KUALA LUMPUR – Bekas menteri dan ahli politik veteran UMNO, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar hari ini [29/06/2018] mengumumkan keluar dari parti itu selepas sebahagian besar hidupnya dihabiskan untuk demi parti itu sebelum ini.
Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata Umno bukan lagi parti yang pernah dikenalinya suatu ketika dulu.
Kini kata Syed Hamid, Umno ialah pertubuhan yang bersifat mementingkan diri sendiri dan hanya mengutamakan kelangsungan sendiri berbanding mengambil berat hal rakyat.
"Tidak pernah terlintas dalam kepala satu hari saya akan meninggalkan UMNO tetapi melihat apa yang ada pada hari ini, masalah yang sengaja diadakan, saya tidak mampu berpura-pura kononnya keadaan adalah terkawal.
"Kepemimpinan UMNO sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah memusnahkan imej, reputasi dan nama baik parti apabila membenarkan amalan salah guna kuasa serta rasuah," katanya.
Syed Hamid berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional dari 1990 hingga 2013, menjadi anggota Majlis Tertinggi UMNO selain pernah menjadi menteri di bawah tiga perdana menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
KUALA LUMPUR : Semalam satu lagi peristiwa terlakar dalam sejarah, dimana satu program Astro Awani, Debat Presiden UMNO 2018, berlangsung debat antara tiga orang calon utama Pengerusi UMNO iaitu Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah), KJ (Saudara Khairy Jamaluddin) dan Zahid (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid).
Calon-calon Utama Pengerusi UMNO iaitu Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah), KJ (Saudara Khairy Jamaluddin) dan Zahid (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid).
Dua calon iaitu Ku Li dan KJ berada di studio Astro Awani manakala Zahid berlintas langsung dari Bagan Datuk.
Pelbagai isu debat berkaitan dengan soal pemilihan parti itu termasuk membincangkan hal ehwal negara.
Pada sesi tersebut Zahid mengulangi pendirian tidak meninggalkan mana-mana calon Presiden jika beliau dipilih sebagai Presiden parti, bersama-sama memberi nafas baharu kepada UMNO dan beliau juga berjanji melaksanakan manifesto masa depan UMNO yang cemerlang.
Dalam pada itu, Ku Li pula mahu pemimpin UMNO mengubah sikap sombong dan elit. Sikap ini yang menyebabkan rakyat marah kepada parti itu sehingga menjadi punca kekalahan parti itu pada pilihan raya umum yang lalu.
Sementara itu, KJ pula menegaskan bahawa beliau juga tidak akan meninggalkan UMNO walaupun tidak dipilih pada pemilihan kali ini. Beliau berpendirian tetap dan akan teruskan taat setianya pada parti itu. Seiring dengan itu juga, KJ akan bantu Presiden baharu bersama-sama bina semula UMNO.
JAKARTA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.
Tegasnya, salah laku Najib melibatkan penyelewengan wang dan kuasa termasuk menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah merosakkan sistem negara.
“Ada yang bertanya kenapa begitu lama tiada tindakan yang diambil terhadap Najib tetapi beri layanan sebagai mantan Perdana Menteri kepada Najib.
“Saya fikir tidak lama lagi (Najib) akan didakwa di mahkamah. Untuk membawa kes ini kita perlu bukti yang cukup supaya tidak kalah dalam perbicaraan di mahkamah,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 300 rakyat Malaysia yang menetap di Jakarta di Kedutaan Besar Malaysia di sini dalam Sesi Khas Bersama Perdana Menteri.
Beliau pada masa sama menegaskan bahawa tidak akan teragak-agak mengambil tindakan menyingkirkan mana-mana pemimpin yang terlibat dalam amalan rasuah dan penyelewengan kuasa.
Menurut beIiau, selagi terdapat pemimpin yang tidak amanah, kerajaan tidak akan mampu memulihkan kerosakan yang berlaku dalam negara.
“Sistem pentadbiran negara sedia ada berada di landasan namun masih terdapat ruang yang harus diperbetulkan,” katanya.
Dr. Mahahir berada di sini bagi mengadakan lawatan rasmi selama dua hari selepas memegang jawatan Perdana Menteri buat kali kedua pada 10 Mei lalu.
Ketibaan beliau ke sini yang diiringi isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali sebelum itu disambut oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo dan isteri, Iriana Widodo di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma. Sumber : Astro Awani
Berikut kenyataan yang diberikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Dato' Sri Amar Singh Ishar Singh, di sediang media di Menara KPJ tingkat 36 berkaitan perkembangan pengiraan barang rampasan berkait kes berkaitan Najib Razak.
Jumlah pelbagai wang tunai daripada 35 beg berjumlah RM116.7 juta. Ia terbahagi kepada 26 jenis matawang dan mengambil masa 3 hari untuk mengira wang tersebut. 22 pegawai BNM terlibat dan 6 mesin pengira wang telah digunakan.
Daripada 72 beg, 25 beg berisi barang kemas seperti cincin berlian, anting-anting, gelang dan sebagainya. Jumlah terkumpul adalah sebanyak 12 ribu barang kemas. Pengiraan mengambil masa 16 hari. Pakar Harga hanya mengira harga barang kos sahaja seperti contoh, batu permata, kos tenaga dikecualikan, RM440 juta bagi kos material sahaja. Maklumat harga sebenar menyatakan 50% hingga 100% lebih, jika ia mengikut harga pasaran sekarang sebanyak RM660 juta atau RM880 juta harga pasaran barang-barang tersebut.
Seterusnya, 12 ribu barang lagi, 1,400 utas rantai, 2,200 bentuk cincin, 2,100 relung gelang, 2,800 bentuk subang , 1,600 unit brouch, 14 unit singgul (tiara) .
Barang paling berharga adalah, rantai emas kosnya RM6.4 juta. Ini hanya barang kos sahaja.
Bagi barangan seperti beg tangan, 567 beg tangan, jumlahnya RM51.3 juta terdiri daripada 37 jenama. Ada beg berharga 1.67 juta.
Jam tangan sebanyak 423 utas jam tangan bernilai RM78 juta ringgit dan mempuyai 100 jenis jenama.
Cermin mata (Sun Glasses) dimiliki sebanyak 234 cermin mata yang berharga RM374 ribu.
Jumlah keseluruhan semua barang adalah RM900 juta sehingga RM1.1 billion.
PUTRAJAYA : Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said selesai memberi keterangan kira-kira lima jam bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau yang tiba di SPRM kira-kira 9.30 pagi tadi dan ditemani menantu lelaki Syahirpaul Musa, menawarkan diri untuk memberi keterangan bermula 11 pagi ini.
Ahmad berkata beliau memberi keterangan secara sukarela memandangkan sebelum ini menawarkan diri untuk memperjelaskan beberapa perkara berkaitan Badan Kuasa Pelaburan Terengganu (TIA).
“Saya memperjelaskan semua perkara ditanya kepada saya iaitu dokumen 17 muka surat yang dikemukakan kepada saya.
“Saya mengesahkan tetapi tidak boleh berkongsi mengenai dokumen kerana ia akan mengganggu siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan ibu pejabat SPRM selepas memberi keterangan tersebut, hari ini.
Ahmad berkata beliau juga bersedia memberi semula keterangan sekiranya diperlukan.
KUALA LUMPUR : Datuk K Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent, peguam kepada Datin Seri Rosmah Mansor, menyatakan anak guamnya langsung tidak terlibat dalam operasi syarikat pelaburan dana negara iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti dilaporkan Wall Street Journal (WSJ).
Laporan WSJ yang memetik sumber mendakwa isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu adalah individu utama dalam dakwaan penyelewengan 1MDB.
“Kami ingin mengulangi bahawa anak guam kami (Rosmah) tidak mempunyai kaitan atau peranan secara langsung dan tidak langsung dengan operasi harian syarikat berkenaan, lebih-lebih lagi pengurusan kewangan atau mereka yang dilantik untuk mengawasi firma guaman itu.
“Sebagai isteri kepada perdana menteri ketika itu, Rosmah tidak terbabit dengan keputusan dibuat Najib,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata, Rosmah menjauhkan diri daripada perkara dikendalikan Najib dan tidak pernah mempengaruhi beliau dalam apa juga keputusan dibuat pihak eksekutif.
“Oleh itu, mengaitkan Rosmah secara terus dengan 1MDB serta menimbulkan tuduhan terhadapnya, kami bimbang itu adalah usaha bagi mempengaruhi hasil siasatan yang sedang dijalankan dan paling teruk, untuk merosakkan imej beliau.
“Rosmah akan terus memberi kerjasama dengan pihak berkuasa berhubung perkara ini,” katanya.
Kata kenyataan itu lagi, Rosmah akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa yang menyiasat isu tersebut.
Jack Ma boleh dilihat hari ini sebagai berwawasan e-dagang, tetapi ahli perniagaan jutawan itu telah mendedahkan bahawa beliau mula-mula mendapat inspirasi untuk membina empayarnya oleh impian ikon Asia yang lain iaitu Perdana Menteri Malaysia.
Pengasas Alibaba memberitahu pemberita pada hari Isnin bagaimana perancangan Perdana Menteri Mahathir Mohamad untuk menjadikan ibu negara Malaysia menjadi sebuah pusat perniagaan berteknologi tinggi telah mendorongnya untuk melancarkan perniagaan digital yang bertujuan merevolusikan pemandangan teknologi China.
Ma berkata idea itu telah membayangkannya 20 tahun yang lalu apabila dia membaca dalam akhbar mengenai "Koridor Super Multimedia" atau MSC - sebahagian daripada agenda untuk memodenkan negara.
"Saya mendapat inspirasi daripada MSC," kata Ma dalam lawatan ke Putrajaya, sebuah bandar di luar ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
"Saya memulakan perniagaan saya pada tahun 1995. Saya memulakan dengan "Pages China" - syarikat internet pertama di China - dan saya tertanya-tanya ke mana hendak pergi," kata Ma. "Saya bertanya-tanya bagaimana internet atau teknologi digital seperti ini, dapat membudayakan masyarakat, berfungsi menggerakkan rakyat?."
"Kemudian, satu hari saya sedang membaca akhbar itu, dan melihat Multimedia Super Corridor ini dan saya berkata 'Wow! Ini adalah satu idea yang genius. Bagaimana perkara ini boleh berlaku?" Katanya lagi.
"Pada hari saya membaca berita ini di China pada tahun 1997, saya berkata: Jika Malaysia boleh, kenapa China tidak dapat memilikinya? Sekiranya perkara seperti ini boleh berlaku, mengapa saya tidak boleh memulakan untuk diri saya sendiri di apartmen saya?"
"Oleh itu, Malaysia memberi inspirasi kepada saya pada Alibaba dan pagi ini saya mengucapkan terima kasih Tun Mahathir untuk inspirasi yang besar untuk MSC."
Mahathir yang berusia kini 92 tahun adalah 72 tahun pada masa itu, apabila strategi teknologi yang diinspirasikan, baru muncul e-dagang titan Ma dimana semasa beliau berumur 33 tahun itu.
Di bawah dua tahun, Ma melancarkan Alibaba dengan satu pasukan dari tiga pengasas bersama lain. Hari ini, syarikat itu adalah salah satu daripada peruncit dalam talian terbesar di dunia.
Strategi Mahathir pertama kali diumumkan pada tahun 1996, Ma adalah pemimpin berteknologi pertama China yang melawat negara ini sejak Mahathir telah dipilih semula dalam pilihanraya mercu tanda pada bulan Mei. Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, Bernama, mengumumkan lawatannya pada Twitter.
Ma berkata beliau merancang untuk terus melihat kepada ahli politik untuk inspirasi teknologi.
"Saya tahu sedikit tentang teknologi, jadi apabila saya bercakap dengan dia, saya rasa saya perlu kembali untuk membaca lebih banyak buku," Ma bergurau.
Ma dan Mahathir bukanlah satu-satunya yang menonjolkan peranan membaca dalam kejayaan mereka. Bill Gates, Warren Buffett dan Arianna Huffington adalah penyokong kuat nilai buku. Gates, untuk satu, tahun ini memberi hadiah kepada salah satu kegemarannya kepada graduan kolej Amerika Syarikat.