA LUMPUR: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengesahkan pemimpin sayap itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.
Ketua Penerangannya, Ulya Aqamah Husamudin mendakwa penahanan itu satu bentuk tekanan untuk mendiamkan ahli pergerakan itu yang sebelum ini bersuara dan berbeza pandangan dengan pimpinan atasan parti.
"ARMADA BERSATU berharap pihak SPRM akan melaksanakan siasatan yang adil dan telus terhadap pimpinan ARMADA tanpa berat sebelah.
"Kita tidak mahu Malaysia mengundur ke belakang dan kuasa dijadikan alat untuk menundukkan ahli parti yang berbeza pandangan dan berani bersuara," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan lebih lanjut sebab utama dan isu yang menyebabkan penahanan pemimpin berkenaan.
Sebelum ini, beberapa pemimpin ARMADA lantang mengkritik pimpinan tertinggi parti itu diterajui presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana didakwa berkomplot dengan pemimpin UMNO untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan.
Dalam pada itu, Ulya turut mengingatkan ahli ARMADA sentiasa berani dan jangan tunduk pada sebarang tekanan.
1 Jun 2020
Apakah Mungkin Pengeluaran dan Penjualan Arak Di Bekukan?
PUTRAJAYA: Kementerian Wilayah Persekutuan mungkin akan membekukan semua aktiviti pengeluaran dan penjualan arak berikutan kejadian kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk yang berlaku di negara ini sejak kebelakangan ini.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata tindakan pembekuan itu adalah wajar sehingga satu garis panduan akan diwujudkan dan semakan perundangan dilakukan oleh pihaknya.
"Dengan kejadian pemandu mabuk dan menyebabkan kemalangan, wajar pengeluaran lesen baru menjual arak dibekukan sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan.
"Lesen premis pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu diperketatkan," katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya, di sini hari ini.
Sebelum ini, hampir setiap hari media melaporkan mengenai kemalangan maut yang membabitkan individu mabuk dan terbaharu, BH melaporkan seorang lelaki dirempuh sebuah kereta dipandu individu mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara.
Difahamkan, mangsa berusia 44 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa selepas menghantar makanan yang dijual isterinya.
Bagaimanapun, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 itu dirempuh Nissan Grand Livina dipandu suspek berusia 21 tahun dari arah belakang.
Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke sebelah kiri bahu jalan, manakala motosikalnya diseret sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.
Sokongan Terhadap PM Tetap Tidak Berubah
KOTA KINABALU : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah telah menegaskan sekali lagi sokongan penuhnya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia dan presiden parti itu.
Ketua Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor berkata pihaknya kekal tegas dengan pendirian menyokong penuh kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan Malaysia dan dalam menerajui parti itu di tengah-tengah kemelut politik semasa di negara ini.
Hajiji berkata sokongan itu selaras dengan suara majoriti Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang bermesyuarat pada 23 Feb bagi memutuskan agar parti itu berundur daripada Pakatan Harapan (PH).
“Adalah jelas bahawa Tan Sri Muhyiddin telah mengambil langkah yang tepat kerana ia berdasarkan suara majoriti MPT Bersatu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Hajiji, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman, berkata pendirian Bersatu Sabah adalah jelas dan dibuat berdasarkan kehendak majoriti anggota MPT.
Beliau berkata Bersatu Sabah juga mahu Muhyiddin diberikan peluang dan kepercayaan untuk memimpin negara serta terus berusaha mengurus dan menstabilkan kerajaan selain menyatukan rakyat Malaysia.
“Rakyat dan negara memerlukan Tan Sri Muhyiddin dan pasukan Kabinet beliau untuk mentadbir negara dalam mendepani ancaman pandemik COVID-19 serta cabaran getir berkaitan ekonomi dan penyatuan dalam kalangan rakyat.
“Bersatu Sabah juga berharap agar Tan Sri Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad akan menggunakan kebijaksanaan mereka dalam mencari satu konsensus serta menyelesaikan krisis politik demi kepentingan negara dan rakyat,” katanya.
Sumber : BERNAMA
27 Mei 2020
Sudah tiba masanya TOLAK PH
BANGI : Sudah tiba masanya untuk rakyat menolak dan meminggirkan gabungan parti rasis Pakatan Harapan (PH), kata Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Prof Datuk Dr Ir Badrulhisham Abdul Aziz.
Beliau membangkitkan perkara itu setelah keistimewaan orang Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuaan sering dijadikan bahan cabaran atau perdebatan.
“Tidak pernah berlaku dalam sejarah, orang Melayu dan Islam serta kedudukan raja-raja dikritik dan dipersoalkan begitu hebat atas nama hak asasi manusia dan kesamarataan.
“Malah, sejarah negara dibakul sampahkan dan ini menghiris hati dan perasaan pejuang kemerdekaan, pejuang Islam, pejuang menentang komunis, pejuang bangsa, pejuang bahasa dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa sama, Prof Badrulhisham mendakwa, PH ketika zaman pemerintahannya bukan sahaja tidak dapat memenuhi janji dalam manifesto, malah turut memungkiri dan mengingkari janji mereka.
“Rakyat digula-gulakan semasa PRU-14 (Pilihan Raya Umum ke-14) dengan janji bulan dan bintang dalam manifesto. Tapi akhirnya rakyat yang menderita dan tidak terbela,” katanya.
Selain itu, Prof Badrulhisham turut menyifatkan PH adalah sebuah gabungan parti yang meletakkan kesalahan ke atas orang lain dalam pelbagai perkara, terutamanya kerajaan terdahulu.
Beliau berkata, ketidakupayaan PH dalam menguruskan kewangan negara amat ketara apabila hutang semakin meningkat ditambah dengan penjualan pelbagai aset negara.
“Tetapi, masih lagi menyalahkan kerajaan terdahulu yang kononnya menyebabkan ekonomi negara berada dalam keadaan yang teruk,” dakwanya lagi.
Beliau turut mendakwa, PH tiada kemampuan mentadbir sesebuah negara.
Katanya, meskipun dipimpin oleh seorang bekas Perdana Menteri, namun sebahagian menteri-menteri yang dilantik adalah tidak kompeten.
Dengan hanya berlatarbelakangkan kerjaya sebagai ahli politik dan kekurangan pengalaman mentadbir atau bekerja, ramai di kalangan menteri yang dilantik gagal berfungsi, dakwanya.
“Malah sesetengah ahli politik PH membuat musuh dengan penjawat awam, kemudian membuat tuduhan penjawat awam mensabotaj mereka.
“Bukan itu sahaja, ada ahli politik PH membuat cadangan untuk mengurangkan bilangan penjawat awam.
“Bayangkan kalau diikut saranan mereka itu, negara tidak akan dapat berdepan dengan wabak COVID-19 dengan efisien dan efektif sekarang ini, disebabkan kekurangan tenaga kerja terutama dalam bidang kesihatan,” katanya.
Lantaran itu, Prof Badrulhisham menggesa rakyat untuk tidak lagi memberi peluang kepada PH untuk menang dalam pilihan raya umum (PRU) atau pilihan raya kecil (PRK) akan datang.
Katanya, dalam masa 22 bulan pemerintahan PH, pemimpinnya bukanlah dari kalangan yang berintegriti dan berwibawa tetapi hanya menyusahkan rakyat dalam pelbagai perkara.
“Cukuplah rakyat memberi undi, dalam PRU-14 dan yang lepas-lepas, kepada gabungan PH ini yang tidak kompeten, bermain sentimen perkauman, asyik menyalahkan orang lain, mungkir janji dan gila kuasa,” katanya.
20 Mei 2020
Adakah benar Tun Mahathir bukan Pengerusi PPBM?
PUTRAJAYA, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), demikian menurut satu salinan surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) kepada parti itu.
Menurut kandungan surat kepada Setiausaha Kerja Bersatu Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya bertarikh 5 Mei 2020, yang tular di media sosial hari ini, RoS mengambil maklum bekas Perdana Menteri itu meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu melalui surat bertarikh 24 Feb 2020 yang berkuat kuasa serta-merta dan dikemukakan kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Sehubungan dengan peletakan jawatan Pengerusi tersebut, Presiden Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin) berhak memangku jawatan Pengerusi sehingga pemilihan diadakan selaras dengan Fasal 16.9 perlembagaan parti itu.”
Fasal 16.9 perlembagaan Bersatu menyebut: Jika Pengerusi berhenti atau diberhentikan maka Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan untuk memilih Pengerusi baharu mengikut Fasal 13.3 dan ia mempunyai kuasa mengikut Fasal 16.2.
Surat RoS itu turut menyatakan bahawa berdasarkan dokumen yang dikemukakan iaitu surat peletakan jawatan pengerusi, RoS mengesahkan peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Pengerusi Bersatu adalah sah, manakala pemangkuan jawatan itu oleh Muhyiddin juga sah dan masih berkuat kuasa sehingga diadakan pemilihan pengerusi baharu.
Unit Komunikasi Korporat RoS dalam mesej kepada pihak media mengesahkan kesahihan surat berkenan bagi menjawab surat daripada Bersatu.
Usaha Bernama mendapatkan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk penjelasan lanjut hal berkaitan setakat ini belum berhasil.
Sumber : BERNAMA
18 Mei 2020
Muhyiddin ada majoriti 3 kerusi
Susunan tempat duduk untuk persidangan Dewan Rakyat hari ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti anggota parlimen.
Plan, oleh staf Parlimen, menunjukkan bahawa terdapat 114 anggota parlimen yang menyokong kerajaan semasa.
Ini bermaksud Muhyiddin (Bersatu-Pagoh) berjaya mentadbir negara dengan majoriti tipis tiga undi.
Muhyiddin akan melakar sejarah sebagai PM yang dilantik dengan majoriti paling tipis selepas Dr Mahathir Mohamad (Bersatu-Langkawi) pada Mei 2018 (dengan majoriti 10 kerusi).
Senarai ahli parlimen kerajaan, disusun mengikut abjad mengikut parti, terdapat dalam jadual berikut.
Dengan itu, buat masa ini, persoalan apakah Muhyiddin mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat tidak lagi perlu diperdebatkan.
Ujian sebenar akan timbul pada bulan Julai apabila Dewan Rakyat bersidang semula selama 25 hari, dengan membahaskan rang undang-undang kerajaan.
Antara yang menarik tumpuan pada Julai nanti adalah usul tidak percaya yang akan dikemukakan oleh Mahathir terhadap Muhyiddin.
Harus dinyatakan meskipun kedua-dua mereka mewakili parti yang sama, Mahathir duduk di bangku pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Walaupun kemungkinan untuk menyaksikan usul pembangkang dibentangkan adalah tipis, namun cabaran sebenar Muhyiddin adalah memastikan semua 114 anggota parlimen kerajaan berindak dalam hala yang sama.
Kegagalan mendapatkan undi bagi meluluskan sebarang rang undang-undang kerajaan akan memberi isyarat bahawa Muhyiddin tidak lagi menikmati sokongan majoriti.
Muhyiddin terpaksa bergantung pada hulubalangnya, Azmin Ali (Bersatu-Gombak) untuk memastikan kehadiran maksimum sebagai ketua whip kerajaan.
Menurut plan tempat duduk, bangku pembangkang akan terdiri daripada 107 ahli parlimen - Upko (1), Bersatu (5), Warisan (9), Amanah (11), PKR (39) dan DAP (42).
Tersepit di antara kedua bangku itu adalah Baru Bian (Bebas-Selangau).
Baru adalah antara ahli parlimen yang tidak tetap pendiriannya semasa "Langkah Sheraton” pada akhir Februari, awalnya menolak Pakatan Harapan tetapi kemudiannya bersetuju supaya gabungan itu menyokong Mahathir sebagai perdana menteri.
Sebagai wakil rakyat Bebas, dia tidak terikat dengan mana-mana pihak dan kecenderungannya tidak dapat ditentukan.
Setakat ini, Baru menunjukkan minat terhadap Parti Sarawak Bersatu (PSB), sebuah parti dikatakan mesra dengan Gabungan Parti Sarawak.
Ahli parlimen lain yang tidak tetap pendiriannya semasa "Langkah Sheraton” adalah Masir Kujat (PSB-Sri Aman), yang kini duduk di bangku pemerintah.
Sumber - MalaysiaKini
16 Mei 2020
Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM) alami kerugian besar 82 peratus
KUALA LUMPUR : Tinjauan yang dilakukan oleh Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM) mendapati bahawa 82 peratus syarikat anggotanya di Malaysia telah melaporkan kerugian yang besar.
Ia berkata kira-kira satu pertiga responden mengalami kerugian lebih dari RM10 juta pada setiap dua minggu ketika sekatan terhadap aktiviti perniagaan dilaksanakan.
Kaji selidik itu yang dijalankan daripada 17 hingga 24 April 2020, juga menunjukkan sejumlah besar responden (16 peratus) kebanyakannya syarikat multinasional (MNC) telah melaporkan kerugian melebihi RM500 juta sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa.
"Sebagai jalan penyelesaian jangka pendek untuk mengurangi impak akibat pandemik itu, majoriti responden telah mempertimbangkan untuk melakukan langkah-langkah penjimatan kos dan pelarasan bagi strategi perniagaan jangka panjang mereka, sambil merancang prosedur operasi standard (SOP) baharu untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pekerja semasa krisis.
"Walaupun menghadapi cabaran ini dan mencerminkan perspektif jangka panjang melibatkan syarikat-syarikat Amerika Syarikat (AS) yang melabur di Malaysia, sebahagian besar majikan dapat mengelakkan pemberhentian pekerja atau melaksanakan cuti tanpa gaji yang wajib diambil," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
AMCHAM menjalankan Kajian Impak Perniagaan COVID-19 dan PKP komprehensif untuk lebih memahami bagaimana pandemik itu dan tindak balas dasar kerajaan telah mempengaruhi aktiviti perniagaan dan rancangan pelaburan ahli-ahlinya.
Ia berkata syarikat-syarikat global menilai semula rancangan pelaburan mereka sebagai tindak balas terhadap wabak tersebut, dan separuh daripada responden tinjauannya menjangkakan akan mengurangkan pelaburan mereka di Malaysia pada tahun 2020 dan 20 peratus lagi merasakan terlalu awal untuk memberi komen.
Syarikat-syarikat juga mengambil langkah untuk mengkaji semula strategi rantaian bekalan mereka untuk memastikan kelangsungan perniagaan di masa depan dan AMCHAM melihat beberapa penyesuaian mungkin akan berlaku seperti pergerakan sumber atau perubahan terhadap operasi pengujian dan pemasangan, katanya.
Sebilangan besar responden menunjukkan bahawa mereka bekerja secara meluas dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan untuk menyokong operasi mereka di Malaysia dan sebab itu perniagaan tempatan ini juga mungkin mengalami kerugian yang besar jika penyesuaian terhadap rantaian bekalan perlu dilakukan.
Selain itu, syarikat-syarikat AS menekankan perlu ada ketelusan mengenai dasar semasa yang berkaitan dengan PKP agar kegiatan perniagaan di pelbagai sektor dapat disambung semula kembali dengan cepat dengan mengutamakan keselamatan.
“Pada masa yang unik ketika ini juga membuka pintu peluang dan beberapa minggu lepas telah menunjukkan kekuatan jalinan kerjasama. AMCHAM berharap dapat meneruskan penglibatan aktif kami dengan kerajaan untuk mencari penyelesaian yang pragmatik.
"Melalui perkongsian yang kukuh antara sektor awam dan swasta Malaysia, antarabangsa dan tempatan, kami dapat memastikan bahawa ekonomi dinamik Malaysia terbukti berdaya tahan pada masa-masa yang mencabar ini dan berada dalam kedudukan yang kuat untuk membawa kekayaan baharu," kata Ketua Pegawai Eksekutif AMCHAM Siobhan Das.
Keahlian AMCHAM terdiri terutamanya daripada syarikat multinasional AS yang besar. Sebanyak 114 responden mengambil bahagian dalam tinjauan semasa fasa ketiga PKP dan hampir separuh daripada responden berasaskan kepada industri elektrik dan elektronik dan semikonduktor.
Tinjauan ini merangkumi 43 pertanyaan untuk mendapatkan maklum balas mengenai kesan COVID-19, serta pelaksanaan PKP kepada perniagaan masing-masing.
Ini termasuk isu-isu yang berkaitan dengan operasi dan rantaian bekalan, sumber manusia dan unjuran pelaburan.
Sumber - BERNAMA
15 Mei 2020
5.5 Peratus Kadar Pengangguran Dijangka Akan Berlaku
Kadar pengangguran di negara ini diunjurkan dalam lingkungan 3.5 peratus hingga 5.5 peratus tahun ini berikutan impak penularan pandemik COVID-19, menurut Jabatan Perangkaan (DOSM).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata bagaimanapun langkah kerajaan membuka sektor ekonomi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selain menyediakan pakej rangsangan ekonomi akan membantu pekerja dan isi rumah menghadapi situasi kritikal berikutan wabak itu.
“Jika meneliti pengumuman kerajaan, kita mahukan penerusan ekonomi berjalan dengan cepat. Ini kerana, lebih cepat ekonomi kita bergerak, maka akan ada pergerakan transaksi kewangan sekali gus membolehkan ekonomi kita cepat pulih.
“Maka, pekerjaan akan dapat diwujudkan dan kadar pengangguran dapat dikawal. Oleh itu, kita menjangkakan julat maksimum kadar pengangguran adalah dalam lingkungan 3.5 peratus hingga 5.5 peratus tahun ini,” katanya dalam sidang media langsung secara dalam talian hari ini.
Berdasarkan laporan Statistik Utama Tenaga Buruh di Malaysia Mac 2020 yang dikeluarkan DOSM sebelum ini, jumlah penganggur meningkat 17.1 peratus kepada 610.5 ribu dengan kadar 3.9 peratus, daripada angka pada bulan sama 2019.
Sementara itu, Mohd Uzir berkata, status permintaan dan penawaran buruh pada suku pertama 2020 memberi isyarat awal ketidakseimbangan dalam pasaran buruh.
“Namun, perlu diingatkan bahawa kerajaan juga telah mengambil langkah untuk mengimbangi keperluan pekerjaan termasuk bagi lepasan pengajian tinggi baharu berjumlah di antara 300,000 dengan 350,000 setahun,” katanya.
Sidang media hari ini diadakan sempena penerbitan laporan Statistik Guna Tenaga Suku Pertama 2020 berdasarkan Survei Guna Tenaga Suku Tahunan yang dilaksanakan ke atas pertubuhan formal dalam sektor swasta meliputi aktiviti utama -- pertanian; perlombongan dan pengkuarian; pembuatan; pembinaan serta perkhidmatan.
- Bernama
Kebenaran 20 minit sahaja, syarat solat Jumaat dan Aidilfitri di Perak
KEBENARAN solat Jumaat di seluruh Perak bermula esok, 15 Mei 2020, begitu juga solat sunat Aifilfitri di masjid serta surau pada 1 Syawal nanti.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari berkata, perkara itu telah diperkenankan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Bagaimanapun menurutnya, kebenaran itu tertakluk kepada syarat-syarat tertentu iaitu bilangan jemaah termasuk imam dan khatib tidak melebihi 12 orang.
"Pengerusi Jawatankuasa Kariah hendaklah mengenal pasti dan menetapkan bahawa jemaah terbatas dalam kalangan ahli kariah dan pegawai masjid sahaja, adalah tidak digalakkan warga yang berusia lebih daripada 60 tahun untuk hadir berjemaah.
"Setiap jemaah juga hendaklah membuat pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan dan merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran," katanya dalam satu kenyataan di Ipoh, hari ini.
Beliau berkata, setiap jemaah dikehendaki mengambil wuduk sebelum hadir ke masjid dan membawa sejadah masing-masing.
Katanya, mereka yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan selesema tidak dibenarkan hadir.
"Begitu juga mereka yang mempunyai sejarah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, lelah, penyakit barah dan sebagainya tidak dibenarkan hadir," katanya.
Shahrul Azam berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak turut menetapkan kebenaran menggunakan pembesar suara luar semasa bacaan teks khutbah dan takbir untuk manfaat ahli-ahli kariah di sekitar masjid dan surau.
Jelasnya, tempoh masa bermula azan, khutbah hingga selesai solat Jumaat, begitu juga tempoh mula bertakbir hingga selesai khutbah solat Aidilfitri di dalam masjid dan surau dihadkan tidak melebihi 20 minit.
"Teks khutbah solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri hendaklah ringkas dan padat dengan masa penyampaian tidak melebihi 10 minit disediakan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
"Penyusunan saf dan kedudukan dalam masjid atau surau diri Jumaat hendaklah mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan para jemaah hendaklah bersurai tanpa perlu mengadakan sebarang jamuan makan minum terutama selepas selesai urusan solat sunat Aidilfitri," katanya.
Beliau menegaskan, masjid dan surau diri Jumaat masih tidak dibuka kepada orang awam, sebaliknya kebenaran itu hanya diberikan kepada ahli Jawatankuasa Kariah dan pegawai masjid dan surau.
Menurutnya, mana-mana masjid dan surau diri Jumaat yang tidak berupaya atau gagal memenuhi kesemua syarat dan panduan ditetapkan tidak dibenarkan untuk melaksanakan solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri berkenaan.
"Arahan dan ketetapan ini hendaklah terpakai dan berkuat kuasa serta-merta sehingga arahan baharu dikeluarkan," katanya.- sinarharian
13 Mei 2020
Arab Saudi laksana perintah berkurung sempena Aidilfitri
Arab Saudi pada Selasa mengumumkan perintah berkurung 24 jam di seluruh negara akan dilaksana bermula 23 hingga 27 Mei sempena Aidilfitri, lapor agensi berita Arab Saudi (SPA).
Kementerian Dalam Negeri menggesa semua pihak mematuhi sepenuhnya arahan terbaru itu untuk mencegah penularan Covid-19, termasuk terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti menjaga jarak sosial dan tidak berhimpun melebihi lima orang atau lebih.
Dalam tempoh itu, pergerakan bebas hanya dibenarkan bermula 9 pagi hingga 5 petang di semua bandar dan wilayah Arab Saudi - kecuali di Mekah.
Perintah berkurung 24 jam masih dilaksana di Mekah.
Kegiatan komersial dan ekonomi juga dibenarkan dalam tempoh itu.
- Bernama
12 Mei 2020
Semua hormat Sultan Ibrahim, tak ada perkara luar biasa akan jadi di DUN Johor
Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat yakin persidangan Khamis ini akan berjalan tanpa kejadian "luar biasa" kerana semua Adun negeri itu menghormati Sultan Ibrahim Sultan Ismail.
Sidang DUN di Melaka hari ini tegang apabila menyaksikan Perikatan Nasional (PN) menangguhkan persidangan tanpa pembangkang untuk melantik speaker baru - langkah yang dilihat dapat dilakukan di Johor.
Suhaizan bagaimanapun berkata, tidak seperti di Melaka, kerajaan negeri Johor tidak mengemukakan usul terlebih dahulu untuk menggantikannya sebagai speaker, dan sebaliknya meminta persidangan ditamatkan setelah Sultan Ibrahim membuat perasmian.
Anggota dewan diizinkan untuk membuat rundingan, bergantung kepada persetujuan speaker, tetapi Suhaizan berkata ia "tidak molek" dilakukan semasa Sultan berada di dewan.
"Jadi (rundingan) dapat dibuat, tetapi tidak semasa upacara perasmian, hanya semasa persidangan (sesi debat).
"Kerana hari Khamis hanya akan mengadakan upacara perasmian, maka tidak molek untuk mengemukakan usul di depan tuanku.
"Saya percaya bahawa kedua-dua pihak menghormati sultan sebagai ketua negari, jadi tidak ada yang luar biasa akan terjadi pada hari Khamis," katanya kepada Malaysiakini.
Walaupun sidang Khamis ini secara rasmi sepatutnya berakhir setelah ucapan Sultan Ibrahim, PN dan PH dispekulasikan menyerang satu sama lain.
Sumber Bersatu mendakwa bahawa PN mengumpulkan SD untuk menyokong usaha untuk menyingkirkan Suhaizan, yang merupakan pemimpin parti Amanah.
Sementara itu, dipercayai bahawa PH merancang untuk membuat usul tidak percaya terhadap Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad.
Suhaizan sebelum ini mengatakan bahawa dia akan memberi pertimbangan sekiranya kedua-dua pihak meminta agar persidangan Khamis dilanjutkan hingga ke petang.
Namun, walaupun dia tidak mengizinkan, PN mungkin melakukan apa yang dilakukan oleh rakan sejawat mereka di Melaka.
Sekiranya PN bersidang tanpa speaker, Perintah Tetap 4 (1) (b) DUN Johor membenarkan menteri besar mencalonkan salah seorang anggota yang hadir untuk mempengerusikan persidangan.
Ini akan memungkinkan mereka mendesak usul untuk menyingkirkan Suhaizan sebagai speaker, tetapi tidak segera menggantikannya.
Ini kerana Perintah Tetap Dewan Johor mengkehendaki calon speaker dinamakan 24 jam sebelum mereka dapat dipilih.
Namun, ada keraguan yang dilontarkan oleh pihak tertentu mengenai apakah Hasni mendapat sokongan penuh dari para anggota dewan Bersatu untuk menyingkirkan Suhaizan.
Johor Bersatu berselisih dengan Umno susulan isu pelantikan politik.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang juga Adun Gambir, telah campur tangan minggu lalu dan mendesak kedua-dua belah pihak untuk menyelesaikan perselisihan mereka, tetapi tampaknya masih ada ketegangan yang berlanjutan.
Bersatu juga terpecah antara mereka yang setia kepada Muhyiddin, dan mereka yang berpihak kepada Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad.
PN hanya mempunyai 29 kerusi DUN di Johor, berbanding PH yang mempunyai 27 kerusi. Sekiranya satu Adun dari PN lompat parti, DUN akan tergantung.
10 Mei 2020
Kesian Makcik Kiah niaga goreng pisang tak layak dapat BPN
Peniaga yang mengemukakan rayuan untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mendapat kejutan mengecewakan pagi ini apabila kelayakan mereka dibatalkan kerana mereka atau pasangan mereka mempunyai perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat (SSM).
Sebagai gantinya, mereka diberitahu untuk memohon Geran Khas Prihatin (GKS), bantuan sekali sahaja berjumlah RM3,000 untuk perniagaan skala mikro yang tidak perlu dibayar balik.
Bantuan BPN adalah bagi isi rumah golongan B40 yang berpendapatan kurang RM4,000 sebulan keseluruhannya berjumlah RM1,600, dengan pembayaran berperingkat dalam dua fasa.
Peguam dan Setiausaha Politik MP Iskandar Puteri, Syahredzan Johan berkata BPN bertujuan meneruskan kelangsungan hidup manakala GKS pula bantuan untuk perniagaan.
Katanya, permohonan GKS cuma dibuka pada bulan ini.
"Bayangkan, mohon BPN April. Mei dapat tahu tidak layak. Kena mohon GKS pula, itupun kalau layak. Jun baru boleh dapat duit. Habis dua ke tiga bulan sebelum itu macam mana pula?
"Yang paling menyedihkan adalah semua ini langsung tidak dinyatakan semasa pengumuman dibuat. Dikhabarkan tiada siapa yang akan ketinggalan," katanya pada hantaran di Facebook.
Syahredzan berkongsi pesanan para peniaga, termasuk penjaja pasar malam, dan mereka yang baru memulakan perniagaan tanpa membuat untung yang terjejas akibat pembatalan kelayakan menerima BPN.
Malaysiakini difahamkan mereka yang terjejas termasuk mereka yang telah mendaftar untuk menjadi pemilik tunggal atau perusahaan dengan SSM.
Syahredzan, turut menggunakan nama timangan watak rekaan Makcik Kiah yang disebut Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan pakej rangsangan ekonomi Covid-19.
Peraturan baru itu, katanya kini menyebabkan kehidupan Makcik Kiah terjejas.
"Ironinya, kalau Makcik Kiah daftar perniagaan goreng pisang dia dengan SSM, Mak Cik Kiah pun tidak dapat dapat BPN.
"Kesian Mak Cik Kiah," katanya sambil membandingkan perbezaan nasib antara peniaga ini dengan MP Perikatan Nasional yang dilantik menerajui GLC.
"Murah rezeki mereka (dilantik ke GLC)," jelas Syahredzan.
7 Mei 2020
SOP solat jemaah di masjid, surau bincang esok
CADANGAN prosedur operasi standard (SOP) solat berjemaah di masjid dan surau akan dibincangkan sekali lagi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), esok.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, cadangan itu sudah diteliti Kabinet dalam mesyuarat semalam dan melakukan beberapa penambahbaikan.
"Kabinet memutuskan kertas cadangan SOP dibawa sekali lagi ke mesyuarat jawatankuasa muzakarah MKI yang membabitkan pakar dalam bidang perubatan dan bidang tertentu, juga yang paling penting adalah cendekiawan agama.
"Ia akan membincangkan keperluan dan meneliti lebih terperinci, sebelum kerajaan mengumumkan untuk membenarkan kita membuka masjid dan surau," katanya ketika menghadiri Program Inspirasi Musaadah Ramadan YaPEIM di Sungai Petani, hari ini.
Ahmad Marzuk berkata, kemudian hasil perbincangan itu akan diteliti pula Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum diputuskan kerajaan.
"Sekiranya kerajaan melihat bahawa kita sudah berada pada tahap yang amat sesuai untuk melaksanakan SOP amalan di masjid dan surau, barangkali kita ada kesempatan untuk beribadat di situ pada Ramadan ini," katanya.
Dalam pada itu, katanya, kerajaan memberi jaminan akan memaklumkan lebih awal kepada bakal jemaah haji berhubung kebenaran untuk menunaikan ibadat itu tahun ini, susulan pandemik Covid-19.
Menurutnya, sehingga kini lebih 16,000 bakal jemaah daripada kira-kira 30,000 kuota yang peruntukkan sudah menerima surat tawaran ke tanah suci.
"Sehingga hari ini kita belum dapat apa-apa kenyataan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi berkaitan kebenaran mengerjakan haji," katanya yang meminta Lembaga Tabung Haji memaklumkan lebih awal sebarang keputusan supaya jemaah boleh membuat persiapan.
6 Mei 2020
PKPB: Lebih 17,000 premis diperiksa
PUTRAJAYA: Hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semalam menyaksikan 17,728 premis diperiksa pihak berkuasa dan dikenakan tindakan nasihat.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pasukan bertindak Operasi Pematuhan memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dengan memeriksa 1,057 pasar raya, 1,743 restoran dan 598 kilang.
Beliau berkata, pemeriksaan juga dilakukan di 325 terminal pengangkutan darat, 37 terminal pengangkutan air dan 12 terminal pengangkutan udara.
"Pasukan Task Force Operasi Pematuhan memeriksa 9,259 kenderaan persendirian dan 1,145 kenderaan awam.
"Turut diperiksa adalah 546 pasar awam, 927 tempat ibadat, 298 tempat riadah dan 180 tapak binaan," katanya pada sidang sidang media harian selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sini, hari ini.
5 Mei 2020
Tiada had masa untuk keluar
Tiada lagi larangan perjalanan selepas pukul 10 malam atau pergerakan rentas daerah di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), kata Menteri Kanan (kluster pertahanan) Ismail Sabri Yaakob.
"Dari segi pergerakan sudah pun dibebaskan (untuk perjalanan) antara daerah (dan) tiada had dari segi jangka masa untuk keluar.
"Dalam peraturan baru, tiada (had seperti sebelum ini)," katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.
Ismail berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berkenaan perkara itu selepas PKPB mula berkuat kuasa semalam.
Berhubung perjalanan rentas negeri pula, beliau berkata larangan masih terpakai tetapi perjalanan boleh dibuat antara 7 hingga 10 Mei ini dengan permohonan dibuat kepada pihak berkuasa.
Berkenaan perjalanan rentas negeri menggunakan pengangkutan awam, Ismail berkata polis masih meneliti perkara itu.
"Polis sedang buat kajian, misalnya berkenaan berapa jumlah (bas) yang diperlukan.
"Ini kerana pergerakan antara negeri masih tak dibenarkan, oleh itu kenderaan awam seperti bas ekspres belum (beroperasi)," katanya yang juga menteri pertahanan.
Menurut Seksyen 4(1) warta persekutuan 3 Mei yang dikeluarkan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, orang ramai boleh melakukan perjalanan dalam "kawasan tempatan jangkitan" kecuali di kawasan PKP diperketatkan, melainkan mendapat kebenaran untuk berbuat demikian.
Pewartaan itu menandakan permulaan pelonggaran PKP bagi pembukaan semula ekonomi.
Ismail berkata polis kini akan mula memberi tumpuan kepada penguatkuasaan syarat dan peraturan yang ditetapkan kepada industri yang kembali beroperasi.
Peraturan itu antara lain pelaksanaan pembersihan di premis, ujian saringan terhadap pekerja asing dan pengamalan penjarakan sosial.
Katanya lagi, penguatkuasaan akan bermula dengan amaran sebelum disusuli dengan tindakan lebih tegas.
Langgan:
Catatan (Atom)
10 Catatan Paling Popular
-
KUALA LUMPUR: Tan Sri Richard Malanjum pada malam Rabu mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuat kuasa serta merta...
-
KETIKA Malaysia sedang memerangi penularan pandemik koronavirus (Covid-19) yang mencatatkan 14 kematian setakat semalam, harga minyak globa...
-
1 ) Tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari. Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. ...
-
KUALA LUMPUR: Majikan diberi amaran untuk tidak memotong gaji pekerja atau memaksa pekerja mengambil cuti tahunan sepanjang tempoh Perintah...
-
Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat yakin persidangan Khamis ini akan berjalan tanpa kejadian "luar biasa" kerana semua Adun negeri i...
-
HONG KONG : Hartawan buruan Polis Diraja Malaysia yang dikaitkan dengan 1MDB Jho Low kini dipercayai berada di China pula. Memetik ...
-
AMPANG JAYA, SELANGOR : Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, 48 tahun, dihantar ke Penjara Sungai Buloh, selepas M...
-
PUTRAJAYA: Peguam kepada bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid, mendakwa Suruhanjaya Pe...
-
Dua lelaki hari ini dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengingka...
Kategori
Covid-19
(33)
Tun M
(18)
1MDB
(15)
Najib
(15)
PKP
(15)
Tan Sri Muhyiddin Yassin
(11)
Datuk Seri Ismail Yaakob
(7)
PDRM
(7)
PH
(7)
Perdana Menteri
(7)
Anwar Ibrahim
(6)
Polis
(6)
UMNO
(6)
Ekonomi
(5)
Kerajaan
(5)
Rosmah
(5)
SPRM
(5)
Bantuan Kerajaan
(4)
Corona Virus
(4)
PPBM
(4)
Perintah Kawalan
(4)
Zahid
(4)
kesihatan
(4)
Equanimity
(3)
Ismail Sabri Yaakob
(3)
Jho Low
(3)
Ketua Polis
(3)
Lim Guan Eng
(3)
Majistret
(3)
PAS
(3)
PKPB
(3)
PKPD
(3)
PKR
(3)
Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
(3)
Tommy Thomas
(3)
ATM
(2)
Astro Awani
(2)
BN
(2)
Bazar Ramadhan
(2)
Bomba
(2)
CPRC
(2)
Corona
(2)
DAP
(2)
DUN Sungai Kandis
(2)
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
(2)
DiJamin
(2)
GST
(2)
Global
(2)
Hal Rakyat
(2)
Hilang Pekerjaan
(2)
Jabatan Perangkaan Malaysia
(2)
Jokowi
(2)
KWSP
(2)
Ku Li
(2)
Kuala Lumpur
(2)
MEIO
(2)
Mahkamah
(2)
Mahkamah Kuala Lumpur
(2)
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
(2)
Majikan
(2)
Malaysia
(2)
Menang
(2)
Menteri
(2)
Menteri Kanan
(2)
Muhammad Adib
(2)
PARTI BERSATU
(2)
Pakatan Harapan
(2)
Peguambela
(2)
Pemulihan
(2)
Penganalisa Ekonomi
(2)
Pengangguran
(2)
Penjana
(2)
Perintah Kawalan Pergerakan
(2)
Presiden
(2)
SRC International Sdn Bhd
(2)
SST
(2)
Tentera
(2)
Virus
(2)
iLestari
(2)
kematian
(2)
penjara
(2)
zon merah
(2)
AMCHAM
(1)
ARMADA
(1)
Abdul Hamid Bador
(1)
Ahmad Zahid
(1)
Akaun 2
(1)
Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011
(1)
Alibaba
(1)
Ambil Alih Kuasa
(1)
Amerika Syarikat
(1)
Angkatan Tentera Malaysia
(1)
Awang Azman Awang Pawi
(1)
Azmin Ali
(1)
B40
(1)
BKKM
(1)
BN Kalah
(1)
BNM
(1)
BR1M
(1)
Badrulhisham
(1)
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
(1)
Bahasa Melayu
(1)
Barang Kemas
(1)
Batal
(1)
Bazar
(1)
Belanjawan 2019
(1)
Cameron Highlands
(1)
China
(1)
DUN
(1)
Daniel Wilkinson
(1)
Dasar Pendidikan Kebangsaan
(1)
Datuk Abdul Halim Mansor
(1)
Datuk Abdul Rahim Bakri
(1)
Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
(1)
Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
(1)
Datuk Hajiji Noor
(1)
Datuk Mohamad Ariff Md Yusof
(1)
Datuk Seri Anifah Aman
(1)
Datuk Seri M Saravanan
(1)
Datuk Seri Mohamad Hasan
(1)
Datuk Shamsuddin Bardan
(1)
Datuk Syed Zaid Albar
(1)
Debat Umno
(1)
Dewan Rakyat
(1)
Dibekukan
(1)
DoJ
(1)
Dr Jemilah Mahmood
(1)
Dunia
(1)
FRU
(1)
George Varughese
(1)
Goh Ching Yin
(1)
Gopal
(1)
Hal Ehwal Agama
(1)
Hari Pekerja
(1)
Hasanah
(1)
Hassan Marican
(1)
Hishammuddin
(1)
Hong Kong
(1)
ICU
(1)
IMF
(1)
Imej
(1)
Indonesia
(1)
Islam
(1)
Jabatan Imigresen Malaysia
(1)
Jack Ma
(1)
Jamal Jamban
(1)
Jen Tan Sri Affendi Buang
(1)
John Ashcroft
(1)
KJ
(1)
KKM
(1)
KPDNHEP
(1)
KPDNK
(1)
KWAP
(1)
Kabinet Malaysia Baru 2018
(1)
Kalah
(1)
Kampung Dato' Ibrahim Majid
(1)
Kawasan Panas
(1)
Kecoh
(1)
Kegawatan
(1)
Keliru
(1)
Kemelesetan
(1)
Kementerian Kewangan Malaysia
(1)
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
(1)
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
(1)
Kementerian Sumber Manusia
(1)
Kemiskinan
(1)
Kerjasama
(1)
Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan
(1)
Ketua Hakim Negara
(1)
Ketua UMNO
(1)
Khairy
(1)
Khairy Jamaluddin
(1)
Khazanah Nasional Malaysia
(1)
Kimanis
(1)
Kingdom of God
(1)
Koroner
(1)
Kota Damansara
(1)
Kristian
(1)
Kuasa Diri
(1)
Kuil
(1)
Kuil Sri Maha Mariamman
(1)
LGE
(1)
Laketown Resort
(1)
Liberal
(1)
MB Terengganu
(1)
MITI
(1)
MKN
(1)
MOF
(1)
MSC
(1)
MTUC
(1)
Macau
(1)
Majlis Keselamatan Negara
(1)
Manifesto
(1)
Mansuh
(1)
Masjid Jamek Sri Petaling
(1)
Maszlee Malik
(1)
Mazlan Lazim
(1)
Melayu
(1)
Menteri Hal Ehwal Ekonomi
(1)
Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI)
(1)
Methodist Church
(1)
Mohd Soffi Abd Razak
(1)
Muafakat Nasional
(1)
Mukhriz
(1)
Mustapa Mohamed.
(1)
Mustapha Yaakub
(1)
Naratif Malaysia
(1)
Othman Mahmood
(1)
PKPP
(1)
PM
(1)
PN
(1)
PRK
(1)
PRU
(1)
PRU-14
(1)
PRU14
(1)
Paling Teruk
(1)
Panglima
(1)
Panik
(1)
Patuhi
(1)
Pelabuhan Klang
(1)
Pembangkang
(1)
Pendakwaraya
(1)
Penjara Sungai Buloh
(1)
Penjawat Awam
(1)
Penyokong UMNO
(1)
Peraturan Mesyuarat 4 (1)
(1)
Perintah Kawaln Pergerakan
(1)
Perkeso
(1)
Perubahan
(1)
Perutusan
(1)
Phuket
(1)
Piagam
(1)
Plaza Tol Duta
(1)
Presiden Kesatuan Oxford
(1)
Punca
(1)
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen
(1)
Rais Yatim
(1)
Rampasan
(1)
Richard Malanjum
(1)
Rofiah
(1)
Rumah Terbuka AidilFitri
(1)
SC
(1)
SOP
(1)
SPR
(1)
Shad Saleem Faruqi
(1)
Shanghai
(1)
Sholat
(1)
Sijil Peperiksaan Bersama (UEC)
(1)
Sinar Harian
(1)
Soffian
(1)
South China Morning Post
(1)
Subromaniam
(1)
Sukhdave Singh
(1)
Sulaiman
(1)
Sulit
(1)
Surat CIA
(1)
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
(1)
Syed Hamid
(1)
TPM
(1)
Taiwan
(1)
Tan Sri Abdul Hamid Bador
(1)
Tan Sri Annuar Musa
(1)
Tangkap
(1)
Teknologi
(1)
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
(1)
Timbalan Menteri
(1)
Timbalan Pengerusi SPR
(1)
Tok Mat
(1)
Topeng Muka
(1)
Tutup
(1)
Undi Tidak Percaya
(1)
Ustaz Azhar Idrus
(1)
Veteran
(1)
YAB
(1)
Yang Di Pertua Dewan Rakyat
(1)
Yayasan Keluarga
(1)
Zawawi Ahmad Mughni
(1)
apartments
(1)
arak
(1)
awan
(1)
balik kampung
(1)
bantuan
(1)
belanjawan
(1)
beras
(1)
black area
(1)
bubar
(1)
bujur
(1)
bulat
(1)
buruh
(1)
cukai 2018
(1)
dibenarkan
(1)
disorok
(1)
eBazar
(1)
eksport
(1)
empangan
(1)
forum
(1)
gaji pekerja
(1)
geiser
(1)
haiwan peliharaan
(1)
harimau
(1)
import
(1)
industri
(1)
industri kecil dan sederhana (IKS)
(1)
inkues
(1)
jangkitan
(1)
jurang
(1)
kastam
(1)
kemelselatan ekonomi
(1)
kewangan
(1)
kolam
(1)
kos guaman
(1)
kucing
(1)
kuman
(1)
mabuk
(1)
makanan
(1)
masayarakat
(1)
meow
(1)
moratorium
(1)
mysejahtera
(1)
pak belang
(1)
pasar borong KL
(1)
pecah amanah
(1)
peguam
(1)
pejabat buruh
(1)
pelangi
(1)
penyakit kronik
(1)
peribahasa
(1)
potong gaji
(1)
premis
(1)
ramdhan
(1)
rentas neger
(1)
sahabat
(1)
sosial
(1)
sukarelawan
(1)
tabligh
(1)
tak nak PH
(1)
tampung
(1)
tasik
(1)
task force
(1)
tindakan
(1)
tower regency hotel
(1)
tumbang
(1)
upah gaji
(1)
veterinar
(1)
wabak
(1)
Arkib Post
-
▼
2020
(68)
-
▼
Jun
(10)
- PELUANG membina Ekonomi ISLAM yang kukuh di Malays...
- Jom lihat pandangan Awang, tentang siapa selepas M...
- PENJANA: Pertanian Bandar perlu disasarkan lebih r...
- MySejahtera boleh jadi "rakan karib" anda
- Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
- PENJANA : Majikan guna bantuan sebaiknya, demi pek...
- Pilihanraya Atau Kekang Covid-19 atau Anwar Bermas...
- Pemimpin Armada ditahan SPRM?
- Apakah Mungkin Pengeluaran dan Penjualan Arak Di B...
- Sokongan Terhadap PM Tetap Tidak Berubah
-
►
Mei
(17)
- Sudah tiba masanya TOLAK PH
- Adakah benar Tun Mahathir bukan Pengerusi PPBM?
- Muhyiddin ada majoriti 3 kerusi
- Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM) alami k...
- 5.5 Peratus Kadar Pengangguran Dijangka Akan Berlaku
- Kebenaran 20 minit sahaja, syarat solat Jumaat dan...
- Arab Saudi laksana perintah berkurung sempena Aidi...
- Semua hormat Sultan Ibrahim, tak ada perkara luar ...
- Kesian Makcik Kiah niaga goreng pisang tak layak d...
- SOP solat jemaah di masjid, surau bincang esok
- PKPB: Lebih 17,000 premis diperiksa
- Tiada had masa untuk keluar
-
▼
Jun
(10)