KUALA LUMPUR – Bekas menteri dan ahli politik veteran UMNO, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar hari ini [29/06/2018] mengumumkan keluar dari parti itu selepas sebahagian besar hidupnya dihabiskan untuk demi parti itu sebelum ini.
Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata Umno bukan lagi parti yang pernah dikenalinya suatu ketika dulu.
Kini kata Syed Hamid, Umno ialah pertubuhan yang bersifat mementingkan diri sendiri dan hanya mengutamakan kelangsungan sendiri berbanding mengambil berat hal rakyat.
"Tidak pernah terlintas dalam kepala satu hari saya akan meninggalkan UMNO tetapi melihat apa yang ada pada hari ini, masalah yang sengaja diadakan, saya tidak mampu berpura-pura kononnya keadaan adalah terkawal.
"Kepemimpinan UMNO sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah memusnahkan imej, reputasi dan nama baik parti apabila membenarkan amalan salah guna kuasa serta rasuah," katanya.
Syed Hamid berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional dari 1990 hingga 2013, menjadi anggota Majlis Tertinggi UMNO selain pernah menjadi menteri di bawah tiga perdana menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sumber Laporan : Internet.
Nigna@2018