31 Mac 2020

Covid-19: Tempoh kawalan pergerakan bergantung pada pematuhan

Telah ‘berbuih mulut’ pihak berkuasa menasihati rakyat agar duduk di rumah dan tidak kurang juga ada yang telah didakwa di mahkamah kerana mengingkari arahan perintah kawalan pergerakan (PKP), namun masih ramai yang degil dan bersikap keras kepala.


Ahad lalu saja seramai 828 individu ditahan dalam rondaan dan sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Ia menunjukkan masih ramai yang bersikap degil untuk mematuhi arahan mudah kerajaan bagi mengelakkan krisis Covid-19 ini berpanjangan.

Pelbagai alasan tidak munasabah diberikan, termasuk ingin meminjam rokok daripada rakan, membeli makanan (walaupun jauh dari kawasan rumah), mengail, dan tidak kurang juga keluar beriadah menyebabkan pihak berkuasa 'tepuk dahi’ dengan sikap segelintir rakyat Malaysia ini.

Tanpa disedari sikap degil inilah menyebabkan usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan penyakit Covid-19 berdepan jalan sukar. Sehingga semalam, virus itu mengorbankan 37 orang dengan jumlah terkumpul kes positif menjadi 2,626 kes.

Ia memaksa kerajaan mengambil tindakan lebih tegas termasuk mengenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di kawasan zon merah yang dikenal pasti mempunyai bilangan kes positif tinggi.

Terbaru - iaitu kawasan ketiga yang dikenakan PKPD - ialah menara City One di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur, kerana dikesan mempunyai 17 kes positif jangkitan Covid-19.

Sebelum ini Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baru Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Johor serta kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor dikenakan tindakan sama.

Hari ini masuk hari ke-14 pelaksanaan PKP, namun bilangan kes positif yang masih tinggi menyebabkan kerajaan tiada pilihan selain mengetatkan lagi peraturan menjelang fasa kedua pelaksanaan PKP pada esok.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob semalam berkata mulai Rabu ini semua premis perniagaan yang menjual barangan keperluan harian - termasuk pasar raya serta stesen minyak - hanya dibenarkan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga pukul 8 malam.

Gerai dan restoran serta perkhidmatan penghantaran makanan juga perlu beroperasi pada waktu yang sama dalam tempoh fasa kedua itu, malah waktu operasi kenderaan juga akan dikawal.

Ini semua terpaksa dilakukan demi kebaikan rakyat Malaysia sendiri dan untuk membendung ledakan gelombang ketiga Covid-19 ekoran sikap tidak acuh segelintir rakyat negara ini.

Sebagai persiapan untuk menghadapi gelombang ketiga itu juga, kerajaan menyediakan pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 berisiko rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan mendadak jangkitan itu.

- Bernama

29 Mac 2020

Covid-19: PKP - Majikan diberi amaran tidak potong gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Majikan diberi amaran untuk tidak memotong gaji pekerja atau memaksa pekerja mengambil cuti tahunan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan sebaliknya mahu majikan membayar gaji penuh kepada pekerja sepanjang tempoh PKP.

"Kementerian Sumber Manusia menyeru kepada semua majikan dan pekerja di bawah essential services dan non-essential services yang telah dikeluarkan oleh pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara) untuk mematuhi sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau juga mengulangi ketegasan bahawa Program Pengekalan Pekerjaan atau ERP yang dilaksanakan melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) bertindak sebagai bantuan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan dalam bentuk faedah bantuan kewangan sementara dan perkhidmatan pekerjaan.

"Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM) atau lebih dikenali sebagai HRDF telah melancarkan inisiatif Pakej Rangsangan Latihan 2020 (PRL2020) yang bakal memberi manfaat kepada lebih 40,000 pekerja tempatan dan menawarkan pelepasan kepada 8 sub-sektor yang terkesan oleh COVID-19 antaranya perhotelan, pengurusan pelancongan dan pengangkutan udara," katanya.

Covid-19: Dakwaan stok beras bertahan 2 bulan tak benar

SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menafikan dakwaan jumlah stok beras negara hanya mampu bertahan selama dua setengah bulan tidak benar, sebaliknya keadaan stok semasa beras tempatan yang berada di peringkat kilang, pemborong dan peruncit masih stabil, terkawal serta konsisten dengan bekalan sebanyak 523,000 tan metrik, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Beliau memberi jaminan, jumlah stok semasa beras dengan mengambil kira pengeluaran tempatan dan import adalah stabil, terkawal dan konsisten untuk menampung keperluan dalam negara secara berterusan.
“Buat masa ini, import beras juga tidak terjejas dan berjalan seperti sedia kala. Selain negara Vietnam, beras turut diimport dari negara-negara pengeluar lain seperti Thailand, Pakistan, Myanmar, India, Cambodia dan lain-lain.
“Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) juga diarahkan untuk memastikan dan mempertingkatkan bekalan beras import dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun Kiandee berkata, kebergantungan kepada beras import hanya 30 peratus daripada keseluruhan keperluan dalam negara.
Kementerian juga akan terus memantau bagi memastikan bekalan beras sentiasa mencukupi untuk menampung keperluan bulanan negara sebanyak 200,000 tan metrik.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak bimbang dengan keadaan stok beras dalam negara, katanya.

27 Mac 2020

Covid-19: PKP - Dua lelaki dipenjara empat bulan

Dua lelaki hari ini dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19.


Tertuduh M Sivanyanam, 21, dan K Vijay, 22, yang kedua-duanya adalah operator kilang membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan dihadapan Majistret Mahyun Yusof.

Bagi pertuduhan pertama yang dikemukakan dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, Sivanyanam didakwa sengaja menghalang anggota polis Sarjan Mejar Rafek Che Husain daripada menjalankan tugasnya dengan tidak memberi kerjasama untuk memberhentikan motosikal apabila diarahkan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa sengaja menunggang motosikal di jalan raya tanpa lesen memandu dan manakala bagi pertuduhan ketiga, Sivanyanam didakwa gagal mengemukakan kad pengenalan diri apabila diminta.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali dan Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM20,000.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di jalan utama Taman Bandar Ekar, Rantau pada pukul 5 petang, 24 Mac lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Majistret Mahyun menjatuhi hukuman penjara empat bulan dari tarikh dia ditangkap manakala bagi pertuduhan kedua dan ketiga, masing-masing penjara satu bulan dari tarikh ditangkap.

Mahkamah juga memutuskan kesemua hukuman berjalan serentak dari tarikh dia ditangkap.

Sementara itu, pertuduhan terhadap Vijay yang dikemukakan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali kerana bersubahat membantu Sivanyanam dengan menghalang tugas Rafek di tempat dan masa yang sama, mahkamah menjatuhi hukuman penjara empat bulan dari tarikh dia ditangkap.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sara Afiqah Zulkipli manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber @ Bernama

Covid-19: Kerajaan rampas lebih 200,000 topeng muka yang disorok

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 223,000 unit topeng muka tiga lapisan berjumlah RM446,000 yang disorok untuk dijual dengan harga lebih tinggi, di sebuah premis di Kota Damansara, Petaling Jaya.

KPDNHEP mendapati premis tersebut berbuat demikian dengan tujuan untuk menjualnya secara tersembunyi kepada pelanggan dengan harga yang lebih tinggi iaitu RM3.50 seunit, iaitu melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan iaitu RM2.00 seunit.

“Operasi ini dijalankan hasil daripada maklumat yang diterima daripada orang awam berkaitan penjualan topeng muka yang melebihi harga maksimum kawalan di Facebook Face Mask Wholesale (Malaysia Only) dan Pseud John Elton.

“Suspek menggunakan laman sosial Facebook untuk mengiklan penjualan topeng muka.

“Kaedah penjualan adalah melalui pesanan aplikasi whatsapp dan barang dihantar melalui pos atau melalui kaedah cash on delivery (COD) di kawasan Kota Damansara Petaling Jaya,” menurut kenyataan itu.

Suspek didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000.00.

Bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM1 juta atau jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

25 Mac 2020

Covid-19: Pelbagai pihak bantu petugas barisan hadapan

Dalam situasi yang mencabar akibat penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan, beberapa pihak telah tampil untuk membantu para petugas barisan hadapan dan juga golongan yang memerlukan.

Di Perak - Tiga sahabat mengambil inisiatif menyediakan makanan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan.

Tiga sahabat tersebut, peniaga, Mohd Hussin Pak Wan, 60; pengusaha restoran, Azlan Mohamed Saaid; dan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Ipoh Barat, Mohammad Iskandar Abdul Rahman; berganding bahu, mengagihkan barangan dapur kepada masjid di Kampung Tengku Hussein dan masjid di Taman Kledang Jaya, untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan bantuan.


"Kami bermula daripada sumbangan ahli-ahli kumpulan WhatsApp 'Iskandar Polo Club Endurance Team', sehinggalah banyak pihak tampil memberi pelbagai bentuk sumbangan, termasuk kewangan serta bahan mentah, untuk dimasak dan buah-buahan," kata Mohd Hussin ketika dihubungi Bernama di Ipoh.

Pada Isnin, mereka memasak 150 bungkusan makanan di sebuah restoran Simpang 3 di sini, untuk diagihkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, 50 bungkus untuk anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan 200 bungkus untuk penduduk di Flat Ashby Road.

Mohd Hussin berkata kerja-kerja memasak nasi dan lauk ayam masak kicap, ikan goreng serta sayur kobis, bermula pukul 8 pagi sebelum wakil pihak polis, Rela dan penduduk flat mengambilnya di restoran itu bermula pukul 11.30 pagi.

Sebagai langkah mengurangkan risiko jangkitan Covid-19, pihaknya meminta hanya wakil datang mengambil bungkusan makanan, selain memastikan jarakan sosial dan mereka juga memakai penutup hidung dan mulut, serta sarung tangan, selain memastikan kebersihan kawasan dapur.

Di JOHOR pula - Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Johor Bahru mengaktifkan inisiatif ‘Tabung Makanan’ atau ‘food bank’, bertujuan membantu keluarga terutamanya golongan asnaf yang terputus bekalan, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PKRP itu mengumpul dan mengagihkan sumbangan berupa barangan makanan kepada asnaf dan keluarga, di bawah kawasan Parlimen Johor Bahru, mengikut kemampuan mereka.

Saban hari permintaan semakin bertambah, kata Anggota Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

“Bagi mereka yang ingin menyumbang, kami mempunyai pasukan sukarelawan yang akan mendapatkan bekalan dari hypermarket, supaya penyumbang boleh kekal di rumah,” katanya menerusi laman sosial Facebook rasmi beliau.

Sumber - Bernama

24 Mac 2020

Covid-19: Bersedia hadapi kemelesetan besar akibat Coronavirus

KETIKA Malaysia sedang memerangi penularan pandemik koronavirus (Covid-19) yang mencatatkan 14 kematian setakat semalam, harga minyak global menunjukkan penurunan berterusan di bawah paras AS$30 setong.
Keadaan jalan utama di ibu kota yang lengang berbanding hari biasa ekoran penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan terhadap rakyat di negara ini. -Foto Bernama
Penurunan harga minyak di bawah paras harga itu sudah pasti amat membimbangkan ditambah arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu sejak 18 Mac lalu dijangka dilanjutkan untuk satu tempoh sehingga wabak itu dapat dikawal.

Kebimbangan terhadap masa hadapan ekonomi negara semakin ketara apabila Bernama semalam mendedahkan Bursa Malaysia dibuka rendah dengan indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.64 peratus atau 60.58 mata kepada 1,242.70.

Ketika indeks pasaran saham negara itu merudum, penanda aras minyak mentah Brent diniagakan pada AS$28.15 setong sekali gus dianggap paras terendah sejak tahun 2003. Harga itu turun hampir tiga peratus kelmarin.

Lebih mengejutkan, minyak mentah Brent susut 66.16 peratus daripada nilainya pada tahun ini. Keadaan itu sekali lagi mengundang kebimbangan sama ada kewangan negara mampu menghadapi apa yang dipanggil The Great Depression (Kemelesetan Besar) ketika ini.

Selain itu, tumpuan rakyat juga terarah kepada kemampuan negara menyempurnakan Belanjawan 2020.
Seorang wanita dilihat melintasi jalan ketika tinjauan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan hari ketiga terhadap rakyat di negara ini. -Foto Bernama
Mengenai prestasi pasaran saham global, Malacca Securities melalui nota penyelidikannya menegaskan, pasaran global masih di tahap tidak menentu seiring dengan prestasi indeks global terutama Dow Jones Industrial Average dan Bursa Saham New York (NYSE).

Susulan jangkaan harga minyak global berterusan mengalami penurunan dalam tempoh beberapa bulan, ditambah implikasi negatif Covid-19 sangat besar, bagaimana pula dengan nasib pasaran saham dan ekonomi negara kita yang sangat bergantung kepada pendapatan hasil penjualan minyak mentah?

Penganalisis Ekonomi daripada Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pasaran saham Malaysia menjunam teruk sejak 11 tahun lalu apabila jatuh ke paras 1,219.72 Khamis lepas dan akan kekal di bawah 1,300 mata sehingga Isnin.

Menurutnya, satu pertiga syarikat (324 kaunter) yang tersenarai di Bursa Malaysia telah jatuh nilainya melebihi 70 peratus sejak beberapa minggu lepas.

“Selagi wabak Covid-19 belum dapat dibendung di peringkat global, pasaran saham dijangka terus merudum.

“Kemungkinan ia berlarutan untuk dua hingga tiga bulan akan datang dan bakal menyaksikan pergerakan saham yang amat tidak stabil setiap hari,” katanya.

Muflis

Ahmed Razman berkata, susulan pengumuman terkini oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung bantuan kewangan bagi menangani Covid-19 semalam, amat penting bagi pemimpin kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri turun padang untuk memastikan rakyat tidak dibebani masalah hutang dan kesukaran membeli barangan keperluan asas.

Menurutnya, jika perkara itu tidak dilakukan, ramai orang akan jatuh muflis termasuk perniagaan akan gulung tikar yang bakal mengakibatkan masalah lebih buruk kepada ekonomi dan sosial.

“Kemampuan kita memacu semula ekonomi domestik bergantung kepada kerjasama semua termasuk pihak swasta iaitu majikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat sendiri. Paling penting adalah memastikan semua dana yang disalurkan terus sampai kepada pihak sepatutnya tanpa berlaku pertindihan dan ketirisan,” katanya.

Ahmed Razman turut menjangkakan kesemua pasaran saham dunia terus mengalami kejatuhan teruk malahan Dow Jones Industrial Average di AS sendiri mengalami kejatuhan terbesar sejak Oktober 1987.

Selain itu, beliau menegaskan terdapat beberapa isu ekonomi dunia selain Covid-19 yang berlaku pada masa ini sebenarnya memberi kesan kepada Malaysia seperti perang minyak antara Arab Saudi dan Rusia.

“Ramai tidak menyedari perang minyak ini sebenarnya menyebabkan harga minyak dunia jatuh dengan teruk seperti minyak mentah Brent jatuh di bawah AS$30 setong.

“Situasi ini memberi kesan kepada kita kerana Belanjawan 2020 dibuat adalah berdasarkan harga minyak AS$62 setong dan pendapatan daripada hasil petroleum menyumbang kepada 30.9 peratus pendapatan negara,” katanya.
Gambar rajah jadual pasaran saham dagangan di seluruh dunia yang menunjukkan penurunan bagi tempoh beberapa minggu lalu

Sementara itu, Pakar Ekonomi, Profesor Dr Barjoyai Bardai berpendapat pasaran saham negara sangat dipengaruhi oleh pasaran saham NYSE, di mana kejatuhan teruk nilai saham NYSE pada Jumaat lalu ternyata memberi kesan besar kepada pasaran saham tempatan.

Menurutnya, apabila mata kejatuhan NYSE semakin hari semakin teruk, secara automatik ia memberi petunjuk kesan kegawatan ekonomi semakin hampir manakala wabak Covid-19 sekadar mempercepatkan lagi tempoh kegawatan itu.

“Kitaran kegawatan ekonomi yang dijangka bermula pada bulan hadapan atau suku kedua tahun 2020 adalah sangat serius sehingga boleh dianggap sebagai tempoh kemelesetan besar ekonomi negara.

“Kegawatan ekonomi kali ini adalah tiga kali ganda lebih teruk daripada kitaran terdahulu. Ia terkesan daripada wabak Covid-19, penurunan harga minyak yang berterusan dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan yang hampir melumpuhkan ekonomi domestik,” katanya.

Barjoyai berkata, meskipun bursa saham Malaysia masih dibuka dengan pelabur dibenarkan membuat urus niaga pelaburan dari rumah, ia masih tidak dapat menutup hakikat bahawa ekonomi negara tidak berjalan lancar.

Beliau menjelaskan, pelabur perlu mengetahui maklumat persekitaran dan keadaan ekonomi domestik sebelum membuat keputusan untuk melabur.

“Justeru, apabila pelabur-pelabur ini diarahkan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, mereka akan bersikap pesimistik kerana mereka gelisah tidak mendapat maklumat persekitaran sebenar sebelum membuat keputusan melabur.

“Dengan sentimen pelaburan yang akan berterusan pesimistik dan negatif, saya tidak menolak kemungkinan pelabur akan hanya tertumpu kepada aktiviti dagangan membabitkan sektor penjagaan kesihatan,” katanya.

Barjoyai turut mencadangkan kerajaan mewujudkan satu tabung kemanusiaan bagi menampung masalah isi rumah yang tiada sumber pendapatan jika Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan selepas bulan Mac ini.Tabung RM30 bilion

Menurutnya, kerajaan memerlukan dana sekurang-kurangnya sehingga RM30 bilion bagi menjayakan tabung itu di mana dana itu mungkin disalurkan dalam bentuk baucar makanan.

“Saya yakin 85 peratus isi rumah yang bekerja dalam sektor swasta akan diarahkan cuti tanpa gaji kerana majikan-majikan terutama bagi industri kecil dan sederhana (IKS) tidak mampu membiayai pekerja mereka yang diarahkan cuti lebih daripada dua minggu.

“Saya yakin manfaat tabung kemanusiaan ini akan dirasai lebih tujuh juta keluarga dan secara tidak langsung membantu ekonomi domestik untuk terus bernafas dengan dana baucar makanan itu akan memberi pendapatan kepada peniaga-peniaga,” katanya.

Berdasarkan pandangan diberikan dua pakar penganalisis ekonomi terbabit, ada baiknya semua rakyat Malaysia lebih berjimat cermat dalam menguruskan kewangan isi rumah masing-masing daripada bersikap boros dengan melakukan pembelian panik ketika ini.

Tempoh kegawatan ekonomi dianggap paling serius turut dijangkakan berterusan sehingga penghujung tahun sekali gus mengundang kebimbangan nasib 14.6 juta pekerja sektor swasta yang berisiko tinggi diberhentikan kerja atau hilang punca pendapatan akibat syarikat masing-masing gulung tikar.

Sebagaimana pesanan Perdana Menteri semalam: “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” maka sudah tiba masanya seluruh rakyat bersatu dalam mendepani dua cabaran utama negara iaitu kegawatan ekonomi dan wabak Covid-19.

Sumber - Sinar/Bernama

Covid-19: Penjara, denda terhadap individu ingkar Perintah Kawalan Pergerakan - Peguam

KUALA LUMPUR: Individu degil yang melanggar arahan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa dari 18 hingga 31 Mac, untuk mencegah penularan jangkitan COVID-19, berdepan hukuman penjara atau denda.


Pengamal undang-undang berpendapat bahawa jika pendekatan lebih lembut tidak dapat menjamin pematuhan sepenuhnya, pihak polis boleh menahan dan mendakwa mereka di mahkamah.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata untuk keselamatan dan kesihatan majoriti dan mengambil kira pelaksanaan PKP yang telah masuk minggu kedua, sudah tiba masanya untuk pihak berkuasa melaksanakan undang-undang dengan tegas iaitu menahan dan mendakwa individu yang dengan sengaja tidak mematuhi perintah itu.

"Pada ketika ini, kepentingan awam adalah melebihi kepentingan individu, mereka yang tidak mematuhi undang-undang, boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Mana-mana individu yang melakukan suatu kesalahan di bawah akta ini boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya.

Sementara itu, Presiden Badan Peguam Malaysia, Salim Bashir berkata orang awam perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa.

"Orang ramai harus sedar, ini adalah perang menentang musuh-musuh yang tidak kelihatan, dan kita perlu memahami dan membantu untuk mengawal pandemik.

"Mana-mana pelanggaran perintah ini (PKP) adalah satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, yang membawa hukuman penjara.

"Bagaimanapun, kerana kita dalam situasi yang tak pernah dialami dan kerana banyak ketidakpastian, saya mendesak pihak berkuasa untuk menggunakan pendekatan yang lembut dengan memberi amaran dan menasihati dan mematuhi peraturan undang-undang dalam menangani pesalah dan seboleh-bolehnya mengelakkan penahanan dan pendakwaan, melainkan situasi yang memerlukan langkah-langkah lebih tegas diambil," katanya.

Peguam Datuk Hariharan Tara Singh pula berkata pihak polis perlu menangkap sesiapa yang dengan sengaja menghalang mana-mana penjawat awam dalam menjalankan tugasan untuk menguatkuasakan PKP.

Hariharan menambah, sesiapa dengan sengaja menghalang mana-mana kakitangan awam dalam melaksanakan fungsi awamnya, boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Hari ini, seorang mekanik menjadi orang pertama didakwa atas pertuduhan berkaitan dengan PKP iaitu menghalang seorang penjawat awam daripada menjalankan tugas penguatkuasaan Ops COVID-19.

S. Punniamurthy, 33, yang mengaku bersalah atas pertuduhannya di Mahkamah Majistret Sungai Siput, Perak, didenda RM5,000 dan jika dia gagal membayar denda, dia boleh dipenjara 10 bulan.
Tertuduh bagaimanapun membayar denda itu.

Sementara itu di Kuala Lumpur, dua lelaki menjadi individu pertama yang dihukum penjara oleh Mahkamah Majistret kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang pegawai polis yang menjalankan tugas pencegahan COVID-19.

Pembantu kedai S.Sugendran, 31, dan pengawal keselamatan, M. Annblagan, 37, masing-masing dijatuhi hukuman penjara dua bulan selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

PKP yang berkuat kuasa selama 14 hari bermula Rabu lepas antara lain melibatkan penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali mereka yang menyediakan perkhidmatan penting dan semua rumah ibadat serta premis perniagaan kecuali pasar raya, pasar basah, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual keperluan harian.

Kerajaan juga menyeru orang ramai untuk berada di rumah dan mengelakkan keluar rumah semasa tempoh perintah untuk mencegah penyebaran COVID-19 di negara ini.

Sumber : astroawani

Covid-19: SOALAN LAZIM ASAS Pengeluaran i-Lestari


1. Bilakah ahli boleh mula memohon Pengeluaran i-Lestari? 

Ahli boleh mula membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020

************************************************
2. Berapakah amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari? Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari adalah:

i. Maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan (1 tahun) (Tertakluk kepada jumlah simpanan di dalam Akaun 2 pada bulan permohonan dibuat)

ii. Bayaran bermula dari bulan permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021

iii. Pengeluaran hanya boleh dibuat bagi tempoh 1 tahun (12 bulan) iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021 tertakluk kepada 2(i)

iv. Bayaran Pengeluaran i-Lestari akan mula dibuat mulai Mei 2020

************************************************
3. Bagaimanakah ahli boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari? 

Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dikemukakan melalui TIGA (3) saluran berikut: 
  • Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); ATAU 
  • Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang akan dimuat naik); ATAU 
  • Secara pos/pos berdaftar ke alamat: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran i-Lestari)
Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli seperti mana di 2(i) 

************************************************
4. Siapakah yang layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari? 

Ahli-ahli berikut layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari:
  • Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
  • Berumur bawah 55 tahun
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2*
  • Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)
************************************************
5. Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya terhad kepada RM500 dan secara bulanan? 

Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan

************************************************
6. Mengapakah kekerapan Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan? 

Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan

************************************************
7. Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja? 

Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut

************************************************
Pihak KWSP akan mengemaskini soalan lazim ini dari semasa ke semasa. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila kemukakan soalan anda melalui e-mel kepada ilestari@epf.gov.my

23 Mac 2020

Covid-19: Tutup Plaza Tol Duta Kawasan Panas

KUALA LUMPUR: Polis menafikan laluan di Plaza Tol Duta arah utara ditutup sebaliknya pasukan keselamatan itu hanya membuat sekatan jalan dan pemeriksaan terhadap pengguna jalan raya mengikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata hanya pengguna jalan raya yang memberikan alasan munasabah dibenarkan melalui laluan itu, manakala yang lain dinasihatkan patah balik pulang ke rumah.

“Tak ditutup (jalan di plaza tol itu). Kita buat sekatan jalan untuk tapisan, pemeriksaan arahan PKP.

“Hanya membenarkan kenderaan yang perlu sahaja (alasan munasabah). Lain-lain dinasihatkan duduk rumah, tiada pergerakan atau berpatah balik,” katanya hari ini.

22 Mac 2020

Covid-19: 409 lokasi seluruh negara diwarta sebagai pusat kuarantin

Kerajaan telah mewartakan 409 lokasi sebagai pusat kuarantin bagi menghadapi pandemik Covid-19.

Pewartaan itu selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.


Senarai itu termasuk Institut Pendidikan Guru (IPG), kolej komuniti, Institut Kemahiran Mara, pusat latihan, dan malah Taman Negara Similajau di Bintulu, Sarawak.

Warga Malaysia yang pulang dari luar negara diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari.

Usaha telah dijalankan untuk membawa pulang 1,565 warga Malaysia di Iran dan India, yang dijangka tiba esok.

Selain itu, terdapat lebih 80 warga Malaysia yang berada di Indonesia untuk menyertai satu himpunan Tabligh - yang kini sudah ditangguhkan - dengan kerajaan berkata mereka akan diletakkan dalam kuarantin sebaik pulang ke Malaysia.

21 Mac 2020

Covid-19: Kematian - berisiko punyai penyakit kronik.

MALAYSIA mencatatkan kematian ketiga akibat virus Covid-16 yang melibatkan kluster tabligh berusia 58 tahun.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, kematian tersebut melibatkan kes ke-152 dan meninggal dunia pada pukul 6.27 petang semalam.


“Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu kematian COVID-19 pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga kes.

“Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection,”  kata Dr. Noor Hisham.

Menurutnya mangsa telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama.

Kesihatan mangsa merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia hari ini menjadikan dua kematian melibatkan kluster tabligh akibat virus maut Covid-19.

Tiga hari lalu Kementerian Kesihatan mengumumkan dua kematian akibat Covid-19 melibatkan pesakit kes ke-178 membabitkan lelaki warga Malaysia berusia 34 tahun yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur dan mengalami demam pada 5 Mac lalu.

Satu lagi melibatkan kes ke-358 iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 60 tahun. Pesakit mempunyai sejarah penyakit kronik termasuk kencing manis dan dikesan mempunyai gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas.

20 Mac 2020

Covid-19 : Ahad ini, Tentera membantu PDRM dalam pematuhan Perintah Kawalan.

PUTRAJAYA - Khidmat tentera akan mula digerakkan Ahad ini bagi membantu polis memantau pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan untuk memastikan rakyat berada di rumah masing-masing, dalam usaha membendung penularan kes koronavirus (Covid-19).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan yakin dengan bantuan kawalan daripada pihak tentera, perintah itu akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

"Kita harap rakyat akan lebih patuh dengan arahan yang diberikan," katanya yang juga Menteri Pertahanan, pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri-menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut penglibatan tentera dalam usaha kawalan pergerakan itu, Ismail Sabri berkata, perkara itu adalah di bawah Seksyen 5 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang mana Menteri Kesihatan boleh memberi kuasa kepada mana-mana agensi untuk melaksanakan peraturan berkaitan.

Ismail Sabri berkata, berdasarkan laporan polis, terdapat peningkatan peratusan pematuhan rakyat dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

"Jadi saya mewakili kerajaan ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakyat yang semakin sedar tentang bahaya penyakit ini dan patuh kepada kerajaan untuk berada di dalam rumah masing-masing," katanya.

Bagaimanapun, terdapat insiden yang mana masih ada yang tidak mempedulikan arahan itu dengan secara bebas bermain di taman permainan, makan di restoran, malah ada yang masih ingkar dengan arahan polis untuk bersurai.

"Polis boleh menggunakan Akta Polis sendiri untuk mengambil tindakan yang lebih keras kepada rakyat yang degil, tetapi seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada peringkat awal ini kita akan menasihat dan tindakan berhemah akan dilakukan," katanya.

Namun Ismail Sabri berkata, pihak polis memaklumkan bahawa apabila tahap rakyat tidak boleh berkompromi dengan cara nasihat maka tindakan undang-undang akan dikenakan.

Pada masa yang sama, polis akan meneruskan sekatan jalan seperti biasa yang mana setakat ini 11,000 kenderaan telah diperiksa.

Ismail Sabri dalam pada itu menegaskan kerajaan tidak berniat atau merancang untuk mengumumkan darurat seperi yang disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab melalui media sosial sejak semalam.

Memohon orang awam untuk tidak mempercayai berita palsu, beliau berkata, tidak ada racun serangga akan disembur menggunakan helikopter untuk membunuh virus Covid-19 seperti yang disebarkan.

"Saya harap rakyat tidak panik dan mudah untuk menerima berita palsu kerana setiap kementerian mempunyai talian hotline masing-masing untuk dihubungi," katanya.

Pada masa yang sama, beliau berkata, mana-mana individu yang tidak sihat namun tidak melaporkan kepada pihak berkuasa, ia adalah satu kesalahan.

"Pihak polis boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka, ini termasuk 4,000 individu dari kumpulan tabligh yang menyertai perhimpunan di Sri Petaling yang masih tidak tampil untuk membuat pemeriksaan," katanya.

Beliau berharap mereka yang berkenaan tampil membuat pemeriksaan dan tidak menunggu sehingga pihak polis datang ke rumah mereka.

"Ini adalah demi kebaikan diri sendiri, orang yang tersayang, keluarga dan masyarakat di sekitar," katanya. - Bernama

10 Catatan Paling Popular

Kategori

Covid-19 (33) Tun M (18) 1MDB (15) Najib (15) PKP (15) Tan Sri Muhyiddin Yassin (11) Datuk Seri Ismail Yaakob (7) PDRM (7) PH (7) Perdana Menteri (7) Anwar Ibrahim (6) Polis (6) UMNO (6) Ekonomi (5) Kerajaan (5) Rosmah (5) SPRM (5) Bantuan Kerajaan (4) Corona Virus (4) PPBM (4) Perintah Kawalan (4) Zahid (4) kesihatan (4) Equanimity (3) Ismail Sabri Yaakob (3) Jho Low (3) Ketua Polis (3) Lim Guan Eng (3) Majistret (3) PAS (3) PKPB (3) PKPD (3) PKR (3) Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) (3) Tommy Thomas (3) ATM (2) Astro Awani (2) BN (2) Bazar Ramadhan (2) Bomba (2) CPRC (2) Corona (2) DAP (2) DUN Sungai Kandis (2) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (2) DiJamin (2) GST (2) Global (2) Hal Rakyat (2) Hilang Pekerjaan (2) Jabatan Perangkaan Malaysia (2) Jokowi (2) KWSP (2) Ku Li (2) Kuala Lumpur (2) MEIO (2) Mahkamah (2) Mahkamah Kuala Lumpur (2) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (2) Majikan (2) Malaysia (2) Menang (2) Menteri (2) Menteri Kanan (2) Muhammad Adib (2) PARTI BERSATU (2) Pakatan Harapan (2) Peguambela (2) Pemulihan (2) Penganalisa Ekonomi (2) Pengangguran (2) Penjana (2) Perintah Kawalan Pergerakan (2) Presiden (2) SRC International Sdn Bhd (2) SST (2) Tentera (2) Virus (2) iLestari (2) kematian (2) penjara (2) zon merah (2) AMCHAM (1) ARMADA (1) Abdul Hamid Bador (1) Ahmad Zahid (1) Akaun 2 (1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (1) Alibaba (1) Ambil Alih Kuasa (1) Amerika Syarikat (1) Angkatan Tentera Malaysia (1) Awang Azman Awang Pawi (1) Azmin Ali (1) B40 (1) BKKM (1) BN Kalah (1) BNM (1) BR1M (1) Badrulhisham (1) Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (1) Bahasa Melayu (1) Barang Kemas (1) Batal (1) Bazar (1) Belanjawan 2019 (1) Cameron Highlands (1) China (1) DUN (1) Daniel Wilkinson (1) Dasar Pendidikan Kebangsaan (1) Datuk Abdul Halim Mansor (1) Datuk Abdul Rahim Bakri (1) Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (1) Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (1) Datuk Hajiji Noor (1) Datuk Mohamad Ariff Md Yusof (1) Datuk Seri Anifah Aman (1) Datuk Seri M Saravanan (1) Datuk Seri Mohamad Hasan (1) Datuk Shamsuddin Bardan (1) Datuk Syed Zaid Albar (1) Debat Umno (1) Dewan Rakyat (1) Dibekukan (1) DoJ (1) Dr Jemilah Mahmood (1) Dunia (1) FRU (1) George Varughese (1) Goh Ching Yin (1) Gopal (1) Hal Ehwal Agama (1) Hari Pekerja (1) Hasanah (1) Hassan Marican (1) Hishammuddin (1) Hong Kong (1) ICU (1) IMF (1) Imej (1) Indonesia (1) Islam (1) Jabatan Imigresen Malaysia (1) Jack Ma (1) Jamal Jamban (1) Jen Tan Sri Affendi Buang (1) John Ashcroft (1) KJ (1) KKM (1) KPDNHEP (1) KPDNK (1) KWAP (1) Kabinet Malaysia Baru 2018 (1) Kalah (1) Kampung Dato' Ibrahim Majid (1) Kawasan Panas (1) Kecoh (1) Kegawatan (1) Keliru (1) Kemelesetan (1) Kementerian Kewangan Malaysia (1) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (1) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (1) Kementerian Sumber Manusia (1) Kemiskinan (1) Kerjasama (1) Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (1) Ketua Hakim Negara (1) Ketua UMNO (1) Khairy (1) Khairy Jamaluddin (1) Khazanah Nasional Malaysia (1) Kimanis (1) Kingdom of God (1) Koroner (1) Kota Damansara (1) Kristian (1) Kuasa Diri (1) Kuil (1) Kuil Sri Maha Mariamman (1) LGE (1) Laketown Resort (1) Liberal (1) MB Terengganu (1) MITI (1) MKN (1) MOF (1) MSC (1) MTUC (1) Macau (1) Majlis Keselamatan Negara (1) Manifesto (1) Mansuh (1) Masjid Jamek Sri Petaling (1) Maszlee Malik (1) Mazlan Lazim (1) Melayu (1) Menteri Hal Ehwal Ekonomi (1) Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) (1) Methodist Church (1) Mohd Soffi Abd Razak (1) Muafakat Nasional (1) Mukhriz (1) Mustapa Mohamed. (1) Mustapha Yaakub (1) Naratif Malaysia (1) Othman Mahmood (1) PKPP (1) PM (1) PN (1) PRK (1) PRU (1) PRU-14 (1) PRU14 (1) Paling Teruk (1) Panglima (1) Panik (1) Patuhi (1) Pelabuhan Klang (1) Pembangkang (1) Pendakwaraya (1) Penjara Sungai Buloh (1) Penjawat Awam (1) Penyokong UMNO (1) Peraturan Mesyuarat 4 (1) (1) Perintah Kawaln Pergerakan (1) Perkeso (1) Perubahan (1) Perutusan (1) Phuket (1) Piagam (1) Plaza Tol Duta (1) Presiden Kesatuan Oxford (1) Punca (1) Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (1) Rais Yatim (1) Rampasan (1) Richard Malanjum (1) Rofiah (1) Rumah Terbuka AidilFitri (1) SC (1) SOP (1) SPR (1) Shad Saleem Faruqi (1) Shanghai (1) Sholat (1) Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) (1) Sinar Harian (1) Soffian (1) South China Morning Post (1) Subromaniam (1) Sukhdave Singh (1) Sulaiman (1) Sulit (1) Surat CIA (1) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (1) Syed Hamid (1) TPM (1) Taiwan (1) Tan Sri Abdul Hamid Bador (1) Tan Sri Annuar Musa (1) Tangkap (1) Teknologi (1) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (1) Timbalan Menteri (1) Timbalan Pengerusi SPR (1) Tok Mat (1) Topeng Muka (1) Tutup (1) Undi Tidak Percaya (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Veteran (1) YAB (1) Yang Di Pertua Dewan Rakyat (1) Yayasan Keluarga (1) Zawawi Ahmad Mughni (1) apartments (1) arak (1) awan (1) balik kampung (1) bantuan (1) belanjawan (1) beras (1) black area (1) bubar (1) bujur (1) bulat (1) buruh (1) cukai 2018 (1) dibenarkan (1) disorok (1) eBazar (1) eksport (1) empangan (1) forum (1) gaji pekerja (1) geiser (1) haiwan peliharaan (1) harimau (1) import (1) industri (1) industri kecil dan sederhana (IKS) (1) inkues (1) jangkitan (1) jurang (1) kastam (1) kemelselatan ekonomi (1) kewangan (1) kolam (1) kos guaman (1) kucing (1) kuman (1) mabuk (1) makanan (1) masayarakat (1) meow (1) moratorium (1) mysejahtera (1) pak belang (1) pasar borong KL (1) pecah amanah (1) peguam (1) pejabat buruh (1) pelangi (1) penyakit kronik (1) peribahasa (1) potong gaji (1) premis (1) ramdhan (1) rentas neger (1) sahabat (1) sosial (1) sukarelawan (1) tabligh (1) tak nak PH (1) tampung (1) tasik (1) task force (1) tindakan (1) tower regency hotel (1) tumbang (1) upah gaji (1) veterinar (1) wabak (1)