KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kemungkinan besar akan diteruskan sehingga Jun, ini jika sikap rakyat yang masih berdegil sehingga menyebabkan kes jangkitan COVID-19 bertambah.
Anggota polis dan tentera melakukan kawalan di sekitar jalan masuk menuju ke Masjid India selepas kawasan di sekitarnya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akibat COVID-19 |
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, jika kes jangkitan COVID-19 bertambah, besar kemungkinan PKP diteruskan hingga melepasi Jun.
“Sehubungan itu, hari ini saya sekali lagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tak lupa bahawa PKP tidak akan dilonggarkan.
“Tindakan tangkapan akan dipergiatkan lagi kepada mereka yang melanggar arahan PKP,” katanya ketika dihubungi hari ini.
PKP fasa ketiga akan bermula esok ialah tempoh penting dalam usaha negara menghapuskan wabak COVID-19.
PKP dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 28 April dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.
Ketika ini PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara bagi menguat kuasa PKP.
Sumber - Berita Harian
Sumber - Berita Harian