Kira-kira 140 pekerja Tower Regency Hotel & Apartments di Ipoh akan kehilangan pekerjaan mereka susulan penutupan operasinya pada 30 April.
Memo dalaman berhubung penutupan hotel itu mula tersebar di media sosial dan dikongsi oleh bekas perdana menteri Najib Razak dalam satu hantaran di Facebook.
Seorang pengurus hotel, yang tidak mahu namanya didedahkan memberitahu bahawa dia terkejut dengan penjelasan yang diberikan dalam memo itu kerana para pekerja tidak pernah diberi taklimat mengenai masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikat itu.
"Memang benar bahawa wabak Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) adalah antara sebab-sebab (di sebalik masalah kewangan) tetapi selama ini syarikat tidak pernah memberitahu kami bahawa ia mengalami kerugian.
"Tidak ada notis untuk memaklumkan kepada pekerja bahawa syarikat sedang bergelut. Sekarang semua pekerja, kira-kira 140 daripada kami akan diberhentikan," kata pengurus itu.
Beliau menambah bahawa pekerja diberitahu oleh pihak hotel mengenai keputusan untuk menutup operasinya menerusi WhatsApp.
Para pekerja dijangka kembali bekerja selepas PKP berakhir pada 14 April.