28 Apr 2020

Bijak Urus Kewangan Semasa Krisis COVID-19

KUALA LUMPUR : Ketidaktentuan bila berakhirnya wabak COVID-19 yang sedang melanda negara menuntut setiap anggota masyarakat untuk merancang dan mengurus kewangan mereka dengan sebaik-baiknya. 


Walaupun kerajaan menyediakan pelbagai insentif serta bantuan kewangan terutama kepada golongan miskin, kumpulan B40 dan tidak terkecuali kelompok M40, namun berhadapan situasi yang sukar diramal ini, rakyat sendiri hakikatnya perlu bijak mengatur dan merencana kewangan mereka.

Langkah ini penting sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan termasuk mengelak dihimpit masalah kewangan, apatah lagi jika ‘putus belanja’ (langsung tiada duit), salah berbelanja untuk tujuan yang tidak sepatutnya serta risiko beban hutang serta menjejaskan simpanan masa hadapan.

KEDUDUKAN TERKINI

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah menilai semula kedudukan kewangan terkini serta mengenal pasti jumlah pendapatan dan perbelanjaan bulanan. 

Perkara ini adalah antara cadangan Ketua Cawangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Kuala Terengganu, Junainah Ahmad Esa, apabila dihubungi Bernama.

Menurut beliau, pelbagai kemungkinan boleh berlaku ketika krisis ini termasuk pemotongan gaji serta elaun dan pemberhentian kerja oleh majikan disebabkan kesan ekonomi semasa. 

“Bagi golongan yang pendapatan mereka terjejas disebabkan krisis ini, pengurusan kewangan perlu dibuat dengan lebih cermat dan teliti. Kemas kini penyata harta bersih, penyata gaji dan penyata aliran tunai.

“Mungkin ada pertimbangan untuk mencairkan sebahagian daripada aset tertentu. Namun ia perlu diteliti termasuk mengambil kira segala insentif dan bantuan yang diberikan kerajaan dan pihak tertentu sama ada mencukupi atau tidak bagi menampung keperluan semasa,” jelasnya. 

Dalam usaha meringankan beban rakyat serta sektor yang terkesan bagi menangani impak krisis COVID-19, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac lepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang melibatkan setiap peringkat masyarakat. 

Daripada jumlah keseluruhan, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara. Sebanyak RM20 bilion pula diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

LEBIHAN GAJI

Mengulas lanjut, Junainah berkata penyata gaji bagi bulan April mungkin berbeza dan ada lebihan berbanding bulan sebelumnya bagi kebanyakan individu bekerja, berikutan penangguhan bayaran pinjaman rumah, kereta dan beberapa pinjaman lain yang bermula 1 April lepas.

Ia susulan pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) pada 25 Mac lepas berhubung moratorium automatik bagi semua pembayaran semula pinjaman oleh individu dan PKS bagi tempoh enam bulan bermula 1 April 2020.

Di samping itu, bank juga digalakkan untuk memudahkan moratorium ke atas pinjaman korporat dan perlu menyediakan peruntukan bagi pinjaman sedemikian. 

"Bagi kebanyakan individu bekerja, selain lebihan gaji, perbelanjaan yang sebelum ini diperuntukkan untuk minyak kereta, bayaran tol, makan dan hiburan di luar juga boleh dijimatkan disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini dilanjutkan kepada fasa keempat sehingga 12 Mei nanti.

“Apa yang perlu dilakukan ialah terus mencatat bajet bulanan atau pengurusan aliran tunai duit keluar masuk seperti biasa meskipun ketika dalam tempoh PKP yang kononnya dianggap sebahagian masyarakat sebagai tempoh berjimat atau kurang berbelanja.

“Lebihan wang yang ada wajar disimpan lebih-lebih lagi untuk tabung kecemasan. Tabung ini penting sekiranya berlaku sebarang ketidaktentuan seperti situasi yang kita lalui sekarang. Ia seharusnya mampu menampung perbelanjaaan kos sara hidup sesebuah keluarga untuk tempoh kira-kira tiga hingga enam bulan,” katanya.

Junainah menambah walaupun terdapat pengecualian bayaran pinjaman, namun mereka yang pendapatannya tidak terjejas dan masih menerima gaji bulanan seperti biasa digalakkan untuk membuat bayaran balik seperti biasa dengan menghubungi bank masing-masing.

“Tujuannya adalah bagi mengelak tempoh pembayaran hutang menjadi lebih lama atau perlu membayar ansuran bulanan yang lebih tinggi di kemudian hari bagi menampung bayaran yang ditangguhkan sepanjang moratorium,” katanya.

‘RAMADAN PKP’

Mengulas kemudahan pengeluaran Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pencarum berumur bawah 55 tahun yang dibenar membuat pengeluaran daripada Akaun 2 masing-masing bermula 1 April, Junainah berkata, beberapa perkara harus dipertimbangkan terlebih dahulu bagi memastikan tindakan itu tidak menjejaskan simpanan waktu persaraan. 

Menerusi kemudahan itu, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

“Pencarum perlu mengambil kira insentif lain yang disediakan kerajaan seperti pakej PRIHATIN yang melibatkan pelbagai peringkat masyarakat dan penangguhan bayaran balik pinjaman yang bertujuan membantu meringankan beban rakyat.

“Antara lain rakyat juga boleh menggunakan wang simpanan berbanding pengeluaran KWSP dan hanya seorang isi rumah (suami atau isteri) yang berbuat demikian (pengeluaran KWSP) jika perlu. Ianya bagi mencapai matlamat asal simpanan KWSP iaitu untuk kegunaan waktu persaraan,” katanya. 

Turut menyentuh situasi ‘Ramadan PKP’ pertama kali dalam sejarah negara, Junainah berkata rakyat khususnya umat Islam wajar memanfaatkan tempoh ini untuk mengamalkan sikap berjimat cermat terutama bagi perbelajaan makanan. 

“Jika sebelum ini rakyat berpusu-pusu membeli pelbagai juadah berbuka, namun kali ini pasti berbeza kerana tiada bazar Ramadan. Lihatlah perkara ini dari sudut positif terutama dalam mendidik rakyat berjimat cermat dan tidak melakukan pembaziran apabila membeli terlalu banyak makanan yang akhirnya tidak habis dimakan.

“Peruntukan untuk ke bazar Ramadan dan sebarang insentif yang diterima serta lebihan wang penjimatan sepanjang krisis COVID-19 dan PKP ini boleh disimpan di dalam sebuah tabung khas yang boleh digunakan pada masa akan datang,” katanya.

PILIHAN TERBAIK

Berkongsi pandangan, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Ridhuan Bos Abdullah berkata setiap isi rumah perlu memastikan keputusan melibatkan hal kewangan yang dibuat semasa tempoh pandemik ini adalah yang paling berkesan termasuk untuk jangka masa panjang.

 “Penangguhan bayaran balik atau moratorium adalah sebagai langkah persediaan bagi kebanyakan rakyat dalam menghadapi keadaan yang tidak diduga. Namun begitu isi rumah boleh merancang dan membuat pilihan bergantung kepada tahap kemampuan kewangan masing-masing.

“Kita juga mengharapkan pihak bank atau institusi kredit menawarkan pilihan terbaik kepada pelanggan dalam keadaan ketidaktentuan ini. Diharapkan kerajaan, institusi bank dan kredit serta isi rumah saling berkomunikasi bagi mendapatkan formula terbaik sekaligus memastikan ekonomi negara kekal berkembang,” katanya.

Tambah Muhammad Ridhuan, pakej rangsangan ekonomi melalui pindahan tunai kepada isi rumah merupakan dasar kerajaan yang cekap bagi memberi ‘suntikan’ kewangan kepada rakyat, menyokong aliran tunai seterusnya perbelanjaan berterusan isi rumah dan ekonomi domestik. 

Selain Malaysia dan Singapura, China bahkan negara Eropah seperti Jerman, Perancis dan United Kingdom turut memberi bantuan rangsangan ekonomi dengan melaksanakan dasar fiskal dan kewangan untuk membantu memulihkan ekonomi negara masing-masing seterusnya menyokong pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). 

“Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam World Economic Outlook 2020 turut menyarankan agar setiap negara perlu bersedia untuk mengekang krisis ekonomi disebabkan COVID-19 melalui dasar fiskal yang antaranya melibatkan bantuan kepada isi rumah dan perniagaan. Kesan fiskal yang kukuh akan dapat memulihkan ekonomi dengan lebih pantas,” katanya. 

 Ditanya kewajaran untuk isi rumah memohon bantuan kewangan daripada mana-mana agensi ketika negara berhadapan situasi ini, beliau berpendapat ia bergantung kepada keperluan sebenar sesebuah keluarga.

“Tidak dinafikan terdapat juga ruang dan peluang baharu yang boleh diteroka terutama untuk memulakan perniagaan secara dalam talian. Namun begitu, perkara ini memerlukan perancangan rapi dan teliti agar tidak mendatangkan kerugian seterusnya menambah beban kewangan kepada isi rumah,” katanya. 

Sumber : BERNAMA

26 Apr 2020

Langkah legakan kesusahan kakitangan swasta, bekerja sendiri

Ekonomi dunia pasca wabak Covid-19 dijangka berlaku penurunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global kepada 0.4 peratusan berbanding unjuran awal AS$86.6 trilion untuk 2019. Ini bermakna kerugian ekonomi kepada dunia ialah sebanyak AS$3.5 trilion.

Laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menganggarkan 500 juta penduduk dunia akan jatuh miskin akibat ekonomi dunia yang terjejas teruk. Penduduk rantau Asia Pasifik paling terkesan dengan unjuran 240 juta orang, hampir separuh daripada angka tersebut.

Negara akan mengalami unjuran penguncupan pertumbuhan antara 0.4 hingga 2.5 peratus di mana pertumbuhan ekonomi untuk 2020 dijangkakan perlahan, daripada unjuran asal 4 peratus kepada 2.4 peratus. Pendapatan negara turut terjejas dengan penurunan harga minyak mentah kepada AS$20 setong dan impak terhadap industri pembuatan dan pelancongan.
Pelancongan yang menjana RM66b kepada pendapatan negara turut terjejas di mana sekatan perjalanan antara negara masih berkuatkuasa mungkin sehingga hujung tahun ini. Industri perhotelan sahaja akan rugi RM3.3b dan menjejaskan 56,229 pekerja.

Ekonomi domestik paling teruk terjejas dengan anggaran penguncupan kepada -2.8 peratus. Kebanyakan industri kecil dan sederhana (IKS) seperti pembuatan kerugian pendapatan hampir 50 peratus sehingga mereka terpaksa memberhentikan pekerja, memaksa cuti tanpa gaji atau pengurangan gaji.

Program Subsidi Upah dialu-alukan, namun dicadangkan supaya program subsidi upah ini dilanjutkan dari tiga bulan kepada enam bulan bagi pihak industri menangani keadaan selepas impak sebenarnya berlaku.

Selain itu, kerajaan disarankan berunding untuk memberi sedikit kelegaan kepada industri pembuatan yang bukan asas untuk beroperasi pada kadar 50 peratus kekuatan kerja bagi meneruskan keperluan domestik dan luaran.

Pekerja yang mendapat moratorium enam bulan pembayaran kredit juga patut tidak dibebankan dengan kadar faedah yang akan dikompounkan selama penagguhan bayaran. Dicadangkan moratorium kredit dikurangkan kadar faedah ataupun dihapuskan sahaja untuk meringankan beban pekerja setelah tamat penangguhan bayaran.

Kerajaan disarankan membantu kumpulan yang pekerja sendiri khususnya di sektor pelancongan yang terjejas teruk. Punca pendapatan dari rantaian pelancongan seperti pengendali chalet dan inap desa, peniaga makanan dan minuman serta pengendali khidmat pelancongan dan majlis secara bersendirian turut terjejas dengan tiadanya pelancong yang datang sepanjang 2020.

Pakej rangsangan perlu melihat semua aspek secara terperinci dan mestilah bermaklumat tepat supaya sasaran bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan tanpa meninggalkan mana-mana pihak berpandukan kepada keberkesanan penyampaian dan perlaksanaan.



%%%%%%%%%%%%%%
eBazar Ramadhan LKMB :

https://tinyurl.com/ebazarramadahanLKMB

25 Apr 2020

Orang terkandas di kampung boleh mohon pulang mulai esok

Permohonan untuk pergerakan rentas negeri bagi mereka yang terkandas di kampung halaman ekoran penguatkuasaaan perintah kawalan pergerakan (PKP) boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia bermula esok.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Huzir Mohamed, semua permohonan dan kebenaran akan dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia yang boleh dimuat turun di Google Playstore, Apple App Store dan Huawei App Gallery.

Bagaimanapun, katanya, mereka yang tidak mempunyai kemudahan aplikasi Gerak Malaysia boleh membuat permohonan secara bertulis di balai polis berdekatan.

Namun, menurut Huzir, keutamaan perjalanan tetap akan diberikan kepada pengguna aplikasi Gerak Malaysia.

Tambahnya lagi, mereka yang membuat permohonan pada 26 April haruslah mengemas kini permohonan pada 29 April untuk mengesahkan destinasi perjalanan.

“Seterusnya, pada 1 Mei mereka bolehlah menyemak status permohonan dalam talian tersebut.

“Tempoh pergerakan antara negeri yang dibenarkan adalah antara 1 hingga 3 Mei dan pengguna jalan raya dikehendaki merancang perjalanan mereka mengikut syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hanya tandas awam beroperasi

Pada 23 April, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kebenaran perjalanan rentas negeri hanyalah untuk mereka yang terperangkap di kampung. 

Kebenaran itu diberikan ekoran ramai orang terkandas selama lebih sebulan gara-gara pulang ke kampung sebelum atau sebaik perintah kawalan pergerakan (PKP) diumumkan 16 Mac lalu.

Kebenaran itu, katanya, berbeza dengan kebenaran pulang kepada para pelajar di kampus yang boleh dibenarkan untuk dibawa pulang beramai-ramai dengan menaiki bas memandangkan status kesihatan mereka diketahui oleh pihak pentadbir.

Selain itu, Huzir mengingatkan mereka yang akan menggunakan lebuh raya Plus, sepanjang PKP ini tiada kemudahan makanan disediakan di kawasan rehat dan rawat (R&R) serta surau-surau juga akan ditutup, dan hanya fasiliti tandas awam sahaja yang dibenarkan beroperasi.

Pengguna lebuh raya juga tak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti berkumpulan atau aktiviti solat secara berjemaah di kawasan R&R, termasuklah di dalam mana-mana bangunan, kawasan lapang, tempat letak kenderaan atau lain-lain.

Kawasan meletak kenderaan pula hanya boleh digunakan untuk tujuan rehat, manakala pemandu tidak dibenarkan keluar dari kenderaan kecuali untuk ke tandas.

Sementara itu, kata Huzir lagi, stesen minyak akan hanya beroperasi antara jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam di sepanjang lebuh raya.

Beliau turut mengumumkan bahawa kenyataan media akan dikeluarkan hari ini berhubung tatacara pendaftaran aplikasi Gerak Malaysia, diikuti satu lagi sidang media pada 29 April mengenai pergerakan mengikut negeri bagi memastikan perjalanan mereka yang terlibat berjalan dengan lancar serta teratur.

Sumber - Akhbar MK

%%%%%%%%%%%%%%
eBazar Ramadhan LKMB : >>> KLIK SINI <<<

24 Apr 2020

Bazar Ramadan Facebook meriah dengan promosi bermacam juadah

Ramadan yang disambut seluruh umat Islam khususnya di Malaysia pada kali ini pastinya berbeza kerana pada masa yang sama perlu melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan memasuki fasa ke-4 hujung bulan ini. 


Seperti kebiasaannya, beberapa hari sebelum Ramadan, banyak perancangan dan persiapan kerohanian termasuk rutin harian dilakukan pelbagai pihak, tidak kurang juga bagi golongan peniaga bazar Ramadan yang pasti mulai sibuk merancang perniagaan serta membeli barangan keperluan jualan.

Namun, keadaan pastinya tidak sama bagi tahun ini apabila para peniaga rata-ratanya beralih kepada alternatif jualan secara dalam talian sepanjang bulan Ramadan. Apa yang dapat diperhatikan, pelbagai kumpulan bazar Ramadan di seluruh negara telah diwujudkan dalam laman sosial Facebook.

Hanya dengan menaip perkataan bazar Ramadan pada ruangan carian Facebook, tentunya pelbagai nama kumpulan akan tertera antaranya Bazar Ramadan Online (BRO) Ampang, Batang Kali, Shah Alam, Seremban, Ipoh, Taiping, Satok-Petrajaya, Semporna, Kuala Nerus, Dungun, Batu Pahat dan lain-lain kawasan.

Pelbagai juadah makanan dan minuman yang popular serta menjadi pilihan orang ramai ketika berbuka puasa antaranya bubur lambuk, martabak, roti John, sup 'gearbox', ayam percik, air katira, cendol, popia basah, kuih tepung pelita dan sebagainya kelihatan mulai meriah diiklankan serta dipromosi para peniaga dalam kumpulan masing-masing.

Beberapa promosi yang menarik perhatian antaranya daripada peniaga martabak dengan nama Murtabak King Ganu yang menulis “Murtabak KiNG Padu! sutir (sebiji) boleh makan tiga, empat orang kenyang nyandor (tersandar)! murtabak penuh isi confirm (pasti) puas hati, cash-on-delivery (COD) kawasan Marang dan Kuala Terengganu”.

Peniaga roti John di BRO Hulu Selangor pula menulis: “Para penggemar roti John Cheese Gedebuk! you make order we deliver (anda pesan, kami hantar)”. Tidak kurang meriah juga apabila terdapat ramai pembeli yang mencari juadah kegemaran dalam kumpulan-kumpulan bazar Ramadan dalam talian di laman sosial itu. 

Pengguna Facebook Amiyra Rara mencatat: “Saya mencari sesiapa ada jual kuih tepung pelita sedap? kuih wajib saya sekeluarga bila bulan puasa".

Berbeza pula selera seorang pengguna daripada BRO Ampang, Selangor Akmal Latif yang berasa lega dengan adanya bazar dalam talian. "Nasib ada BRO ni boleh beli kuih bakar dan popia basah juadah kegemaran saya pada bulan Ramadan," tulisnya. 

Sementara itu bagi Zulbahri Atan, 50, yang berniaga pelbagai jenis minuman istimewa di Bazar Ramadan Batu Pahat, Johor sejak lapan tahun lepas berkata bulan puasa kali ini merupakan kali pertama memulakan perniagaan secara dalam talian dengan menyertai kumpulan BRO Batu Pahat.

Beliau yang terkenal sebagai penjual minuman istimewa air 'cikong' (laicikang) dan katira dalam kalangan penduduk sekitar Batu Pahat berkata pada mulanya berasa ragu-ragu untuk berniaga secara dalam talian kerana tidak biasa.

"Saya fikir tidak mahu berniaga tahun ini memandangkan tiada bazar Ramadan dibenarkan beroperasi seperti tahun-tahun lepas kerana COVID-19 dan PKP. Tapi bila pelanggan tetap ramai minta (jual), ada pula pelanggan yang sedang mengandung harap saya jual air cikong puasa tahun ini. Tak mampu nak menolak.

"Dengan bantuan anak saudara saya yang berjanji akan bantu dari segi promosi, mengambil pesanan dan menempah penghantar kepada penjual, jadi saya cuba buat pertama kali jual air di Facebook bulan puasa ini," katanya kepada Bernama.

Berbeza pula dengan seorang suri rumah di Sungai Buloh iaitu Siti Rasni Ahmad, 43, yang baru ingin mencuba untuk berniaga kuih donat pelbagai perisa dan rojak buah dengan menyertai kumpulan BRO Paya Jaras di Facebook. 

"Saya buat donat hanya untuk anak-anak sebab mereka suka. Selain itu, saya buat kuah rojak resipi keluarga bila jiran-jiran menempah sahaja. Namun, ada yang minta supaya saya menjual rojak, anak-anak juga janji mahu tolong buat donat dan jualkan di BRO jadi saya cubalah," katanya. 

Sementara itu, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan dalam laman rasminya turut mengeluarkan beberapa garis panduan bagi keselamatan makanan sebagai rujukan penyediaan makanan bagi pengusaha makanan dari rumah (Home-Based).

Antara syarat asas yang perlu dipatuhi seseorang pengendali makanan ialah telah mendapatkan suntikan vaksin antitifoid, amalkan kebersihan sepanjang mengendali makanan seperti kerap mencuci tangan dengan sabun, menggunakan penyepit atau sarung tangan, memakai penutup hidung dan mulut serta persekitaran memasak termasuk alatan penyediaan yang digunakan adalah bersih.

Selain itu, penyedia makanan perlu mendapatkan bekalan bahan mentah seperti ayam, ikan, daging dan sayur daripada sumber yang diyakini bersih serta masakan juga perlu dimasak dengan sempurna serta dibungkus dengan baik menggunakan pembungkus bersesuaian.

Sumber : BERNAMA

23 Apr 2020

Covid-19: Tinjauan MKN, Majoriti sokong PKP dilanjutkan

Satu tinjauan dalam talian oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai sama ada kerajaan perlu melanjutkan perintah kawalan pergerakan (PKP) atau tidak menyaksikan majoriti menyokong ia dilanjutkan.
Tinjauan yang dibuat di saluran Telegram rasmi MKN petang ini mendapat lebih 80,000 respons dalam masa 40 minit selepas dilancarkan.

Sehingga jam 5.25 petang, lebih 87,100 pengikut saluran itu memilih sama ada "Ya" atau "Tidak"

Soalan itu berbunyi: ."Adakah wajar PKP dilanjutkan selepas 28 April ini?"

Ketika itu, 89 peratus memilih jawapan "Ya".

Ini adalah kali kedua MKN melakukan tinjauan dalam talian seperti itu untuk meninjau pendapat masyarakat mengenai PKP, yang mula berkuat kuasa pada 18 Mac lalu.

PKP dilaksanakan dengan tujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu media bahawa dua fasa PKP menunjukkan tanda positif, dengan jumlah kes positif baru berkurang menjadi dua digit.

Kementerian Kesihatan juga mencatatkan jumlah kes aktif di bawah 2,000 setakat ini.

20 Apr 2020

Covid-19: Petempatan sekitar Pasar Borong KL lokasi terbaru PKPD

Kawasan petempatan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur kini menjadi lokasi terbaru yang diletakkan di bawah perintah kawalan pegerakan diperketatkan (PKPD).


Menteri Kanan, Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu diambil atas nasihat menteri kesihatan dan berlangsung mulai 20 April hingga 3 Mei dan membabitkan lapan kawasan yang dikenal pasti.

"PKPD keenam dilaksanakan untuk membentung jangkitan Covid-19 dan langkah ini membolehkan pengesanan dan saringan dapat dilakukan ke atas penduduk di kawasan tersebut," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau yang juga menteri pertahanan menambah, orang ramai di kawasan terbabit diminta bertenang dan memberikan kerjasam kepada pihak berkuasa.

"Sila duduk dan jangan lari. Kita tak mahu ada yang lari kerana ia mungkin akan menyebarkan penyakit ini kepada orang lain," katanya.

Ketika butiran mengenainya belum rasmi, lawatan Malaysiakini ke lokasi itu sebentar tadi mendapati kawasan seluas beberapa kilometer persegi telah dikawal ketat oleh anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

Kawat berduri juga dipasang di sekitar kawasan ini, dari pintu masuk pasar borong berhampiran bulatan Batu Caves sehingga ke pangsapuri kediaman Sri Murni.

Anggota keselamatan pantau keadaan

Polis dan tentera juga dilihat mengawal dan membuat sekatan jalan di setiap persimpangan, dan mengarahkan orang ramai yang ingin memasuki kawasan itu supaya berpatah balik.

Rombongan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Affendy Buang kelihatan keluar dari kawasan itu sekitar jam 1 tengah hari ini.

Beliau dipercayai berada di lokasi untuk memantau keadaan.

Menurut beberapa anggota keselamatan yang ditemui, lokasi tersebut akan ditempatkan di bawah PKPD bermula tengah malam hari ini.

Ditanya mengenai kemungkinan peniaga akan berdepan masalah untuk mendapatkan bekalan dari pasar borong berkenaan, Ismail Sabri berkata, isu tersebut tidak sepatutnya berlaku.

"Kita tidak tutup pasar borong, kita tutup kawasan perumahan di sekitar pasar itu, terutamanya kerana ramai penduduk di situ terdiri daripada rakyat Rohingya yang memegang kad UNHCR.

"Jadi kawasan petempatan kita tutup sedangkan pasar borong masih lagi dibuka seperti biasa," katanya.

Menurut Ismail Sabri, kawasan yang dikenakan PKPD itu ialah:

Jalan 6/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
Jalan 6/3A dan 9/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
Taman Sri Murni Fasa 2, Jalan 1/2D, Kuala Lumpur
Taman Sri Murni Fasa 1, Jalan 1/2D, Kuala Lumpur
Taman Sri Murni Fasa 3, Jalan 1/2B, Kuala Lumpur
Taman Batu View dan Taman Batu Hampar, Kuala Lumpur

19 Apr 2020

COVID-19: Henti pakej bantuan kepada majikan jika langgar syarat - MTUC

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang menghentikan bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) PKS Tambahan terhadap majikan jika didapati melanggar syarat bantuan.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC),
Datuk Abdul Halim Mansor NSTP/AIZUDDIN SAAD
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor, berkata pelanggaran syarat itu merangkumi tindakan memberhentikan, memotong gaji dan memotong cuti pekerja serta mengurangkan tenaga kerja termasuk golongan pekerja asing.

Katanya, ia susulan pihaknya menerima laporan ada majikan memberhentikan pekerja asing tanpa notis dan bantuan kemanusiaan mulai 18 Mac lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“MTUC terkejut apabila 32 pekerja asing dari Nepal, Bangladesh dan Myanmar datang memohon bantuan di Pusat Kajian Pekerja Migran (MRC) MTUC.

“MTUC mencadangkan kepada kerajaan, Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Manusia untuk memberhentikan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat kepada majikan dan PKS yang dilaporkan sengaja melanggar syarat bantuan.

“Kerajaan disaran mengambil tindakan dengan segera kerana jika kesemua pekerja asing ini mengambil tindakan, ia akan memburukkan imej negara pada mata dunia dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Pada 6 April lalu, sekumpulan pekerja asing mengadu di MRC mendakwa majikan memberhentikan mereka tanpa sebarang notis selepas kerajaan melaksanakan PKP bagi mengawal penularan wabak COVID-19.

Hasil siasatan MTUC mendapati pekerja asing terbabit tidak dibayar baki gaji dan kebajikan mereka diabaikan menyebabkan hidup melarat di hostel yang disewa majikan di Subang Jaya.

Susulan itu Abdul Halim berkata, MTUC mencadangkan kerajaan dan majikan mencari kaedah alternatif untuk menjalankan semula operasi industri, dengan syarat dan peraturan keselamatan serta kesihatan untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Katanya, majikan wajar mengikut arahan kerajaan dan melaporkan masalah mereka kepada Kementerian Sumber Manusia untuk khidmat nasihat.

“Jika operasi tidak dapat dijalankan, MTUC mencadangkan kerajaan dan majikan dengan kerjasama kedutaan negara asing menghantar pulang pekerja asing terbabit ke negara asal,” katanya.


18 Apr 2020

Tiada Bazar Ramadan, Tiada Juga E-Bazar Untuk Tahun Ini

Putrajaya : Selepas meneliti dan mendengar pandangan Kementerian Wilayah melalui Dewan DBKL berhubung cadangan untuk melaksanakan e-Bazar.


Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa tiada bazar Ramadan dibenarkan untuk beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang medianya sebelum ini berkata ia perlu dilakukan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang masih mengancam negara pada ketika ini.

Malah, beberapa negeri juga telah memutuskan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan bagi tahun 2020 seperti Negeri Sembilan, Johor dan Wilayah Persekutuan.

Susulan itu, hasil tinjauan di Facebook sebelum ini mendapati bahawa terdapat lebih 10 kawasan khususnya di Lembah Klang dan Selangor yang sudah mengambil langkah proaktif dengan mencipta akaun kumpulan bazaar tersendiri

Selain Selangor, negeri-negeri lain juga telah mengambil inisiatif yang sama dalam mengadakan jualan bazaar Ramadan secara dalam talian.

Malah Kerajaan Terengganu sendiri mengumumkan bazaar online untuk negeri tersebut yang akan bermula pada minggu kedua April. Selain itu, Sarawak juga telah mewujudkan Facebook Group seperti 'E-Bazaar Ramadhan Kuching/Samarahan/Serian/Sematan (2020)' bagi mengendalikan bazaar online di negeri mereka.

Namun begitu, hari lepas, 16 April 2020, kerajaan telah memutuskan untuk tidak membenarkan e-Bazar dilaksanakan sempena Ramadan kali ini sepanjang tempoh PKP.

Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang medianya berkata perkara itu diputuskan selepas meneliti dan mendengar pandangan Kementerian Wilayah melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung cadangan untuk melaksanakan e-Bazar.

“Mesyuarat hari ini memutuskan sebarang bentuk perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu serta tempah dan ambil tidak dibenarkan,” katanya.

17 Apr 2020

Pasaran modal Malaysia kekal teratur, mudah tunai lebih daripada mencukupi - SC

KUALA LUMPUR - Pasaran modal Malaysia kekal teratur dengan mudah tunai lebih daripada mencukupi serta infrastruktur yang kukuh walaupun menghadapi krisis kesihatan COVID-19 yang menjejaskan ekonomi global.

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Syed Zaid Albar berkata, walaupun mencerminkan pasaran global yang mencatatkan penurunan ketara, namun pasaran ekuiti Malaysia menunjukkan prestasi yang agak lebih baik.

“Penjualan asing telah disokong oleh penyertaan aktif institusi tempatan dan pelabur runcit," katanya semasa sidang media mengenai Laporan Tahunan 2019 SC yang dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata pasaran bon domestik telah mengalami turun naik bagaimanapun ia terus mencatatkan prestasi agak lebih baik berbanding pasaran serantau, disokong oleh dana mudah tunai domestik yang kukuh dalam industri pengurusan.

“Terdapat peningkatan penebusan pada Mac. Pengurus dana berlesen kita bersedia menguruskannya secara teratur dan menjadikan tidak ada risiko besar yang diperhatikan setakat ini, malah kita menyaksikan adanya pelaburan baharu khususnya ke dalam unit amanah.

“Bank pelaburan dan broker kita juga kekal kukuh untuk mengurangkan turun naik itu, terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mereka hari ini lebih teguh berbanding 10 tahun lepas, hasil penetapan keperluan dan pemantauan yang cermat oleh SC terhadap perantara,” katanya.

Syed Zaid berkata langkah yang diambil kerajaan dan pengawal selia akan mengurangkan kesan akibat COVID-19 tetapi sukar untuk memastikan sejauh mana hasilnya sehingga kesan penuh daripada wabak muncul.

Kepelbagaian yang besar dan proses pengurusan mudah tunai oleh pengurus dana telah mengurangkan risiko penurunan, katanya.

Beliau berkata SC kini menumpukan syarikat dan perantara untuk membolehkan mereka bertahan sepanjang tempoh ini selain mengambil peluang pemulihan apabila sampai masanya.

Sementara itu bagi industri unit amanah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SC, Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin berkata industri itu kekal agak stabil walaupun menghadapi persekitaran mencabar.

Beliau berkata berdasarkan data awal, keseluruhan nilai aset bersih unit amanah turun 4.0 hingga 5.0 peratus sejak akhir Februari, terutama disebabkan oleh pergerakan pasaran, khususnya apabila harga pasaran yang lebih rendah memberi kesan ke atas dana ekuiti.

“Selain itu berlaku penebusan yang agak lebih tinggi pada separuh pertama Mac, begitu juga pada minggu pertama PKP. Kami juga mendapati aktiviti penebusan menjadi sederhana kemudiannya pada minggu pertama April dengan industri merekodkan kedudukan jualan bersih.

“Kami juga menyaksikan penebusan dalam pertukaran dana ekuiti kepada dana lain. Ini bererti sebahagian hasil itu tetap dilaburkan dalam industri daripada dikeluarkan untuk mendapatkan tunai,” katanya.

Zainal Izlan berkata dalam hal itu, kedudukan mudah tunai bagi dana unit amanah kini disokong oleh langkah dan pengurusan risiko mudah tunai pengurus-pengurus dana.

Beliau berkata SC kerap melaksanakan libat urus dengan pengurus dana dan memantau rapat perkembangan tempatan dan serantau, termasuk kesan kontagion.

Ketua Pegawai Pengawalseliaan SC, Foo Lee Mei pula mengulas mengenai pembiayaan alternatif kepada syarikat bermodal kecil dan sederhana, dengan berkata pendanaan ekuiti ramai (ECF) dan pembiayaan antara rakan setara (P2P) menjadi sumber utama bagi dana untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Beliau berkata sejak diwujudkan tiga tahun lepas, platform ECF dan P2P telah mengumpul lebih RM700 juta untuk 1,143 syarikat mikro, kecil dan sederhana.

“SC kini sedang menjalankan kajian daya maju untuk melihat bagaimana syarikat bermodal kecil dan sederhana ini, termasuk PKS, boleh menerbitkan instrumen hutang, selain daripada apa yang telah dibenarkan melalui ECF dan P2P,” katanya.

Sumber : BERNAMA

15 Apr 2020

Covid-19: Fasa ketiga PKP bermula hari ini

KUALA LUMPUR : Hari ini bermulanya fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menuntut komitmen lebih jitu setiap rakyat bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Sudah 29 hari sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu dan rakyat perlu terus kuat dan berdisiplin untuk melalui tempoh PKP fasa ketiga, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan minggu depan yang menuntut ‘the new normal’ atau kebiasaan baharu apabila tidak dapat ke bazar dan menunaikan tarawih berjemaah di masjid.

Pastinya, semua mahu ‘bebas’ dan kembali ke norma kehidupan biasa secepat mungkin, tetapi jika masih ada yang berdegil dengan tidak mematuhi arahan PKP, kita mungkin melalui beberapa lagi fasa PKP.

Bagi memastikan tahap pematuhan rakyat terhadap PKP lebih tinggi, kerajaan memutuskan mulai hari ini, sesiapa yang masih ingkar akan terus ditahan untuk dikenakan tindakan mahkamah dan tidak lagi dikompaun seperti fasa pertama dan kedua PKP.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan berdasarkan Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), mahkamah boleh mengenakan hukuman penjara maksimum dua tahun dan kesalahan seterusnya penjara lima tahun.

Katanya, jumlah kumulatif yang ingkar PKP sehingga Isnin lalu adalah 9,090 orang.

Dalam pada itu, jumlah kes positif COVID-19 di negara ini setakat 12 tengah hari semalam, adalah 4,987 kes dengan 82 kematian direkodkan setakat ini.

Bagaimanapun, keadaan COVID-19 di Malaysia merekodkan perkembangan baik apabila jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj dari wad telah mencapai jumlah kumulatif 2,478 orang, iaitu 49.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber - BERNAMA

Covid-19: PKP, Sambung hingga Jun jika kes bertambah

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kemungkinan besar akan diteruskan sehingga Jun, ini jika sikap rakyat yang masih berdegil sehingga menyebabkan kes jangkitan COVID-19 bertambah.

Anggota polis dan tentera melakukan kawalan di sekitar jalan masuk menuju
ke Masjid India selepas kawasan di sekitarnya dikenakan
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akibat COVID-19

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, jika kes jangkitan COVID-19 bertambah, besar kemungkinan PKP diteruskan hingga melepasi Jun.

“Sehubungan itu, hari ini saya sekali lagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tak lupa bahawa PKP tidak akan dilonggarkan.

“Tindakan tangkapan akan dipergiatkan lagi kepada mereka yang melanggar arahan PKP,” katanya ketika dihubungi hari ini.

PKP fasa ketiga akan bermula esok ialah tempoh penting dalam usaha negara menghapuskan wabak COVID-19.

PKP dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 28 April dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.

Ketika ini PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara bagi menguat kuasa PKP.

Sumber - Berita Harian

13 Apr 2020

Covid-19: Laman web MITI tergendala, lebih 100,000 syarikat mohon beroperasi ketika tempoh PKP

Laman web MITI hanya menunjukkan perkataan ralat dan
tidak dapat diakses berikutan menerima kunjungan
yang tinggi daripada pengguna di dalam server.

KUALA LUMPUR: Laman web rasmi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tergendala berikutan 'server' menerima kunjungan yang tinggi daripada perniagaan tertentu yang dibenarkan untuk beroperasi pada fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Percubaan untuk memasuki laman web itu tidak berjaya dan hanya memaparkan mesej ralat dan pautan ke laman web MITI itu gagal dicapai.

Perkara itu disahkan melalui laman Twitter rasmi MITI yang membalas ciapan seorang pengguna Twitter.


“Mohon untuk terus mencuba, server akan disambungkan apabila terdapat slot kosong. Kami memohon maaf atas perkara tersebut. Terima kasih,” kata kementerian berkenaan pada Isnin.

Rata-rata mereka yang cuba mengakses masuk ke dalam laman web MITI meluahkan rasa kecewa kerana terpaksa menunggu lama untuk masuk ke dalam laman web tersebut.


Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju untuk membenarkan sektor ekonomi tambahan untuk beroperasi secara berperingkat dalam tempoh PKP yang dilanjutkan sehingga 28 April ini.

Bagaimanapun, kata beliau, perniagaan yang terpilih sahaja dibenarkan beroperasi di bawah garis panduan keselamatan dan penjagaan kesihatan yang ketat.

12 Apr 2020

Cobid-19 : PKP, Polis akan ambil tindakan lebih tegas - Ismail Sabri

Tindakan yang lebih tegas akan diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada individu yang ingkar penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga dari 15 hingga 28 April ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.


Beliau berkata bagi tempoh lanjutan PKP seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin semalam, PDRM akan lebih tegas dan tidak akan berkompromi dengan individu yang masih ingkar dan degil dengan arahan penguatkuasaan itu.

"Mereka yang ingkar dalam mematuhi PKP kali ini akan ditangkap dan dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Bagi kesalahan pertama, boleh membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


"Kesalahan kedua, boleh membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri–menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya hari ini.

Sumber - Bernama

Covid-19: Hikmah PKP kepada umat Islam ketika berpuasa

Kurang dua minggu lagi sebelum seluruh umat Islam bakal menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan yang sememangnya dinantikan setiap tahun. 

Selain melaksanakan ibadah puasa pada siang hari dan memperbanyakkan amal kebajikan, pasti ramai yang menantikan suasana bersolat sunat terawih di masjid atau surau.


Namun, keadaan tentunya amat berbeza bagi Ramadan tahun ini apabila umat Islam di negara ini berpuasa ketika menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan jangkitan COVID-19. 

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Jumaat lepas bahawa tempoh PKP dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 28 April ini, dan umat Islam dijangka mula berpuasa dalam tempoh berkenaan. 

Susulan itu, pelbagai reaksi orang ramai termasuk warganet yang menyuarakan pendapat berkenaan hikmah dan nikmat menyambut Ramadan ketika PKP dilaksanakan. 

Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus turut berkongsi mengenai PKP yang memberi peluang umat Islam berpuasa dan beribadah dengan lebih bermakna kerana dapat menjauhi perkara maksiat yang mensia-siakan ibadah puasa.

"Kalau puasa lebih baik kita berkurung. Bila puasa semasa tiada PKP kita tubik (keluar) jadi macam-macam perkara pula bila kita bercampur dan lebih terdedah kepada perkara tidak elok, nak jaga pandangan mata dan sebagainya," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi penstriman langsung dalam laman sosial Instagram rasmi masing-masing baru-baru ini. 

Beliau berkata tempoh PKP khususnya dalam bulan Ramadan harus dilihat secara bijaksana dengan sudut pandangan yang penuh kebaikan serta manfaat sewaktu di akhirat. 

"Bila puasa dalam keadaan terhindar daripada situasi yang berpengaruh buruk, inilah nikmat kerana pahala puasa dan amal ibadat kita lebih terjamin berbanding semasa tiada PKP," tambahnya. 

Mengenai amalan solat sunat terawih pada bulan Ramadan semasa PKP pula, beliau berkata ia tidak menjadi masalah kerana boleh dibuat di rumah tanpa ke masjid atau surau. 

"Nabi (Muhammad) SAW juga bersolat terawih seorang di rumah. Kemudian baru berjemaah di masjid, ini perkara biasa tak jadi masalah," katanya yang melihat PKP sebagai hikmah dan peluang bagi yang tidak pernah bersolat terawih sebelum ini berpeluang menunaikannya secara berjemaah di rumah. 

Sementara itu, Ayman Rashdan Wong menerusi Facebooknya berkata hikmah di sebalik PKP ialah dapat menghayati erti Ramadan yang sebenar serta memanfaatkan tempoh itu untuk refleksi diri.

" 'Self -reflection' lebih berkesan jika kita menyendiri. Tiada masa lain yang lebih sesuai untuk amalkan cara hidup sunnah, makan secara minimum, solat on time (di awal waktu), tidur awal bangun awal, membaca al-Quran dan berzikir sementara tunggu azan maghrib.   

"Sesungguhnya, COVID-19 adalah 'reset button’ untuk ingatkan manusia tentang kemanusiaan, dan kembalikan manusia kepada asas fitrah," katanya.

Pengguna Facebook Ariel Hassan berkata bulan Ramadan sepatutnya menginsafkan manusia dan merasai kesusahan orang lain yang kurang mampu. 

"Tapi kita di Malaysia bermewah-mewah sehingga membazir, waktu berbuka beli macam-macam dan makan sampai kekenyangan, solat pun 'gone' (tidak dilakukan). PKP ini besar hikmah, bila duduk rumah makan apa yang ada solat pun terjaga," katanya. 

Maizaton Othman menerusi Facebooknya berkata jika sebelum ini ramai yang sekadar berazam mulia di bulan Ramadan tetapi tidak mampu mengotakannya, namun hikmah PKP adalah peluang melaksanakan azam beribadah secara lebih sempurna. 

"PKP mengajar manusia memanfaatkan bulan Ramadan yang sebenar, lebih-lebih lagi orang muda, bila puasa bebas bergaul, buffet Ramadan, iftar bersama kawan-kawan, sambung pula sahur beramai-ramai di kedai makan, puasa entah ke mana, solat terawih pula jarang sekali," tulis seorang pengguna Facebook dengan nama Hafiz FIZ. 

Sumber : Bernama

11 Apr 2020

Covid-19: Polis terima laporan tentera dibaling objek keras

Polis Diraja Malaysia mengesahkan menerima satu laporan polis berhubung perbuatan segelintir penghuni Selangor Mansion, di Kuala Lumpur yang membaling objek seperti botol, bungkusan sampah serta pasu bunga, terhadap anggota tentera yang bertugas memasang ‘concertina wire’ di kawasan itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata, laporan polis dibuat oleh pengadu kerana anggotanya, memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Beliau bagaimanapun berkata, tiada sebarang laporan polis diterima berkenaan kejadian anggota tentera dibaling dengan air kencing warga asing, seperti yang dilaporan sebuah akhbar tempatan bertajuk ‘Askar pakai helmet, elak air kencing warga asing’.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan, manakala keadaan keselamatan di kawasan terlibat adalah terkawal. Selain itu, pemakaian ‘helmet’ oleh anggota tentera adalah mengikut Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


“Siasatan kes ini dijalankan di bawah Seksyen 511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu cuba mendatangkan cedera kepada penjawat awam dengan membaling botol dan pasu bunga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan berkata, rakaman percakapan pengadu telah dibuat dan siasatan lanjut akan dijalankan pihaknya, manakala tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana penghuni yang didapati terlibat dalam kes yang dilaporkan itu.

“Kami amat mengharapkan kerjasama semua pihak supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, demi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat, boleh menghubungi ‘Hotline’ Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Hari ini, Bernama melaporkan Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang menafikan dakwaan seperti yang tular di media sosial mengatakan, anggota tentera bertugas di bangunan berkenaan memakai topi keledar untuk elak air kencing warga asing.

Sumber : Bernama

9 Apr 2020

Covid-19: Hampir separuh bekerja sendiri hilang kerja, majoriti tak sedia PKP dilanjut

Majoriti responden dalam tinjauan khas kesan Covid-19 yang dibuat Jabatan Perangkaan Malaysia tidak bersedia dari segi kewangan jika perintah kawalan pergerakan (PKP) dilanjutkan selepas 14 April ini.
Tinjauan itu melibatkan 168,182 responden berusia 15 tahun ke atas, dan dibuat secara atas talian pada 23 hingga 31 Mac lalu.

"Majoriti pekerja tidak bersedia jika PKP dilanjutkan, kecuali pekerja di GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan MNC (syarikat multinasional)," menurut laporan itu.

Menurut laporan itu, sebanyak 81.9 peratus responden yang bekerja sendiri dan 71.3 peratus responden majikan berkata tidak bersedia jika PKP dilanjutkan.

Sejumlah 65.1 peratus responden yang bekerja swasta berkata tidak bersedia dengan kemungkinan itu.

Peratusan itu lebih tinggi berbanding responden yang bekerja dengan GLC (45 peratus) dan MNC (36.2 peratus).

Ia boleh dikaitkan dengan persediaan responden dari segi simpanan kewangan bagi menghadapi PKP.

Menurut laporan itu, majoriti iaitu 71.4 peratus responden yang bekerja sendiri berkata mempunyai simpanan untuk sebulan sahaja, diikuti dengan responden bekerja swasta (58 peratus), dan responden majikan (49.2 peratus).

Bagi responden yang bekerja dengan GLC dan MNC pula, hanya 38.9 peratus (GLC) dan 31.2 peratus (MNC) berkata mempunyai simpanan untuk tempoh itu.

'Hampir separuh pekerja sendiri hilang pekerjaan'

Tinjauan itu juga mendapati 46.6 peratus responden yang bekerja sendiri berkata telah hilang pekerjaan, dengan 25.1 peratus (bekerja dari rumah), 13.8 peratus (jumlah jam berkerja dikurangkan) dan 9.2 peratus (cuti tanpa gaji).

Sejumlah 23.8 peratus responden majikan juga berkata mereka berdepan keadaan sama.

Pada masa sama, peratusan hilang pekerjaan bagi kategori lain amat kecil, iaitu pekerja GLC (0.4 peratus), pekerja swasta (1.8 peratus) dan pekerja MNC (0.4 peratus).

Bagaimanapun responden majikan dan pekerja swasta tetap menerima impak, dengan 14.5 peratus dan 13.2 peratus masing-masing berkata perlu bercuti separuh gaji.

Tinjauan berdasarkan industri pula menunjukkan industri yang paling teruk terjejas ialah makanan dan minuman, pertanian dan peladangan, serta perikanan.

Sejumlah 35.4 peratus responden yang bekerja dalam perkhidmatan makanan dan minuman berkata mereka hilang pekerjaan, diikuti dengan 33 peratus pekerja industri perikanan dan 21.1 peratus pekerja pertanian dan perladangan.

Bagaimanapun Jabatan Perangkaan Malaysia berkata laporan tersebut berdasarkan responden yang menyertai tinjauan dan perlu ditafsir secara berhati-hati.

"...Ia bukanlah statistik rasmi. Namun ia boleh digunakan untuk menyokong dalam memberi gambaran tentang situasi semasa," kata laporan itu.

Malaysia menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan sejak 18 Mac lalu. Ia pada mulanya dijadual berakhir pada 31 Mac, tetapi dilanjutkan sehingga 14 April ini.

Dengan penguatkuasaan perintah itu, semua perkhidmatan dan perniagaan tidak penting tidak dibenarkan beroperasi dan warga hanya dibenarkan keluar rumah untuk urusan penting, seperti membeli bekalan makanan.

8 Apr 2020

Covid-19: Pemilik haiwan usah panik, tapi lebih bertanggungjawab

Pemilik haiwan tidak perlu panik apabila mendengar berita mengenai seekor harimau yang dijangkiti Covid-19 di AS, sebaliknya mereka perlu lebih bertanggungjawab atas kebersihan haiwan peliharaan mereka, kata Persatuan Haiwan Malaysia.

Presidennya, Arie Dwi Andika, berkata orang ramai tidak perlu panik kerana setakat ini masih belum ada sebarang kajian mengenai hal itu dan disahkan oleh pihak tertentu.

“Apabila masyarakat panik, yang menjadi mangsa adalah haiwan kerana soal ini masih belum dapat disahkan.

"Dalam negara kita ada jabatan veterinar, mereka tidak mengeluarkan apa-apa pengesahan sebegini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai termasuk pencinta haiwan agar sentiasa menjaga kebersihan dan mencuci tangan termasuk sebelum dan selepas mengendalikan peliharaan masing-masing. 

Pada hantaran di Facebook itu, beliau juga berkongsi info grafik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai penjagaan perlindungan daripada wabak. Antara lainn, gesaan membasuh tangan selepas mengendalikan haiwan atau sisa haiwan.

Kenyataan itu dibuat susulan laporan media antarabangsa mengenai seekor harimau Malaya di Zoo Bronx, New York, disahkan positif Covid-19 kerana terdedah kepada salah seorang kakitangan yang dijangkiti penyakit berkenaan.

Pekerja terbabit dilaporkan tidak menunjukkan gejala semasa menjaga harimau itu.

Arie berkata dia percaya bahawa pemilik haiwan perlu bertanggungjawab terhadap peliharan mereka kerana ia tertakluk kepada Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Terus cuci tangan

“Sebagai pemilik, seseorang itu bukan saja (jaga kebersihan haiwan ketika) Covid-19, tetapi untuk kesihatan umum kerana kita tinggal sebumbung dengan haiwan peliharaan kita.

“Ini demi melindungi kebajikan haiwan dan keluarga pemilik haiwan itu juga, kerana haiwan peliharaan ini adalah sebahagian daripada keluarga mereka,” katanya.

Arie Dwi Andika
Sementara itu, beberapa pemilik haiwan turut menyuarakan kebimbangan mereka meskipun tiada kajian atau pengumuman rasmi mengenai jangkitan wabak koronavirus ke atas binatang peliharaan.

Farhana Fuad dari Petaling Jaya berkata sejak tercetus krisis Covid-19, dia sudah mengambil langkah berjaga-jaga seperti membasuh tangan sebelum dan selepas menyentuh kucingnya.

Menurut Farhana, 30, dia juga akan mencuci tangan selepas keluar membeli barang keperluan atau mengambil pesanan daripada penghantar makanan, sebelum menyentuh kucingnya.

“Jangan bagi kucing dan binatang peliharaan kita keluar dari rumah kalau boleh. Selepas beli barang keperluan contohnya, terus cuci tangan dan rendam baju dalam air sabun.. (langkah) sama juga macam kalau kita ada anak atau ahli keluarga di rumah,” katanya.

Bagi Amalina Jalil dari Shah Alam pula, dia tidak bimbang dengan berita mengenai harimau Malaya tersebut, sebaliknya lebih khuatir jika ada orang mengambil langkah drastik dengan membuang haiwan peliharaan mereka.

Tak dapat buat apa-apa

Bagi Amalina, dia percaya kebanyakan pemilik haiwan peliharaan mang menitik beratkan soal kebersihan.

“Haiwan peliharaan kalau dijangkiti Covid-19 (seperti di New York), ia disebabkan manusia. Jadi minta tuan (pemilik) yang kena jaga kontak dengan orang lain.

“Kalau binatang tu kena pun, sebab manuisa. Jadi kita sebagai manusia yang tahu mengenai wabak ni dan tahu cara untuk mengelakkannya, kitalah yang kena berjaga-jaga.

“Jangan paranoid tak tentu pasal. Kita kena ikut arahan pihak berkuasa. Kalau kerajaan suruh duduk rumah, kita duduk rumahlah,” kata gadis berusia 31 tahun itu.

Pada masa sama, dia turut senada dengan Farhana yang berasakan dalam keadaan sekarang, pemilik haiwan peliharaan perlu lebih kerap membersihkan rumah mereka.
Normazura Mohd Tahir dari Shah Alam berkata, dia agak bimbang dengan kes yang berlaku ke atas harimau bernama Nadia itu, terutama kerana usianya kini 59 tahun dan lebih berisiko kepada bahaya jangkitan.

“Walaupun kes terpencil, ia agak membimbangkan saya kerana virus ini masih baru dan kita tak tahu apa lagi yang boleh ia lakukan.

“Lagipun, kucing adalah makhluk yang tidak dapat berbuat apa-apa jika sakit. Kalau manusia boleh ambil langkah berjaga-jaga sendiri.

“Jadi sebagai manusia, kita perlu lebih mengawal aktiviti kucing peliharaan dan peka dengan soal kesihatan mereka,” katanya.

7 Apr 2020

Covid-19: "Teruskan penjarakan sosial enam bulan lagi lepas PKP"

Rakyat Malaysia mesti terus mengamalkan penjarakan sosial selama sekurang-kurangnya enam bulan selepas tamatnya tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi memastikan pandemik Covid-19 benar-benar dapat dihapuskan.

Perkara itu dibangkitkan penasihat khas kepada perdana menteri mengenai kesihatan awam, Dr Jemilah Mahmood dalam perbincangan yang dikedalikan Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, disiarkan secara langsung di Facebook tengah hari tadi.

Dr Jemilah Mahmood

Khairy bertanyakan soalan sama ada keadaan akan kembali normal seperti sebelum PKP dikuatkuasakan, atau akan wujud keadaan “normal baru” di kalangan masyarakat.

Ulas Jamilah, penting buat rakyat Malaysia mengamalkan penjarakan sosial antara enam ke sembilan bulan selepas PKP, memandangkan masih ada risiko dijangkitit Covid-19 dalam sela waktu itu.

“Kita sentiasa takut bahawa pandemik akan berlaku. Kita tahu ia akan berlaku, bukan soal ‘kalau’, tetapi soal ‘bila’ (akan berlaku). Persediaan masyarakat adalah penting.

“Pandemik ini menggugah seluruh sistem budaya dan sikap kita.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita mahu bersalaman dan melawat kawan-kawan. Selepas tamat PKP nanti, kita tak boleh kembali kepada keadaan lama kita.

“Kita perlu lakukan penjarakan fizikal untuk sekurang-kurangkan enam ke sembilan bulan (selepas musim PKP). Kita kena kurangkan tabiat suka keluar, kerana kita perlu masa untuk virus itu benar-benar hilang,” katanya.

Jemilah yakin Malaysia akan dapat mengharungi kedua-dua fasa, baik fasa PKP, mahupun fasa selepas PKP.

Dia turut menggesa rakyat Malaysia untuk bermuhasabah diri tentang kelestarian alam sekitar memandangkan gangguan terhadap ekosistem semulajadi boleh menyebabkan timbulnya penyakit-penyakit baru.

“Kita perlu fikir tentang apa yang boleh kita lakukan untuk menyumbang kepada isu kelestarian (alam), kita perlu lindungi alam sekitar.

“Sebarang gangguan terhadap alam sekitar boleh menyebabkan timbulnya virus dan penyakit baru (yang sebelum ini tidak diketahui),” tambahnya.

Meskipun dengan kesan negatif yang dibawa oleh pandemik Covid-19 di Malaysia, kata Jamilah, ia telah membuka jalan buat semua rakyat untuk saling menjaga keperluan orang lain dan tidak bersikap individualistik.

“Kita ada dua pilihan - sama ada kita menjadi lebih terpisah, nasionalistik, dan terasing di antara kita, atau kita menjadi lebih memahami, saling berhubung dan lebih bersatu padu sesama kita.

“Yang kemudian itu lebih penting, dan inilah masanya untuk kita fikir kembali, sebagai satu bangsa, tentang kebaikan buat keseluruhan masyarakat dan tidak menjadi ahli masyarakat yang individualisitik,” tambahnya lagi.

Berkongsi sentimen yang sama, ahli panel kedua, Dr Amer Siddiq Amer Nordin yang merupakan pakar psikiatiri dari Universiti Malaya berkata, selepas PKP nanti, rakyat Malaysia perlu bersiap sedia untuk mengamalkan penjarakan sosial bukan setakat enam bulan, malah mungkin sehingga setahun lamanya.

Katanya, bergerak ke hadapan, kerajaan sedang mempersiapkan rakyat Malaysia untuk berdepan kemungkinan sebegitu, memandangkan di sebalik tahap pematuhan PKP yang tinggi kini, masih terdapat sebilangan kecil rakyat yang melanggar perintah berkenaan.

Tambahnya, rakyat Malaysia boleh mencontohi Taiwan, yang disebabkan pengalaman lampaunya berdepan epidemik Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS) pada 2003, rakyat negeri itu dengan segera mengamalkan penjarakan sosial sebaik terjadinya jangkitan Covid-19 di kalangan warganya.

10 Catatan Paling Popular

Kategori

Covid-19 (33) Tun M (18) 1MDB (15) Najib (15) PKP (15) Tan Sri Muhyiddin Yassin (11) Datuk Seri Ismail Yaakob (7) PDRM (7) PH (7) Perdana Menteri (7) Anwar Ibrahim (6) Polis (6) UMNO (6) Ekonomi (5) Kerajaan (5) Rosmah (5) SPRM (5) Bantuan Kerajaan (4) Corona Virus (4) PPBM (4) Perintah Kawalan (4) Zahid (4) kesihatan (4) Equanimity (3) Ismail Sabri Yaakob (3) Jho Low (3) Ketua Polis (3) Lim Guan Eng (3) Majistret (3) PAS (3) PKPB (3) PKPD (3) PKR (3) Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) (3) Tommy Thomas (3) ATM (2) Astro Awani (2) BN (2) Bazar Ramadhan (2) Bomba (2) CPRC (2) Corona (2) DAP (2) DUN Sungai Kandis (2) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (2) DiJamin (2) GST (2) Global (2) Hal Rakyat (2) Hilang Pekerjaan (2) Jabatan Perangkaan Malaysia (2) Jokowi (2) KWSP (2) Ku Li (2) Kuala Lumpur (2) MEIO (2) Mahkamah (2) Mahkamah Kuala Lumpur (2) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (2) Majikan (2) Malaysia (2) Menang (2) Menteri (2) Menteri Kanan (2) Muhammad Adib (2) PARTI BERSATU (2) Pakatan Harapan (2) Peguambela (2) Pemulihan (2) Penganalisa Ekonomi (2) Pengangguran (2) Penjana (2) Perintah Kawalan Pergerakan (2) Presiden (2) SRC International Sdn Bhd (2) SST (2) Tentera (2) Virus (2) iLestari (2) kematian (2) penjara (2) zon merah (2) AMCHAM (1) ARMADA (1) Abdul Hamid Bador (1) Ahmad Zahid (1) Akaun 2 (1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (1) Alibaba (1) Ambil Alih Kuasa (1) Amerika Syarikat (1) Angkatan Tentera Malaysia (1) Awang Azman Awang Pawi (1) Azmin Ali (1) B40 (1) BKKM (1) BN Kalah (1) BNM (1) BR1M (1) Badrulhisham (1) Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (1) Bahasa Melayu (1) Barang Kemas (1) Batal (1) Bazar (1) Belanjawan 2019 (1) Cameron Highlands (1) China (1) DUN (1) Daniel Wilkinson (1) Dasar Pendidikan Kebangsaan (1) Datuk Abdul Halim Mansor (1) Datuk Abdul Rahim Bakri (1) Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (1) Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (1) Datuk Hajiji Noor (1) Datuk Mohamad Ariff Md Yusof (1) Datuk Seri Anifah Aman (1) Datuk Seri M Saravanan (1) Datuk Seri Mohamad Hasan (1) Datuk Shamsuddin Bardan (1) Datuk Syed Zaid Albar (1) Debat Umno (1) Dewan Rakyat (1) Dibekukan (1) DoJ (1) Dr Jemilah Mahmood (1) Dunia (1) FRU (1) George Varughese (1) Goh Ching Yin (1) Gopal (1) Hal Ehwal Agama (1) Hari Pekerja (1) Hasanah (1) Hassan Marican (1) Hishammuddin (1) Hong Kong (1) ICU (1) IMF (1) Imej (1) Indonesia (1) Islam (1) Jabatan Imigresen Malaysia (1) Jack Ma (1) Jamal Jamban (1) Jen Tan Sri Affendi Buang (1) John Ashcroft (1) KJ (1) KKM (1) KPDNHEP (1) KPDNK (1) KWAP (1) Kabinet Malaysia Baru 2018 (1) Kalah (1) Kampung Dato' Ibrahim Majid (1) Kawasan Panas (1) Kecoh (1) Kegawatan (1) Keliru (1) Kemelesetan (1) Kementerian Kewangan Malaysia (1) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (1) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (1) Kementerian Sumber Manusia (1) Kemiskinan (1) Kerjasama (1) Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (1) Ketua Hakim Negara (1) Ketua UMNO (1) Khairy (1) Khairy Jamaluddin (1) Khazanah Nasional Malaysia (1) Kimanis (1) Kingdom of God (1) Koroner (1) Kota Damansara (1) Kristian (1) Kuasa Diri (1) Kuil (1) Kuil Sri Maha Mariamman (1) LGE (1) Laketown Resort (1) Liberal (1) MB Terengganu (1) MITI (1) MKN (1) MOF (1) MSC (1) MTUC (1) Macau (1) Majlis Keselamatan Negara (1) Manifesto (1) Mansuh (1) Masjid Jamek Sri Petaling (1) Maszlee Malik (1) Mazlan Lazim (1) Melayu (1) Menteri Hal Ehwal Ekonomi (1) Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) (1) Methodist Church (1) Mohd Soffi Abd Razak (1) Muafakat Nasional (1) Mukhriz (1) Mustapa Mohamed. (1) Mustapha Yaakub (1) Naratif Malaysia (1) Othman Mahmood (1) PKPP (1) PM (1) PN (1) PRK (1) PRU (1) PRU-14 (1) PRU14 (1) Paling Teruk (1) Panglima (1) Panik (1) Patuhi (1) Pelabuhan Klang (1) Pembangkang (1) Pendakwaraya (1) Penjara Sungai Buloh (1) Penjawat Awam (1) Penyokong UMNO (1) Peraturan Mesyuarat 4 (1) (1) Perintah Kawaln Pergerakan (1) Perkeso (1) Perubahan (1) Perutusan (1) Phuket (1) Piagam (1) Plaza Tol Duta (1) Presiden Kesatuan Oxford (1) Punca (1) Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (1) Rais Yatim (1) Rampasan (1) Richard Malanjum (1) Rofiah (1) Rumah Terbuka AidilFitri (1) SC (1) SOP (1) SPR (1) Shad Saleem Faruqi (1) Shanghai (1) Sholat (1) Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) (1) Sinar Harian (1) Soffian (1) South China Morning Post (1) Subromaniam (1) Sukhdave Singh (1) Sulaiman (1) Sulit (1) Surat CIA (1) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (1) Syed Hamid (1) TPM (1) Taiwan (1) Tan Sri Abdul Hamid Bador (1) Tan Sri Annuar Musa (1) Tangkap (1) Teknologi (1) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (1) Timbalan Menteri (1) Timbalan Pengerusi SPR (1) Tok Mat (1) Topeng Muka (1) Tutup (1) Undi Tidak Percaya (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Veteran (1) YAB (1) Yang Di Pertua Dewan Rakyat (1) Yayasan Keluarga (1) Zawawi Ahmad Mughni (1) apartments (1) arak (1) awan (1) balik kampung (1) bantuan (1) belanjawan (1) beras (1) black area (1) bubar (1) bujur (1) bulat (1) buruh (1) cukai 2018 (1) dibenarkan (1) disorok (1) eBazar (1) eksport (1) empangan (1) forum (1) gaji pekerja (1) geiser (1) haiwan peliharaan (1) harimau (1) import (1) industri (1) industri kecil dan sederhana (IKS) (1) inkues (1) jangkitan (1) jurang (1) kastam (1) kemelselatan ekonomi (1) kewangan (1) kolam (1) kos guaman (1) kucing (1) kuman (1) mabuk (1) makanan (1) masayarakat (1) meow (1) moratorium (1) mysejahtera (1) pak belang (1) pasar borong KL (1) pecah amanah (1) peguam (1) pejabat buruh (1) pelangi (1) penyakit kronik (1) peribahasa (1) potong gaji (1) premis (1) ramdhan (1) rentas neger (1) sahabat (1) sosial (1) sukarelawan (1) tabligh (1) tak nak PH (1) tampung (1) tasik (1) task force (1) tindakan (1) tower regency hotel (1) tumbang (1) upah gaji (1) veterinar (1) wabak (1)

Arkib Post