30 Sep 2019

Pelampau Kristian mahu jadikan Malaysia sebagai Negara Tuhan (Kingdom of God)

Merujuk kepada Forum Naratif Malaysia yang diadakan pada 14 September 2019 di Mega Chinese Methodist Church, Kota Damansara, Selangor. Ia dibuka oleh Steven Sim Chee Keong dan ditutup oleh Michelle Ng Mei Sze.


Eloklah kita tahu sedikit mengenai latar belakang kedua-dua nama yang tersebut di atas, moderator dan ahli-ahli panel forum itu.

Steven Sim Chee Keong adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, seorang Cina Kristian.

Michelle Ng Mei Sze adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) DAP Subang Jaya, seorang Cina Kristian.

Moderator forum itu, Philip Koh, seorang peguam, adalah seorang Cina Kristian.

Prof. Dr. Tajuddin Rasdi, adalah seorang profesor seni bina, Universiti UCSI. Beliau bukan sahaja satu-satunya ahli panel bukan Cina, malah satu-satunya peserta bukan Cina di forum itu. 

Dr. James Chin adalah seorang Cina Kristian dari University of Tasmania. Beliau adalah kelahiran Malaysia (Sarawak) yang masih menjadi warganegara Malaysia.

Dr. Lee Kam Hing, bekas Profesor Sejarah Universiti Malaya, pada masa ini adalah Timbalan Naib Canselor, New Era University College.

Adakah forum itu mempunyai sesuatu agenda? Perhatikan apa yang dikatakan oleh Timbalan Menteri itu di permulaan ucapan pembukaannya. Katanya:

“Mengapa kamu semua membuat ini, adakah sesuatu agenda di belakang, terutama sekali dengan Prof. Tajuddin ada sama.”蜉 (Terjemahan saya.)

Daripada satu ayat itu kita boleh tahu bahawa:

1.     Timbalan Menteri berkenaan mengenali Prof. Tajuddin;

2.     Biasanya, apabila ada Prof. Tajuddin, adalah sesuatu agenda.

Ini disahkan oleh Prof Tajuddin sendiri dalam jawapannya di penghujung forum itu. Antara lain, katanya:

“Lihat kepada Utusan Malaysia, siapakah yang menulis “tolonglah Utusan Malaysia”? Prof Tajuddin, yang kebanyakan orang Melayu tidak suka. Saya kata, “Lihat. Tolonglah, 700 orang, kamu tahu, apabila mereka memberhentikan JASA, berapa ribu orang, orang BERNAMA juga, macam itu. Saya kata “Tolonglah,” dan lepas itu saya terpaksa merayu kepada orang bukan Melayu. Seorang Cina berkata, “Saya akan bagi RM20,000.00”, macam itu. Saya berkata kepada orang bukan Melayu, “Jika kita boleh mengumpul RM1 juta, kita boleh memalitnya di muka Umno, dengan mengatakan “ini orang bukan Melayu tolong”…Beberapa orang berkata, “Wah kamu sangat bersemangat, kamu hendak menolong Utusan”. “Bersemangat bersemangatlah, tetapi saya juga mempunyai strategi politik, kamu tahu, dengan menolong mereka, kita menukar naratif seperti itu.

Apabila ada masalah, berkenaan agama Kristian atau orang Cina, kamu jangan buat kenyataan akhbar sendiri, tetapi mereka di luar sana, tak ramai, tapi orang macam saya, Siti Kassim, Anas Zubedy. Ini adalah orang Melayu yang berfikiran terbuka, pastikan kamu memasukkan mereka dalam kenyataan ini, supaya kita tukar naratif dan juga kita boleh menjawab balik naratif PWTC, yang ini, dan itulah cara kita bergerak bersama. Walaupun Melayu ini tak ramai tak mengapa, kita boleh ada media, sebab itulah boikot tidak sebenarnya, tidak berjalan dengan cukup  baik…”蜉(Terjemahan saya, seperti yang beliau katakan. Ucapannya bercampur-campur Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan tidak tersusun. Lihat nota akhir.)

Perhatikan agenda yang dipanggilnya “strategi” itu:

1.     Beliau merayu kepada orang bukan Melayu (Cina) untuk menderma untuk “membantu” Utusan Malaysia dengan tujuan:

(a)      memalukan Umno.
(b)     mensabotaj Utusan Malaysia dengan menukar naratif (berita atau sesuatu kisah) dan menjawab balik (counter) naratif Umno atau Perpaduan Ummah.

2.     Satu lagi strateginya ialah untuk menggunakan orang Melayu seperti beliau, Siti Kassim dan Anas Zubedy bagi menyangkal kritikan orang Melayu atau Islam terhadap isu-isu mengenai Kristian atau orang Cina.

Forum itu diadakan pada hari yang sama dengan Himpunan Perpaduan Ummah (HPU914) yang diadakan di PWTC.  Adakah itu satu kebetulan?

Timbalan Menteri itu sendiri, dalam ucapan pembukaannya, merujuk kepada perhimpunan di PWTC. Katanya, “Hari ini kita baru ada pertunjukan besar di PWTC, politik dan agama dirapatkan”.蜉

Prof. Tajuddin juga berkata, “dan juga kita boleh menjawab balik naratif PWTC..” Maka, ia bukan kebetulan tetapi untuk “counter” naratif PWTC.

Untuk mengetahui lebih lanjut tujuan forum itu diadakan, mari kita lihat isi kandungan ucapan pembukaan dan pembentangan ahli-ahli panel.

Kita kembali kepada ucapan Timbalan Menteri.

“Saya akan lakukan dua perkara dalam ucapan saya hari ini, semua sekali. Saya ingin, nombor satu, memberitahu anda betapa indahnya Kerajaan Tuhan (Kingdom of God) tetapi saya juga ingin berkongsi dengan anda beberapa perkara yang saya minati atau kerajaan telah lakukan dalam satu tahun yang lalu.蜉

…………

"... tetapi ketika orang bertanya tentang politik Jesus, seperti ahli politik yang baik saya selalu kembali kepada apa yang saya sebut manifesto Jesus, ...

".... Saya berpendapat bahawa Jesus juga mempunyai manifesto kecuali bahawa tidak seperti Manifesto PH, Manifesto Jesus ada dalam Kitab Suci.

"Ini adalah dari Luke Bab IV ayat 18 hingga 19, dan lihat cara Luke berdoa cerita ini.

"Bagaimana apabila kita mengundi Jesus?

"Apa yang berlaku apabila Jesus akhirnya menjadi Raja?

"Pertama, mesti ada berita baik kepada orang miskin ...

"Kedua, apabila Negara Tuhan tiba, mestilah ada kebebasan bagi banduan ...

"Dan ketiga, apabila Christ menjadi Raja, ada pemulihan penglihatan untuk orang buta ...

"Apabila Tuhan menjadi Raja, nombor empat, akan ada pelepasan bagi yang ditindas ...

"Ini adalah tahun Tuhan untuk bertindak ...

"Rakan-rakan saya sekalian, Negara Tuhan adalah misi yang tidak boleh dihalang, dan alasannya adalah ini, Tuhan sendiri akan bertindak atasnya, dan itu adalah keyakinan kita yang tidak dapat digoyang.

"Negara Tuhan tidak dapat dihentikan, dan ini adalah jawapan kita untuk semua idealogi Kapitalisme, Komunisme, Sosialisme, Liberalisme, Nasionalisme. Tuhan sendiri berkomitmen untuk bertindak dan memastikan kejayaan Kerajaan-Nya sendiri.”蜉 (Terjemahan saya mengikut apa yang dikatanya. Rujuk nota akhir.)

Apa kata Pof. Tajuddin? Ia boleh disimpulkan dengan satu ayat: Beliau mengutuk Islam dan orang Islam. Sila ikuti antara apa yang dikatakannya:

"Tetapi sebenarnya untuk memberitahu anda kebenaran mengapa saya di sini dan dalam satu pengertian tidak diterima oleh bangsa saya sendiri dan juga agama saya sendiri, adalah kerana secara kebetulan saya membaca 20,000 hadis Nabi Muhammad, daripada Bukhari, Muslim, ini teks-teks yang sepatutnya dibaca oleh ustaz-ustaz, tetapi mereka tidak membacanya, dan umat Islam tidak membaca apa-apa.

……….

"…. sekolah-sekolah kerajaan kita melarang agama-agama lain diajar, kerana mereka mengatakan ia akan mengelirukan, memanglah keliru, anda beri ustaz, mereka tidak tahu bagaimana hendak berfikir melebihi  apa yang mereka telah diajar di madrasah, bagilah profesor seni bina (beliau adalah prof. senibina – ditambah), bolehlah, kita tukar, kerana sebagai arkitek kita berfikir di luar kotak, bahkan kita tidak tahu apa kotak itu.蜉 (Terjemahan saya).

……………

"Katakanlah, orang berkata anda telah bertemu Tuhankah, perkara seperti itu, dan berkata keempat-empat agama itu mereka belum bertemu dengan Tuhan.  Maka mereka samalah seperti lima lelaki buta yang cuba untuk mengetahui apa gajah itu padahal mereka tidak pernah melihat apa gajah itu.蜉 (Terjemahan saya).

………

"Sekarang, dalam Islam kerohanian adalah berapa kali anda pergi ke haji, berapa kali anda pergi ke umrah, berapa kali anda berjalan ke masjid....

"Lihat, dalam Islam mereka diajar ritual dan bentuk tetapi bukan jiwa, bahagian dalam, dan ini adalah masalah, dan bagaimana untuk menyelesaikannya, saya tahu bagaimana hendak menyelesaikannya, hanya saya tidak diberi peluang menyelesaikannya."蜉 (Terjemahan saya)

Kita lihat pula apa yang dikatakan oleh ahli panel kedua, Dr. James Chin.

Beliau membawa satu point utama, iaitu ketidakpuasan hati beliau terhadap pertambahan penduduk Sabah, yang mengikutnya, kebanyakannya dibawa masuk dari Filipina Selatan. Antara lain, inilah katanya:

“Kini, satu yang menambah kesedihan yang tidak relevan dengan Sarawak tetapi sangat relevan dengan Sabah, sudah tentu rakyat Sabah juga sangat marah kerana telah ada perubahan dramatik dalam demografi Sabah. Sekiranya anda melawat Sabah, katakan pada tahun 1965, Sabah adalah sebuah masyarakat yang cukup seimbang. Majoriti adalah Kadazan Dusun Murut, KDM.

"Tetapi di akhir tahun 1970-an sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an terdapat perkara yang disebut Projek IC, ada yang menyebutnya Projek M. Pada dasarnya, ia bererti membawa sejumlah besar pendatang haram dari Filipina Selatan, jumlah yang lebih kecil dari Indonesia, penyediaan dokumen segera baru yang berakhir dengan  IC biru Malaysia supaya mereka menjadi warganegara, inilah yang kita panggil warga kertas.

"Hari ini keadaan sangat serius di Sabah kerana kira-kira 1/3 orang di Sabah hari ini adalah rakyat segera. Sama seperti kopi segera, anda mencurahkannya ke dalam air panas maka anda mendapat IC biru. Kini, dalam keadaan biasa ini tidak akan menjadi masalah tetapi dalam konteks Sabah ia menjadi masalah besar kerana hampir semua kes, semua orang yang dikeluarkan IC biru berakhir dalam senarai pemilih. Dalam erti kata lain, anda menjadi warganegara segera untuk menjejaskan hasil pemilihan negeri.

"Oleh itu, saya telah memberikan anda dua angka. Pada tahun 1976, terdapat 22 kerusi majoriti Kadazan Dusun Murut, pada tahun 2008 ia jatuh kepada 13. Pada tahun 1976, terdapat 18 kerusi Islam, pada tahun 2008 terdapat 36. Jadi dalam ruang pada dasarnya satu generasi hasil politik untuk setiap pemilihan negeri Sabah adalah bahawa anda akan berakhir dengan Kerajaan Islam, tidak ada dua pilihan mengenainya. Esok, walaupun jika setiap orang bukan Islam di Sabah mengundi untuk parti bukan Islam, anda masih akan berakhir dengan kerajaan Islam. Ok, itulah kenyataannya. Jadi itulah sebabnya KDM sangat marah.”蜉 (Terjemahan saya).

Di akhir ucapannya, beliau beralih kapada gerakan pemisahan. Ini katanya:

“Apa yang juga sangat menarik dalam 10 tahun yang lalu ialah banyak gerakan pemisahan sebenarnya mempunyai dimensi antarabangsa. Mereka mempunyai penyokong di luar Malaysia. Mereka menubuhkan kumpulan di luar untuk menyokong mereka. Jadi, pada 22 hari bulan (September) ini, akan ada persidangan, persidangan antarabangsa yang diadakan oleh gerakan pemisahan. Mereka terpaksa mengadakannya di Melbourne dan mereka membincangkan masa depan Sabah dan Sarawak di luar Persekutuan. Jadi jika anda berada di Melbourne pada 22 September, datang dan jumpa saya, saya akan memberikan tiket untuk menghadiri, FOC, secara percuma." 蜉 (Terjemahan saya).

Sekarang, kita sampai kepada ahli panel ketiga Dr. Lee Kam Hing. Antara lain, katanya:

“Sejarah Malaysia atau sejarah yang dibentangkan dalam buku sejarah kita mempunyai satu, tanah air orang Melayu, dan masyarakat pendatang. Tema berterusan yang berjalan dalam naratif sejarah yang ditaja negara dan dicerminkan dalam buku teks sejarah semasa untuk sekolah dan universiti, tema utamanya adalah perpaduan Melayu, Nasionalisme Melayu, Islam dan Malaysia sebagai tanah air bagi orang Melayu. Teras utama tema ini ialah tuntutan ketuanan Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu. Lebih penting lagi, kisah-kisah sekarang yang dibina di sekeliling Perikatan, BN sebagai makna kemerdekaan negara, dan bahawa Umno adalah pelindung dan pembela hak Melayu.

.............

"Dalam usaha untuk menekankan kepentingan Islam dalam sejarah, Teks Sejarah Dunia Tingkatan Empat memperuntukkan 5 dari 10 bab mengenai sejarah Islam. Jadi anda mempunyai 10 bab sejarah dunia dan, jadi anda mempunyai 5 dari 10 bab dalam sejarah Islam, hanya 3 dari 10 bab dalam sejarah dunia yang berkaitan dengan perkembangan idea dan institusi di luar Malaysia dan Negara-negara Asia Tenggara. Oleh itu, hanya 3 daripada 10 bab sejarah dunia yang dikhaskan untuk sejarah dunia di luar rantau ini.

…………

"Sekarang dalam naratif ini, peranan dan kehadiran bukan Melayu diberi perhatian yang sangat minimum.

.....

".... Kehadiran Kristian, dan saya ingin mengakhiri perkara ini, telah menjadi sebahagian daripada sejarah negara, terutamanya sejarah Bumiputera Kristian…..

"Sekarang, misi Kristian menyumbang kepada pengetahuan dan penerbitannya melalui media cetak dan ia adalah Kristian, London Business Society, yang menerbitkan jurnal berbahasa Melayu yang pertama bernama Busan Arbi, dan buku-buku Melayu yang pertama dicetak oleh rumah penerbitan misi, yang dipanggil MPH, kolej pembelajaran pertama di Melaka pada tahun 1850, Anglo-Chinese College, dan salah seorang guru di sana adalah Prof James Leigh yang kemudiannya menjadi profesor Chinese di Oxford. Sekarang, orang Kristian adalah ilmuan peradaban Melayu.”蜉

Akhir sekali, inilah yang dikatakan oleh Philip Koh semasa menyimpul resolusi forum itu:

“Tetapi kita semua tahu, Tajuddin juga mengatakannya bahawa banyak kursus yang dijalankan dari segi pendidikan dan latihan belia, kelas-kelas sivik menyebarkan Nasionalisme etnik, ketuanan Melayu, bukan Nasionalisme sivik, yang bermaksud kita mempunyai sebuah negara bersama.

"Kebangkitan Islam, betul, adalah sebahagian dari keseluruhan 3 R ini yang kita bercakap mengenainya: Agama, Ras, Kesultanan. Isu-isu ini berleluasa dengan cara saya, sebagai seorang peguam, ketika saya melihat di mahkamah, pada satu ketika mahkamah nampaknya membenarkan 3 R untuk mengalahkan peruntukan mengenai tafsiran Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3 (1) mengatakan dan kita mesti beri kepadanya all the weight and respect, bahawa Islam adalah agama Persekutuan, tetapi Perkara 3 (4) sangat jelas, betul, ia mengatakan bahawa tiada apa-apa dalam perisytiharan ini akan merosotkan, menjejaskan atau merosakkan mana-mana perkara (article) lain. Dan, saya akan memanggilnya kawan, Tan Sri Malanjum, Ketua Hakim Negara yang telah bersara, betul, saya ingat dia dalam kes Lina Joy, betul, sesetengah daripada kita telah mendengar tentang itu, dia berkata, "Hello, hello, ada orang yang melihat Perkara 3 (4)?" Dia adalah satu-satunya suara yang menentang tetapi ada suara-suara dominan dalam badan kehakiman yang menggunakan Perkara 3 (1) untuk mengatasi perkara-perkara lain, termasuk kebebasan seseorang untuk menukar agamanya."蜉 (Terjemahan saya).

Saya sengaja memperturunkan petikan ucapan atau pembentangan mereka supaya pembaca dapat membaca dan menilai sendiri dan tidak hanya percaya dan bersetuju dengan apa yang saya katakan.

Dalam ucapannya, Timbalan Menteri itu memuji Negara Tuhan yang mereka hendak tegakkan di negara ini berdasarkan Manifesto Jesus. Beliau menyeru semua Cina (Kristian) untuk bertindak kerana ini adalah tahun Tuhan untuk bertindak dan Tuhan sendiri akan bertindak untuk menegakkan negara Tuhan itu.

Mereka tahu bahawa orang Melayu atau Islamlah yang akan menjadi penghalang mereka. Mereka memperolehi seorang Melayu dan Islam yang bersedia untuk mengutuk orang Melayu dan agama Islam di hadapan Cina Kristian. Beliau telah pun mengatur dan melaksanakan strateginya untuk sabotaj Utusan Malaysia. Lebih penting lagi ialah nasihat beliau kepada mereka, jika ada apa-apa isu mengenai Kristian dan Cina, mereka janganlah membuat kenyataan akhbar sendiri, tetapi menggunakan orang-orang seperti beliau, Siti Kassim dan Anas Zubedy untuk menjawabnya. Semestinya senjata sulit peluru Melayu ini adalah tambahan kepada beratus-ratus Red Beans, termasuk yang menggunakan nama Melayu atau Islam.

Ahli panel kedua yang berasal dari Sarawak dan menetap di Australia, diterbangkan dari Tasmania hanya untuk mengemukakan perangkaan mengenai penerimaan rakyat Filipina yang beragama Islam sebagai penduduk Sabah dan rakyat Malaysia.  Beliau mengakhiri pembentangan beliau dengan menawarkan tiket percuma untuk menghadiri persidangan bagi membincangkan masa depan Sabah dan Sarawak di luar Malaysia yang diadakan di Melbourne dan mendapat sokongan antarabangsa itu.

Daripada ucapannya pun kita boleh lihat bahawa beliau adalah seorang penyokong, jika tidak pejuang, pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Bagaimana beliau boleh masuk keluar Malaysia dengan bebas untuk mempromosi perpisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia?

Ahli panel ketiga, bekas Profesor Sejarah Universiti Malaya, pula mengkritik sejarah yang ditulis dalam buku sejarah kita, yang mengikutnya, Malaysia adalah tanah air orang Melayu dan orang bukan Melayu adalah masyarakat pendatang. Peranan dan kehadiran orang bukan Melayu dan Kristian diberi perhatian yang sangat minima.

Akhir sekali, Philip Koh, moderator, yang tidak puas hati dengah hakim-hakim, yang menurutnya menggunakan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan untuk mengatasi perkara-perkara lain, termasuk kebebasan seseorang untuk menukar agamanya.

Kita boleh simpulkan tujuan forum itu, iaitu:

1.    Untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Tuhan berasaskan Manifesto Jesus.

2.    Untuk membangkitkan rasa tidak puas hati orang Cina Kristian supaya mereka bangun bertindak, mereka diberitahu mengenai “ketidakadilan” yang dilakukan terhadap mereka oleh Kerajaan BN:

a. bahawa kerajaan BN telah membawa masuk banyak orang Islam daripada Filipina untuk menambah bilangan pengundi Islam di Sabah;

b. bahawa peranan orang bukan Melayu dan orang Kristian tidak diiktiraf dalam sejarah negara;

c. bahawa hakim-hakim (yang majoritinya Melayu) menggunakan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan untuk menghalang kebebasan seseorang untuk menukar agamanya.

3. Untuk memperlekehkan Islam dan orang Islam pada pandangan peserta, Prof. Tajuddin memainkan peranannya.

4. Antara strategi mereka, ialah mensabotaj Utusan Malaysia untuk menukar naratif Melayu atau Islam dan menggunakan orang Melayu atau Islam untuk melawan (counter) kritikan orang Melayu atau Islam terhadap orang Cina dan Kristian.

Perlu difahami bahawa soal sama ada peruntukan 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menghalang seseorang itu menukar agama atau tidak, tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam. Tidak ada penghakiman mahkamah, tidak ada undang-undang, tidak ada orang Islam yang menghalang orang bukan Islam menukar agama.  Jika tidak kesemua mereka tidak boleh menukar agama asal mereka kepada agama Kristian.

Kaum yang paling banyak menukar agama adalah orang Cina. Orang Islam tidak menghalang mereka. Masyarakat mereka juga tidak mengambil kisah selagi mereka tidak menukar agama kepada Islam. Tetapi, apabila sahaja seorang anggota masyarakat mereka memeluk agama Islam, maka bukan sahaja keluarganya menentangnya, seluruh masyarakatnya akan memboikotnya. Itu menunjukkan prejudis, jika tidak permusuhan, mereka yang mendalam terhadap Islam.

Tetapi, apabila terdengar sahaja ada seorang Islam yang murtad atau hendak murtad, apatah lagi jika hendak memeluk agama Kristian, maka pasukan peguam mereka dan seluruh jentera missionary mereka akan bergerak serentak untuk membantu dan membelanya. Tidak kira di mana, mereka sampai. Siapa yang membayar upah (fee) mereka?

Ingatlah cubaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam bible Bahasa Melayu dan upacara agama Kristian dalam Bahasa Melayu setelah gereja Kristian gagal meng-Kristiankan orang Melayu secara besar-besaran selama 500 tahun.

Dalam kata-kata lain, dalam usaha menegakkan Negara Tuhan itu, mereka juga mahu meng-Kristiankan orang Melayu atau Islam.

Sekarang fahamlah kita apa yang dimaksudkan dengan Naratif Malaysia Baharu Pakatan Harapan itu.

Saya tujukan rencana ini kepada semua orang Melayu atau Islam melampaui sempadan parti politik di Malaysia. Ini adalah ancaman kepada kita semua yang kita perlu tentang bersama.

Yang paling mendukacitakan ialah apabila Menteri Belia dan Sukan (seorang Melayu atau Islam) ditanya mengenai aktiviti timbalannya itu, beliau menjawab, “Dia tidak cuba meng-Kristiankan saya pun”. Itu bukankanlah jawapan yang layak diberi oleh seorang Menteri. Ia menunjukkan betapa naifnya Menteri Melayu dalam Kabinet PH.

27 Sep 2019

Inkues Adib: Kematian Adalah Perbuatan Jenayah

SHAH ALAM - Punca kematian anggota bomba dan penyelamat (JBPM), Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim. Mohd Adib, 24, cedera parah ketika bertugas dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ, November lalu.


Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat. Berikut langsung daripada pekarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam.

Berikut kronologi keputusan inkues hari ini berlangsung.

7 pagi: 
Pekarangan kompleks mahkamah tenang dan terkawal. Laluan ke mahkamah koroner diletakkan penghadang.

8 pagi: 
Sebahagian peguam keluarga Muhammad Adib, Yahya Othman tiba.

8.45 pagi: 
Ketibaan tunang Allahyarham Muhammad Adib, Nurul Najihah Mohd Radzi, 25. Nurul Najihah berbaju kurung tiba dengan ditemani seorang wanita, memasuki mahkamah. Ini kali pertama beliau hadir di Mahkamah Koroner bagi perbicaraan inkues kematian tunangnya.

8.46 pagi: 
Abang sulung arwah, Mohd Asraf Mohd Kassim tiba

8.50 pagi: 
Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis tiba bersama pegawai kanan.

8.55 pagi: 
Ketibaan Saksi keenam, Mohd Hazim Mohd Rahimi, 31

9.20 pagi: 
Pihak-pihak berkepentingan mula mengambil tempat di dalam galeri awam. Mahkamah dijangka bersidang pada bila-bila masa.

9.51 pagi: 
Koroner Rofiah Mohamad mengambil tempat. Keputusan akan dibacakan.

9.52 pagi: 
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin tiba sambil diiringi anggota polis. Zuraida tiba sejurus Koroner Rafiah Mohamad mengambil tempat bagi membacakan keputusan.

10.14 pagi: 
Mahkamah Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusannya selepas prosiding perbicaraan memakan masa 41 hari.

"Saya merumuskan bahawa 
kecederaan lung chest trauma yang 
dialami Muhammad Adib adalah 
bukan perbuatan diri," katanya.

Mahkamah Koroner hari ini memutuskan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim adalah disebabkan perbuatan jenayah daripada lebih dua orang yang tidak dikenali.

Koroner Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas meneliti dan menilai keterangan 30 saksi yang dipanggil sepanjang inkues.

Rofiah dalam keputusannya berkata, mahkamah menerima teori dikemukakan saksi ke-29, Pakar Patologi Forensik United Kingdom, Prof. Dr. Shahrom Abd. Wahid bahawa kecederaan dialami Muhammad Adib adalah disebabkan perusuh menendang pintu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang mengena dada Allahyarham sehingga menyebabkan Muhammad Adib tersepit.

Menurutnya, saksi itu juga memberitahu, Muhammad Adib sekali lagi ditarik dan perusuh kemudian menerajang pintu EMRS yang mengenai tangannya hingga menyebabkan luka seret.

"Oleh itu, teori terpelanting yang dikemukakan saksi ke-24, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi ditolak sepenuhnya," katanya sebentar tadi.

Rofiah turut memberitahu, kegagalan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengawal rusuhan turut menyumbang kepada kematian Muhammad Adib.

Sementara itu, di akhir keputusannya, Rofiah menyerahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Peguam Negara untuk teruskan siasatan dan menjalankan pendakwaan sekiranya wajar.

Polis akan meneruskan siasatan dan memburu individu-individu yang bertanggungjawab memukul sehingga menyebabkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memberitahu, pihaknya akan melakukan tindakan susulan mengikut keputusan Mahkamah Koroner hari ini yang memutuskan kematian Allahyarham Muhammad Adib akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.


Beliau berkata, sebelum ini, pihaknya tidak mempunyai bukti kukuh untuk mengenakan tuduhan ke atas sesiapa yang terlibat dalam kes itu.

"Daripada keputusan Mahkamah Koroner hari ini, kita akan ambil tindakan dengan menjalankan siasatan dan cari siapa yang bertanggungjawab yang dikatakan membunuh (Muhammad Adib)," katanya ketika ditemui selepas Sambutan Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Kecemerlangan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di sini, hari ini.

Mahkamah Koroner hari ini memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat dua atau lebih individu yang tidak dikenali yang menyalahi undang-undang.

Koroner Rofiah Mohamad merumuskan anggota bomba tersebut dipukul oleh sekumpulan lelaki berketurunan India dan rumusan demikian adalah berdasarkan keterangan saksi, S. Narresh yang berada di tempat kejadian.

Selain itu, Mahkamah Koroner juga menyatakan kegagalan pihak polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal kejadian rusuhan pada malam 27 November 2018 itu turut menyumbang kepada kematian Muhammad Adib.

Jelas Rofiah, tindakan dua pasukan polis dan FRU yang hanya duduk dalam kenderaan dan menunggu arahan ‘adalah tidak munasabah’.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pihak polis dan FRU yang dikatakan gagal mengawal kejadian pada malam rusuhan itu, Abdul Hamid berkata, hal demikian adalah mengenai siapa pegawai pemerintah pada hari kejadian itu.

"SOP (prosedur operasi standard) sudah ada, tidak perlu diubah dan kalau perlu pun boleh disemak mengapa SOP tidak diikuti. Siapa pegawai pemerintah pada masa itu, itu yang penting.

"Warga PDRM ini bersedia untuk bekerja, tapi kalau komandernya tidak beri perintah, mereka (anggota) tidak keluarlah atau mereka tidak buat kerja. SOP sudah ada, saya tidak nampak SOP perlu diubah dalam perkara ini," katanya.

17 Sep 2019

PM: Percayalah Tun M takkan serah kepada Anwar

KUALA NERUS - Pergerakan Pemuda UMNO tetap percaya Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan begitu mudah.

Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki
Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki menegaskan, beliau yakin Anwar tidak akan dilantik menjadi Perdana Menteri kelapan selepas Mahathir.

Ini kerana jelasnya, sehingga sekarang Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih belum menarik balik tuduhannya terhadap Anwar sebagaimana ditulisnya di dalam bukunya bertajuk Doctor In The House.

Asyraf Wajdi berkata, beliau sekali lagi mengulangi cabarannya kepada Mahathir agar menarik balik tuduhan bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin kerana masalah moral.

“Kami tunggu reformasi 2.0 bakal dilancar oleh Anwar Ibrahim sebab saya percaya Mahathir tidak akan serahkan kerusinya (Perdana Menteri) kepada Anwar kerana saya pernah cabar (Mahathir) dan saya nak ulangi cabaran saya ini.

“Hari ini saya cabar, perkara pertama kalau Mahathir benar-benar ikhlas nak beri kerusi Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim, saya cabar untuk tarik balik tuduhan beliau yang ditulisnya sendiri dalam bukunya ‘Doctor In The House’ yang mengatakan Anwar tak layak jadi pemimpin kerana masalah moral, akhlak yang berkait rapat dengan liwat dan sebagainya,” katanya.


Asyraf Wajdi menyatakan perkara itu dalam sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus di Dewan Serba Guna Tok Jembal pada 3 Ogos.

Yang hadir sama, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera serta kepemimpinan UMNO Kuala Nerus diketuai Ketua Bahagian itu, Mohd. Apli Yusof.

Asyraf Wajdi diminta mengulas isu kedudukan jawatan Perdana Menteri kelapan yang dikatakan bakal diserahkan oleh Mahathir kepada penggantinya, Anwar.

Beliau seterusnya berkata, Pemuda UMNO juga meramalkan akan tercetus reformasi 2.0 berikutan perkembangan politik antara Mahathir dan Anwar yang disifatkannya satu ‘sketsa’.

Justeru itu, katanya, pergerakan Pemuda itu sedia menunggu sehingga selesai ‘sketsa’ antara kedua-dua pemimpin tersebut. - UTUSAN ONLINE

Piagam Muafakat Nasional gusarkan PH

ALOR SETAR - Piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas sudah dimeterai pada 14 September dan memang dijangka mendapat tentangan hebat daripada Pakatan Harapan (PH).

Pesuruhjaya Pas negeri, Ahmad Yahaya berkata (26 Ogos) , perkara itu berikutan PH tidak senang duduk melihat kejayaan kedua-dua parti orang Melayu itu dapat bersama-sama membentuk perpaduan.


"Mereka tidak pernah selesa dan senang melihat kesatuan dan perpaduan yang berjaya dibina kerana ini merupakan ancaman besar kepada mereka," katanya dalam Ceramah Perpaduan Ummah Pas Kawasan Alor Setar.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor.

Majlis menandatangani piagam itu berlangsung pada pukul 11 pagi bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara tempohari.


UMNO dan Pas telah mencapai kata sepakat untuk berkerjasama (berta’awun) antara satu dengan lain dalam mengharungi cabaran arus perdana politik tanah air.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Preisden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama menandatangani sendiri piagam berkenaan selain dihadiri kesemua pemimpin daripada kedua-dua parti itu dari seluruh negara. - UTUSAN ONLINE

9 Feb 2019

Jangan panggil Najib mantan, tapi bekas ...' - Mohamad Hasan

SHAH ALAM: Penampilan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Bicara Minda - forum anjuran Sinar Harian mencuit hati penonton yang hadir.

Selain menyelit peribahasa, perumpamaan dan gurindam, Mohamad yang mesra dengan panggilan Tok Mat turut memberi pandangan beliau berkenaan terma panggilan yang sesuai buat Datuk Seri Najib Tun Razak.


Tatkala menjawab soalan moderator, Tan Sri Johan Jaafar, Tok Mat sempat berseloroh membetulkan terma yang digunakan Johan.

Johan bertanya: “Salah satu peranan yang dimainkan adalah mantan Presiden (Najib). Sejauh mana pengaruh Najib dalam konteks (kemenangan) di Cameron Highlands?”

Lantas, Tok Mat menjawab: “Pertamanya, kita jangan sebut perkataan mantan Tan Sri (Johan).

“Mantan ini bukan bahasa Melayu. Mantan ni short form (kata ringkas) ‘mundar mandir tanpa jawatan,” di susuli ketawa oleh beliau serta hadirin.

“Jadi kita sebut bekas lah kan. Saya pun tak suka orang panggil saya mantan,” tambah Tok Mat.

Selain itu, Tok Mat turut memberi beberapa perumpamaan yang cukup jelas menggambarkan apa yang dilalui UMNO pasca Pilihan Raya Kecil Ke-14 (PRU14).

Ditanya berkenaan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpandangan UMNO ketika ini hanya untuk mengekalkan Najib.

Jawab Tok Mat:

“Macam ni-lah Tan Sri. Bak kata orang tua-tua:

“Nak tahu panjang, berlikunya sungai, tanya pada seluang. Dalamnya lubuk, tanya memerang. Nak tahu lebarnya padang, tanya pada belalang. Nak tahu tebalnya hutan, tanya pak belang. Nak tahu eloknya orang, tanya pada kawan. Nak tahu tak eloknya orang, tanya pada lawan.

“Tan Sri tanya (berkenaan UMNO) kepada lawan, tak elok lah jawabnya,” seraya hadirin ketawa dengan jawapan Tok Mat itu.

19 Jan 2019

Jawapan 'POWER' Tun Mahathir kepada Israel


OXFORD: Meskipun mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama dari ASEAN yang dijemput berucap di Kesatuan Oxford, namun kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang kritikan dan tekanan daripada komuniti Yahudi di Oxford.


Ucapan Dialog Tun Mahathir
Klik Link Ini : https://youtu.be/sPkqcRCTwKc

Kumpulan itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan tidak berpuas hati dengan jemputan Kesatuan Oxford yang mengundang Dr Mahathir yang dilabelkan sebagai anti-Yahudi.

Seperti diduga juga, Presiden Kesatuan Oxford, Daniel Wilkinson mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan pendirian Malaysia yang menghalang kemasukan atlet Israel daripada menyertai Kejohanan Renang Para Dunia di Sarawak pada Julai dan juga pendapat Dr Mahathir mengenai Israel.

Menurut Dr Mahathir, dia tidak peduli dilabelkan sebagai anti-semitik hanya kerana kelantangannya mengkritik Israel kerana ianya adalah haknya untuk menyatakan pendirian.

“Saya tidak faham apabila kita bercerita mengenai kebebasan bersuara tetapi saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai Israel ataupun Yahudi. Kita akan dilabelkan sebagai anti-semitik bila kita cuba mengkritik dengan bebas mengenai Israel.”

Mengulas mengenai keputusan Malaysia menghalang atlet dari Israel untuk memasuki negara ini, Dr Mahathir berkata adalah hak sesebuah negara seperti Malaysia untuk menghadkan sempadan negaranya kepada negara tertentu.

“Di Malaysia, kita tiada urusan diplomatik dengan Israel. Kita tidak rasa mereka perlu datang ke Malaysia kerana kita rasakan mereka banyak melakukan kesilapan dan tidak mahu bertanggungjawab hanya kerana tiada siapa yang berani menegur mereka”.

Ditanya adakah adil untuk rakyat Israel dihukum begitu hanya kerana tindakan kerajaan mereka, Dr Mahathir menganggap majoriti rakyat Israel menyokong tindakan yang dilakukan kerajaan mereka.

“Kerajaan Israel sangat berkuasa, tidak banyak yang boleh kita lakukan. Jadi kita tak katakan apa-apa pada kerajaan Israel tetapi kita tidak akan hulurkan persahabatan kepada mereka"  jawab Dr Mahathir dengan diberikan tepukan gemuruh daripada hadirin.

10 Catatan Paling Popular

Kategori

Covid-19 (33) Tun M (18) 1MDB (15) Najib (15) PKP (15) Tan Sri Muhyiddin Yassin (11) Datuk Seri Ismail Yaakob (7) PDRM (7) PH (7) Perdana Menteri (7) Anwar Ibrahim (6) Polis (6) UMNO (6) Ekonomi (5) Kerajaan (5) Rosmah (5) SPRM (5) Bantuan Kerajaan (4) Corona Virus (4) PPBM (4) Perintah Kawalan (4) Zahid (4) kesihatan (4) Equanimity (3) Ismail Sabri Yaakob (3) Jho Low (3) Ketua Polis (3) Lim Guan Eng (3) Majistret (3) PAS (3) PKPB (3) PKPD (3) PKR (3) Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) (3) Tommy Thomas (3) ATM (2) Astro Awani (2) BN (2) Bazar Ramadhan (2) Bomba (2) CPRC (2) Corona (2) DAP (2) DUN Sungai Kandis (2) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (2) DiJamin (2) GST (2) Global (2) Hal Rakyat (2) Hilang Pekerjaan (2) Jabatan Perangkaan Malaysia (2) Jokowi (2) KWSP (2) Ku Li (2) Kuala Lumpur (2) MEIO (2) Mahkamah (2) Mahkamah Kuala Lumpur (2) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (2) Majikan (2) Malaysia (2) Menang (2) Menteri (2) Menteri Kanan (2) Muhammad Adib (2) PARTI BERSATU (2) Pakatan Harapan (2) Peguambela (2) Pemulihan (2) Penganalisa Ekonomi (2) Pengangguran (2) Penjana (2) Perintah Kawalan Pergerakan (2) Presiden (2) SRC International Sdn Bhd (2) SST (2) Tentera (2) Virus (2) iLestari (2) kematian (2) penjara (2) zon merah (2) AMCHAM (1) ARMADA (1) Abdul Hamid Bador (1) Ahmad Zahid (1) Akaun 2 (1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (1) Alibaba (1) Ambil Alih Kuasa (1) Amerika Syarikat (1) Angkatan Tentera Malaysia (1) Awang Azman Awang Pawi (1) Azmin Ali (1) B40 (1) BKKM (1) BN Kalah (1) BNM (1) BR1M (1) Badrulhisham (1) Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (1) Bahasa Melayu (1) Barang Kemas (1) Batal (1) Bazar (1) Belanjawan 2019 (1) Cameron Highlands (1) China (1) DUN (1) Daniel Wilkinson (1) Dasar Pendidikan Kebangsaan (1) Datuk Abdul Halim Mansor (1) Datuk Abdul Rahim Bakri (1) Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (1) Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (1) Datuk Hajiji Noor (1) Datuk Mohamad Ariff Md Yusof (1) Datuk Seri Anifah Aman (1) Datuk Seri M Saravanan (1) Datuk Seri Mohamad Hasan (1) Datuk Shamsuddin Bardan (1) Datuk Syed Zaid Albar (1) Debat Umno (1) Dewan Rakyat (1) Dibekukan (1) DoJ (1) Dr Jemilah Mahmood (1) Dunia (1) FRU (1) George Varughese (1) Goh Ching Yin (1) Gopal (1) Hal Ehwal Agama (1) Hari Pekerja (1) Hasanah (1) Hassan Marican (1) Hishammuddin (1) Hong Kong (1) ICU (1) IMF (1) Imej (1) Indonesia (1) Islam (1) Jabatan Imigresen Malaysia (1) Jack Ma (1) Jamal Jamban (1) Jen Tan Sri Affendi Buang (1) John Ashcroft (1) KJ (1) KKM (1) KPDNHEP (1) KPDNK (1) KWAP (1) Kabinet Malaysia Baru 2018 (1) Kalah (1) Kampung Dato' Ibrahim Majid (1) Kawasan Panas (1) Kecoh (1) Kegawatan (1) Keliru (1) Kemelesetan (1) Kementerian Kewangan Malaysia (1) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (1) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (1) Kementerian Sumber Manusia (1) Kemiskinan (1) Kerjasama (1) Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (1) Ketua Hakim Negara (1) Ketua UMNO (1) Khairy (1) Khairy Jamaluddin (1) Khazanah Nasional Malaysia (1) Kimanis (1) Kingdom of God (1) Koroner (1) Kota Damansara (1) Kristian (1) Kuasa Diri (1) Kuil (1) Kuil Sri Maha Mariamman (1) LGE (1) Laketown Resort (1) Liberal (1) MB Terengganu (1) MITI (1) MKN (1) MOF (1) MSC (1) MTUC (1) Macau (1) Majlis Keselamatan Negara (1) Manifesto (1) Mansuh (1) Masjid Jamek Sri Petaling (1) Maszlee Malik (1) Mazlan Lazim (1) Melayu (1) Menteri Hal Ehwal Ekonomi (1) Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) (1) Methodist Church (1) Mohd Soffi Abd Razak (1) Muafakat Nasional (1) Mukhriz (1) Mustapa Mohamed. (1) Mustapha Yaakub (1) Naratif Malaysia (1) Othman Mahmood (1) PKPP (1) PM (1) PN (1) PRK (1) PRU (1) PRU-14 (1) PRU14 (1) Paling Teruk (1) Panglima (1) Panik (1) Patuhi (1) Pelabuhan Klang (1) Pembangkang (1) Pendakwaraya (1) Penjara Sungai Buloh (1) Penjawat Awam (1) Penyokong UMNO (1) Peraturan Mesyuarat 4 (1) (1) Perintah Kawaln Pergerakan (1) Perkeso (1) Perubahan (1) Perutusan (1) Phuket (1) Piagam (1) Plaza Tol Duta (1) Presiden Kesatuan Oxford (1) Punca (1) Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (1) Rais Yatim (1) Rampasan (1) Richard Malanjum (1) Rofiah (1) Rumah Terbuka AidilFitri (1) SC (1) SOP (1) SPR (1) Shad Saleem Faruqi (1) Shanghai (1) Sholat (1) Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) (1) Sinar Harian (1) Soffian (1) South China Morning Post (1) Subromaniam (1) Sukhdave Singh (1) Sulaiman (1) Sulit (1) Surat CIA (1) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (1) Syed Hamid (1) TPM (1) Taiwan (1) Tan Sri Abdul Hamid Bador (1) Tan Sri Annuar Musa (1) Tangkap (1) Teknologi (1) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (1) Timbalan Menteri (1) Timbalan Pengerusi SPR (1) Tok Mat (1) Topeng Muka (1) Tutup (1) Undi Tidak Percaya (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Veteran (1) YAB (1) Yang Di Pertua Dewan Rakyat (1) Yayasan Keluarga (1) Zawawi Ahmad Mughni (1) apartments (1) arak (1) awan (1) balik kampung (1) bantuan (1) belanjawan (1) beras (1) black area (1) bubar (1) bujur (1) bulat (1) buruh (1) cukai 2018 (1) dibenarkan (1) disorok (1) eBazar (1) eksport (1) empangan (1) forum (1) gaji pekerja (1) geiser (1) haiwan peliharaan (1) harimau (1) import (1) industri (1) industri kecil dan sederhana (IKS) (1) inkues (1) jangkitan (1) jurang (1) kastam (1) kemelselatan ekonomi (1) kewangan (1) kolam (1) kos guaman (1) kucing (1) kuman (1) mabuk (1) makanan (1) masayarakat (1) meow (1) moratorium (1) mysejahtera (1) pak belang (1) pasar borong KL (1) pecah amanah (1) peguam (1) pejabat buruh (1) pelangi (1) penyakit kronik (1) peribahasa (1) potong gaji (1) premis (1) ramdhan (1) rentas neger (1) sahabat (1) sosial (1) sukarelawan (1) tabligh (1) tak nak PH (1) tampung (1) tasik (1) task force (1) tindakan (1) tower regency hotel (1) tumbang (1) upah gaji (1) veterinar (1) wabak (1)