30 Jul 2018

Tun M pengerusi baharu Khazanah Nasional

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd yang baharu, berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada Isnin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Tan Sri Mohd Hassan Marican, Dr Sukhdave Singh dan Goh Ching Yin pula dilantik sebagai pengarah syarikat dana pelaburan strategik negara itu, yang juga berkuat kuasa serta-merta.

Pelantikan Pengarah Urusan Khazanah akan diumumkan kemudian, menurut kenyataan tersebut.

Sembilan anggota lembaga pengarah Khazanah, termasuk Pengarah Urusan Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Tan Md Nor Md Yusof, meletakkan jawatan untuk membolehkan kerajaan baharu memutuskan kepimpinan baharu syarikat itu.

Sumber : Bernama

26 Jul 2018

Najib : Surat ini (CIA) dibuat oleh perisik

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata beliau langsung tidak tahu mengenai tindakan seorang pegawai kerajaan yang dikatakan menghantar surat kepada Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA).


Bekas perdana menteri itu berkata, jika ia melibatkan komunikasi antara satu agensi perisikan dengan yang lain, ia lazimnya tidak didedahkan kepada umum.

"Surat ini dibuat oleh perisik. Bukan dasar kita untuk dedahkan surat-surat macam ini. 

"Ini adalah antara satu agensi dengan agensi lain," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini, laporan polis dibuat terhadap bekas ketua pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Hasanah Abd Hamid yang dilaporkan menulis surat kepada CIA untuk meminta bantuan sokongan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Mei lalu.

Tindakan itu dianggap Persatuan Patriots Kebangsaan (Patriots) sebagai mampu menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.
Surat tiga halaman bertarikh 4 Mei itu dikatakan ditandatangani Hasanah dan diutuskan kepada Gina Haspel selaku Pengarah CIA (Lantikan) ketika itu, lima hari sebelum PRU14.

Menerusi surat terbabit, Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) yang beroperasi di sebalik Bahagian Penyelidikan JPM meminta Amerika terus menyokong pentadbiran Najib jika Barisan Nasional menang mudah atau hanya meraih majoriti satu kerusi dalam PRU-14. 

Sementara itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggesa supaya satu siasatan teliti dilakukan kerana ia melibatkan hal kedaulatan negara.

"Ini menimbulkan banyak persoalan. Bagaimana surat ini boleh dikeluarkan atas arahan? Dan bolehkah pegawai tulis surat tanpa arahan orang atas?


"Ia isu yang patut disiasat dengan teliti kerana melibatkan kedaulatan negara. Sebab itu saya harap siasatan menyeluruh dilakukan," katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Sumber Laporan : Astro Awani
Nigna@2018

21 Jul 2018

Keliru antara GST dan SST

MAJORITI responden pelayar maya tidak memahami perbezaan antara Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).


Keputusan itu diperoleh hasil tinjauan pendapat dalam talian di Twitter akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) iaitu BH dan Harian Metro (HM) serta Facebook Harian Metro selama 24 jam.

Tinjauan bertajuk "Adakah Anda Faham Perbezaan SST dan GST" dengan pilihan jawapan ya atau tidak.

Undian itu mula dibuka sejak 9.17 pagi di Twitter @bharianmy, dan 10.46 pagi (@hmetromy) semalam.

Menerusi Twitter @bharianmy, seramai 385 orang atau 46 peratus daripada 836 responden menyatakan mereka faham perbezaan GST dan SST, manakala 451 lagi tidak faham.

Di Twitter @hmetromy pula, seramai 954 responden menyertai tinjauan pendapat berkenaan dengan 36 peratus atau 343 orang faham perbezaan kedua-dua cukai, dan 611 lagi menyatakan tidak faham.

Dalam pada itu, di Facebook Harian Metro pula menerima undian daripada 7,700 orang pengguna.

Seramai 3,388 orang responden atau 44 peratus faham perbezaan antara SST dan GST, sementara 56 peratus lagi (4,312) masih tidak memahaminya. Tinjauan ini turut menerima 157 komen daripada pengguna Facebook.

Seorang daripadanya, Norain Mujib menyatakan pihak berwajib perlu memantau kenaikan harga barang biarpun GST sifar dikenakan.



"Saya perasan satu sahaja masa mula-mula GST sifar, harga barang punyalah murah tapi sejak kebelakangan ni, syarikat sewenang-wenangnya naikkan harga barang sampai mencecah RM3 daripada harga asal. Tiadakah yang hendak tolong pantau? Hari itu kata ada orang nak pantau," katanya.

Menurut Fa Ka pula, pihak berwajib termasuk Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNK) perlu memberikan penjelasan tuntas mengenai kedua-dua sistem cukai itu.

"Terdapat banyak contoh pengiraan GST & SST di laman sosial membuatkan segelintir masyarakat keliru. Harap pihak seperti MOF atau KPDNK sendiri dapat beri penerangan yang lebih jelas bagaimana perbezaan cukai ini dilaksanakan dari pihak pengilang atau pengeluar hingga ke pengguna akhir. Terima kasih," katanya.

Semalan, Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Subromaniam Tholasy memaklumkan, majoriti barangan akan dikenakan sifar cukai di bawah sistem SST yang akan diperkenalkan kerajaan mulai 1 September depan.

Sumber Laporan : My Metro
Nigna 2018

16 Jul 2018

Wakil Pembangkang mahu Dewan Rakyat tangguh perlantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pembangkang, termasuk dari PAS, telah meminta Dewan Rakyat digantung selama 14 hari, dan mendakwa kerajaan Pakatan Harapan gagal melantik Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam tempoh masa yang ditetapkan.


Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata di bawah Peraturan Mesyuarat 4 (1), adalah diwajibkan Yang Dipertua Dewan Rakyat dilantik 14 hari sebelum prosiding Dewan Rakyat bermula. Sepatutnya telah dipilih pada 2 Julai 2018. Ahli Parlimen pembangkang telah keluar dari Dewan Rakyat pagi ini memprotes dan tidak berpuas hati terhadap pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu. Pelantikan beliau disahkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah kerana hanya satu nama yang diterima untuk perlantikan jawatan tersebut. 

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata perintah tetap 14 hari itu tidak diikuti. "Kami menentang cara perlantikan itu. Peraturan Dewan Rakyat tidak dipatuhi, "katanya pada sidang akhbar di sini. Sementara itu Azalina Othman Said (UMNO), berkata mereka perlu melihat surat pelantikan itu untuk melihat jika ia telah diubah tarikh perlantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat . 

Wee Ka Siong (MCA) berkata jika kriteria itu tidak diikuti, itu bermakna kerajaan tidak mengikuti arahan."Kami tidak menentang Yang Dipertua Dewan Rakyat kerana kedudukan Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah penting, tetapi peraturan perlu diikuti," katanya.

Annuar Musa (UMNO) berkata bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia memberitahunya bahawa dia telah memeriksa dengan kakitangan Parlimen selepas 2 Julai dan diberitahu bahawa tiada nama telah dihantar. "Kita tidak boleh ubah peraturan. Jika timbul masalah, kita perlu tangguhkan dan mencadangkan kembali penamaan Yang Dipertua Dewan Rakyat, baru kami boleh terus duduk semula."

Walau bagaimanapun, Anthony Loke (DAP) menolak dakwaan bahawa senarai nama Yang Dipertua Dewan Rakyat telah diserahkan dalam masa yang ditetapkan."Setiausaha Dewan Rakyat menerima nama pada 2 Julai," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat.

Pencalonan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, dicadangkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (PPBM-Langkawi) dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Pandan). Ketika berlaku kekecohan, Dr Mahathir tidak menghiraukan protes pembangkang dan terus membaca usul pelantikan Mohamad Ariff sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, 69, dari Sungai Petani, Kedah, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari University of London (London School of Economics) dan memulakan karier pada 1974 sebagai pensyarah undang-undang sebelum diiktiraf sebagai profesor madya di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya. Dari 1993 hingga 1995, Mohamad Ariff bercuti daripada pengamalan undang-undang untuk menyertai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang baru ditubuhkan ketika itu, sebagai pengarah pertama Jabatan Penyeliaan Pasaran.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan Rakyat sebagai tanda protes terhadap pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, hanya sekadar sandiwara.


"Itu sandiwara. Apabila bekas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) keluar, maka sekarang dia tahu mengapa orang (pembangkang dahulu) keluar."Kerana sebelum ini mereka pertikai (tindakan pembangkang keluar dewan), sekarang mereka bertindak dengan cara yang sama macam mana mereka fikir ia teruk," katanya kepada media selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini.

Hanya dua wakil rakyat pembangkang yang tidak berganjak dari Dewan Rakyat apabila kesemua ahli parlimen Barisan Nasional (BN) keluar dewan bersama ahli parlimen PAS sebagai tanda protes terhadap proses pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, iaitu Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman.


Sementara itu, Khairy berkata, tindakan beliau tidak keluar Dewan Rakyat seperti yang dilakukan oleh rakan pimpinan BN dan PAS pagi Isnin kerana beliau menghormati majlis. Jelasnya, walaupun terdapat pertikaian berhubung pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, namun tindakan keluar Dewan bukan cara untuk menyatakan bantahan. "Hari ini merupakan hari kita mengangkat sumpah jadi kita perlu hormati Dewan dan juga menghormati majlis angkat sumpah."Cara mana kita nak bantah itu kita boleh buat sewaktu perbahasan nanti atau selepas upacara perasmian pembukaan pada hari esok dalam perbahasan atau melalui 'standing order' pada hari Rabu," ujar Khairy.

Anifah berkata, mereka telah menzahirkan rasa tidak setuju dan puas hati terhadap proses pelantikan Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat pada Isnin. Malah bekas menteri luar itu berkata, beliau menghormati pandangan dan pendirian rakan-rakan lain yang berdiri sebagai pembangkang pada hari ini. “Bagaimanapun saya berpendapat dan merasakan tidak perlu untuk saya bertindak meninggalkan dewan pada pagi tadi. “Saya akan bertindak dalam mana isu-isu yang akan memberi manfaat pada rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada petang Isnin. Anifah turut mengucapkan tahniah kepada Mohamad Ariff di atas pelantikan tersebut.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 16 Ogos.Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan merasmikan serentak persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara esok. Kali terakhir Dewan Rakyat bersidang ialah pada 5 April lepas, sebelum ia dibubarkan pada 7 April untuk memberi laluan kepada PRU14 diadakan.

14 Jul 2018

Tidak Dapat Dikesan - Jho Low mungkin 'ubah wajahnya'

PETALING JAYA: Ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low mungkin menggunakan identiti baharu untuk mengelak ditahan selepas kapal layar mewahnya, Equanimity dirampas.

Polis dan Jabatan Imigresen Malaysia dan Singapura yang ditugaskan untuk mengesan suspek terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) percaya Jho Low mungkin melakukan pembedahan rekonstruksi wajah.

"Kami percaya dia mungkin mengubah bentuk mukanya dan menggunakan nama ganti," kata sumber.

Pihak berkuasa juga percaya Jho Low menggunakan 'perkhidmatan butler' yang disediakan bagi VIP dan selebriti untuk membantunya keluar pintu masuk Imigresen.

"Ini menjelaskan mengapa walaupun Notis Merah dikeluarkan oleh Interpol, Jho Low keluar masuk ke beberapa negara Asia Tenggara tanpa sebarang masalah," kata sumber.

Kesukaran menangkapnya, kata sumber itu, mendorong pihak berkuasa kedua-dua negara mendapatkan butiran perjalanan Jho Low dan gambar terbaharunya, diambil di pusat pemeriksaan Imigresen, untuk memberi imej lebih jelas mengenai saksi utama siasatan kes 1MDB.

"Penyiasat tidak mempunyai gambar terkini Jho Low. Kebanyakan gambar yang ada dipercayai telah diambil tiga atau empat tahun lalu," kata sumber itu.

Sumber itu juga memberitahu sejak Equanimity dirampas pihak berkuasa Indonesia, Jho Low dilihat berada di Phuket, Macau, Hong Kong, Taiwan dan Shanghai.


"Walaupun Notis Merah dikeluarkan, ahli perniagaan yang dikehendaki itu berjaya menghilangkan diri dari pihak berkuasa," kata sumber.

Namun, dari maklumat awal, penyiasat percaya Jho Low mengubah penampilannya dan keluar masuk dari negara-negara ini menggunakan banyak pasport.

Sumber berkata selain pasport Saint Kitts dan Nevis yang digunakan Jho Low, pihak berkuasa percaya dia turut menggunakan pasport lain.

Menurut sumber itu, Jho Low dan keluarganya dikatakan mempunyai harta dan aset kewangan di Australia, New Zealand dan Thailand.

"Dia juga mempunyai hubungan baik dengan negara Emiriyah Arab Bersatu dan beberapa negara timur tengah yang lain," kata sumber itu.

Pakar bedah plastik yang berpangkalan di Kuala Lumpur berkata dengan wang dimiliki Jho Low, pembedahan mengubah penampilannya hanyalah perubahan kecil untuk dirinya.

"Untuk mengubah wajah bulat ke bentuk bujur atau berbentuk berlian hanya memerlukan dia membayar sebanyak AS$10,000 (RM40,000) dan AS$20,000 (RM80,000).

"Tempoh pemulihan adalah kira-kira dua minggu tetapi pesakit akan mengalami bengkak di wajah selama sebulan," katanya.

Doktor itu berkata pakar bedah plastik juga boleh mengubah kelopak mata dan bentuk hidung dan mulut dalam masa beberapa jam sahaja.

"Terdapat banyak klinik terkenal di Thailand di mana Jho Low boleh melakukan perkara ini secara profesional," katanya.

Sumber Laporan : Internet
Nigna@2018


13 Jul 2018

Rais - Soal 'kemampuan kewangan' Najib biayai kos guaman

KUALA LUMPUR - Tindakan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan khidmat sekumpulan peguam terkemuka Amerika Syarikat dikritik, kerana bakal menelan kos guaman yang tinggi.

Bekas menteri dan veteran Umno, Tan Sri Rais Yatim mempersoalkan 'kemampuan kewangan' Najib untuk membiayai kos guaman berkenaan.


Katanya, bayaran ikat jamin sebanyak RM1 juta kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung pertuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd baru-baru ini, menggunakan wang hasil kutipan Umno.

Rais sebaliknya, mengesyorkan Najib agar memberi kepercayaan kepada peguam BN atau  Umno untuk membelanya bahkan mungkin beliau akan diberikan khidmat guaman secara percuma termasuk proses perbicaraan menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu.

"Berita ramai peguam Amerika Syarikat untuk bela kes bekas perdana menteri amat menonjol. Takkanlah peguam tempatan tak hebat sebagai peguam bela?

"Lagipun, peguam Amerika Syarikat itu tentu perlu dibayar dengan kos berjuta ringgit, sedangkan duit ikat jamin pun kena tekyan (kutip wang). Yakinlah dengan peguam BN atau Umno boleh beri khidmat percuma dan lebih cekap, malah bahasa Melayu pun boleh,"tulis Rais di Twitternya

Sebelum ini, kecoh apabila Najib menggunakan khidmat sekumpulan peguam terkemuka Amerika Syarikat dikatakan mungkin berkenaan isu saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat untuk menyiasat kes 1MDB.

Kumpulan peguam handal itu dari Ashcroft Law Firm, yang diterajui bekas Peguam Negara Amerika Syarikat, John Ashcroft, mendaftarkan nama Najib sebagai anak guam dalam daftar melalui Akta Pendaftaran Ejen Asing (Fara).

Menurut dokumen itu, firma tersebut dilantik untuk memberi nasihat undang-undang kepada Najib mengenai 'tindakan tidak wajar oleh pihak ketiga untuk cuba menggugat kerajaan Malaysia.'

Dalam dokumen itu juga, ia menyatakan perkhidmatan disediakan oleh Ashcroft Law Firm dibiayai 'kerajaan asing, parti politik asing atau prinsipal asing yang lain."

Wall Street Journal pada tahun lalu melaporkan Najib melantik firma guaman itu untuk menasihati beliau mengenai kes 1MDB pada 2016.

Ashcroft Law Firm pernah mewakili kerajaan Qatar untuk menangkis tuduhan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan jiran Arabnya bahawa negara itu menyokong keganasan.

Sumber Laporan : Sinar Online
Nigna@2018

12 Jul 2018

UEC : Dasar Pendidikan Kebangsaan Tidak Akan Dikorbankan

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) kelak tidak akan membelakangkan prinsip asas Dasar Pendidikan Kebangsaan.



Menurut Anwar, ketetapan utama seperti soal Bahasa Melayu sebagai tunjang tidak boleh ditolak ansur dalam apa jua keadaan.

"Kita boleh pertimbang apa jua pun seperti mana wujudnya sekolah Arab yang boleh diiktiraf tetapi kita tidak boleh abaikan bahasa melayu dan penguasaan bahasa itu dalam mana sistem pun,” kata Anwar semasa ditemubual program AI melalui Skype.

Tambah beliau, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik cukup berwibawa untuk menyelaraskan segala isu-isu yang berbangkit berhubung isu tersebut.

"Dalam perbincangan saya dengan tokoh pendidikan Cina, mereka beri jaminan itu bukan satu masalah bagi mereka.

"Kalau begitu, menteri boleh menetapkan ini boleh dimeterai dalam satu peraturan dan undang-undang yang jelas supaya tidak ada tanggapan bahawa dasar pendidikan dikorbankan kerana semata-mata pertimbangan politik baharu,” jelas Anwar.

Temubual bersama Anwar di dalam program AI yang disiarkan setiap Khamis, 8.15 malam di saluran 501 Astro AWANI dibuat melalui Skype minggu ini memandangkan beliau sedang menjalani rawatan di Turki.


"Dalam perbincangan saya dengan tokoh pendidikan Cina, mereka beri jaminan itu bukan satu masalah bagi mereka.

"Kalau begitu, menteri boleh menetapkan ini boleh dimeterai dalam satu peraturan dan undang-undang yang jelas supaya tidak ada tanggapan bahawa dasar pendidikan dikorbankan kerana semata-mata pertimbangan politik baharu,” jelas Anwar.

Temubual bersama Anwar di dalam program AI yang disiarkan setiap Khamis, 8.15 malam di saluran 501 Astro AWANI dibuat melalui Skype minggu ini memandangkan beliau sedang menjalani rawatan di Turki.

Sumber Laporan " AstroAwani
Nigna@2018

11 Jul 2018

Jho Low dikesan berada di China

HONG KONG : Hartawan buruan Polis Diraja Malaysia yang dikaitkan dengan 1MDB Jho Low kini dipercayai berada di China pula.



Memetik sumber, South China Morning Post melaporkan Low dipercayai bergerak dari Macau ke China sama ada melalui kereta atau jet peribadi.

Lokasi tepatnya sekarang masih tidak diketahui.
“Hampir, tanpa ragu, selamat untuk kata Low kini di tanah besar (China).

“Malah, mungkin itu sebabnya beliau datang ke Macau dulu,” menurut satu sumber keselamatan kepada media itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pagi tadi mendedahkan pihaknya menerima e-mel polis Macau dua hari lalu yang memaklumkan Low telah meninggalkan tempat itu.

Malaysia mempunyai perjanjian ekstradisi dengan China.

Low adalah individu penting dalam siasatan skandal 1MDB. Sebelum ini pihak berkuasa dilaporkan cuba mengesan lokasi ahli perniagaan kontroversi berkenaan namun gagal.

Bagaimanapun dengan perubahan kerajaan persekutuan usaha mengesan Low dipergiatkan.

Dia didakwa menggunakan wang 1MDB untuk membeli kapal layar mewah bernilai kira-kira RM1 bilion, barang kemas untuk model Australia Miranda Kerr dan rantai dengan berlian merah jambu bernilai AS$27.3 juta kepada isteri Malaysian Official 1 (MO1).

Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) mendakwa berlian itu dibeli menggunakan wang AS$620 juta yang didakwa MO1 telah dipulangkan kepada kerabat diraja Saudi.

MO1 dikenal pasti sebagai bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sumber Laporan : Malaysiakini
Nigna@2018

Ketua Hakim Negara baru dilantik - Richard Malanjum


KUALA LUMPUR: Tan Sri Richard Malanjum pada malam Rabu mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuat kuasa serta merta.


Richard, 65, menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini.

Upacara pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah jawatan turut dihadiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew View Keong, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Peguam Negara Tommy Thomas, dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar.

Richard, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak menggantikan Tun Md Raus Sharif yang  mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara pada 31 Julai.

Malanjum dilahirkan pada Oktober 1952 di Tuaran, Sabah di mana beliau memulakan persekolahannya di peringkat rendah dan menengah di Kota Kinabalu, Sabah. - Bernama

Sumber Laporan : Internet
Ngna@2018

10 Jul 2018

Rosmah disaman oleh Firma Tukang Emas


PETALING JAYA: Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor disaman seorang tukang emas dari Lubnan berjumlah AS$14.79 juta (RM59.831 juta) juta selepas 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya pada Februari, dirampas pihak berkuasa Mei lalu.



Kerajaan Persekutuan hari ini dijangka memohon kepada Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur untukmencelah dalam kes saman RM60 juta oleh sebuah firma tukang emas Lubnan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.

"Kerajaan percaya barangan kemas tersebut milik negara. Justeru, kami akan mencelah," kata sumber itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Dalam dokumen yang dilihat oleh Malaysiakini, Global Royalty Trading SAL memfailkan saman terhadap isteri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu melalui firma Tetuan David Gurupatham dan Koay.

Dalam pernyataan tuntutannya, firma yang berpangkalan di Beirut itu mendakwa Rosmah adalah pelanggan lama, dan syarikat itu juga menjual barangan kemas di seluruh dunia, termasuk kepada keluarga diraja.

Global Royalty mendakwa seperti pada tahun-tahun sebelumnya, firma itu akan menghantar barangan kemas kepada Rosmah mengikut permintaannya untuk dinilai dan dibeli serta dibayar olehnya atau oleh pihak ketiga.



Firma itu berkata barangan kemas yang tidak dipilih akan dipulangkan.

Global Royalty mendakwa bahawa ada kalanya, Rosmah akan meminjam barang kemas itu, dan dia atau ejennya akan menerima barangan berkenaan di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai.

Firma itu mendakwa bahawa memorandum penyerahan akan mengiringi hantaran atau konsainan barangan kemas, yang menerangkan terma dan syarat.

'Rosmah akui terima barangan'

Global Royalty, menerusi memorandum bernombor 926 bertarikh 10 Feb tahun ini, telah menghantar 44 unit barangan kemas, termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, setiap satu bernilai antara AS$124,000 dan AS$925,000.

Firma itu mendakwa Rosmah, dalam surat bertarikh 22 Mei, mengakui menerima barangan berkenaan.

"Beliau mengakui secara bertulis mengenai penerimaan konsainan itu, tetapi tidak lagi dalam jagaannya kerana ia dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia," kata kenyataan tuntutan itu.

Terma dan syarat memorandum itu termasuk penghantaran dan pemulangan barangan kemas, dan bahawa hak milik barangan berkenaan tetap dengan firma tersebut.

Dalam tuntutan itu, Global Royalty memohon pengisytiharan mahkamah bahawa mereka adalah pemilik sah 44 unit barangan kemas tersebut.

Firma itu juga memohon perintah mandatori supaya barangan berkenaan dikembalikan atau secara alternatif, jika ia tidak dapat dipulangkan, Rosmah wajar membayar jumlah yang dinyatakan berdasarkan nilai barangan kemas tersebut.

Pengurusan kes mengenai tuntutan itu akan diadakan hari ini.
Pada Mei lalu, polis menyerbu dan merampas wang tunai dan barangan kemas dari dua unit kondominium mewah yang dikaitkan dengan Najib di Pavilion Residences di Kuala Lumpur.

Pada 4 Julai lalu, bekas perdana menteri itu mengaku tidak bersalah terhadap tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan penyalahgunaan kuasa berkaitan dengan dana yang melibatkan SRC International.

Sementara itu, Bernama melaporkan sebuah syarikat pemborong barang kemas di Lubnan memfailkan saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor bagi menuntut isteri bekas perdana menteri itu memulangkan kembali 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya untuk dipilih atau membayar barang kemas berkenaan berjumlah US$14.79 juta (RM59.831 juta).

Global Royalty Trading SAL, yang berpangkalan di Beirut selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan David Gurupatham dan Koay di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur un lalu dengan menamakan isteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu selaku defendan tunggal.

Media memperoleh dokumen itu hari ini selepas pengurusan kes di dalam kamar Penolong Kanan Pendaftar Siti Faraziana Zainuddin yang turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan S Narkunavathy.

Narkunavathy ketika ditemui pemberita berkata Jabatan Peguam Negara memohon untuk menjadi pencelah dalam kes saman berkenaan atas alasan kesemua barang kemas yang dirampas adalah milik kerajaan Malaysia dan ia dibeli menggunakan wang yang dicuri.

Beliau berkata mahkamah turut memerintahkan Rosmah memfailkan pernyataan pembelaan selewat-lewatnya 23 Julai dan pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 27 Julai.

Dalam pernyataan tuntutan, Global Royalty, pemborong barang kemas antarabangsa mendakwa menjadi kebiasaan pada tahun-tahun sebelumnya, syarikat itu akan menghantar barangan kemas kepada Rosmah, yang merupakan pelanggan tetap syarikat itu mengikut permintaannya untuk dipilih serta dinilai dan defendan akan membeli barang kemas yang telah dipilih melalui pembayaran sama ada daripada defendan sendiri atau oleh pihak ketiga.

Syarikat itu, yang membekalkan barang kemas kepada kerabat diraja serta pelanggan kaya dari seluruh dunia mendakwa barangan kemas yang tidak dipilih akan dipulangkan dan ada kalanya dalam keadaan tertentu Rosmah juga akan meminjam beberapa barang kemas itu dan memulangkannya kepada plaintif.
Plaintif mendakwa defendan akan menerima barangan kemas daripada syarikat itu melalui defendan sendiri atau pekerja/ejennya di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai.

Syarikat itu juga mendakwa pada 10 Feb lepas, pihaknya telah menyerahkan 44 unit barangan kemas, termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, masing-masing bernilai antara AS$124,000 dan AS$925,000 kepada defendan melalui serahan tangan menerusi dua ejen syarikat itu.

Plaintif berkata semasa serahan itu, defendan juga menerima terma dan syarat yang dinyatakan dalam Memorandum bernombor 926 berkaitan senarai barang kemas itu.

Global Royalti mendakwa Rosmah melalui surat bertarikh 22 Mei lepas mengesahkan dan mengakui penerimaan barangan berkenaan dan defendan secara bertulis pada tarikh sama turut mengesahkan kesemua barang kemas itu tidak lagi berada dalam milikannya tetapi disita dan kini berada dalam jagaan pihak berkuasa Malaysia.

Syarikat itu mendakwa pada setiap masa material, plaintif adalah pemilik kepada barang kemas tersebut dan hak pemilikan itu tidak pernah berpindah kepada defendan.

Dalam tuntutan itu, Global Royalty memohon pengisytiharan mahkamah bahawa mereka adalah pemilik sah 44 unit barangan kemas itu selain memohon perintah bahawa hak milik barang kemas itu tidak berpindah kepada defendan.

Syarikat itu juga memohon perintah mandatori supaya Rosmah memberikan senarai sitaan barang kemas berkenaan dan memohon perintah supaya barang kemas dikembalikan atau sekiranya barang-barang itu tidak dapat dipulangkan, Rosmah bertanggungjawab untuk membayar barang kemas itu berjumlah AS$14.79 juta (RM59.831 juta).

Sumber Laporan : Malaysiakini
Nigna@2018

9 Jul 2018

Kuasa bukan untuk kayakan diri: Tun Dr Mahathir

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan para pentadbir dan penjawat awam untuk tidak menggunakan kuasa yang diberi demi kepentingan peribadi, keluarga atau sahabat handai.



Berucap ketika perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Putra, beliau berkata penting untuk setiap penjawat awam mengamalkan nilai murni dalam menjalankan tugas mereka.

"Kuasa yang diberi bukan untuk kita raih kekayaan tetapi kuasa diberi untuk tujuan tertentu bagi mentadbirkan negara tercinta dengan sebaik mungkin dan kita punyai kebolehan yang diperlukan dengan nilai hidup yang mulia," katanya.

Namun, perdana menteri berkata kadang kala apabila mendapat peluang untuk membuat sesuatu untuk diri sendiri, ada pihak yang terpesong dan lupa akan tugas mereka.

"Kita tidak diberi kuasa di peringkat ini untuk mengkayakan diri kita tetapi supaya dapat jalankan tugas tertentu.

"Inilah sebabnya kita berkuasa, apabila sahaja kita menyeleweng, menyalahgunakan kuasa, percayalah kita sendiri akan jadi mangsanya kemudian," katanya.

Mengambil contoh budaya dan nilai yang diamalkan di negara maju, Dr Mahathir berkata kebanyakan rakyat dan pentadbir mereka rajin bekerja, beramanah, tekun dan belajar menguasai ilmu.

"Mereka juga amal apa yang mereka pelajari dan amal nilai hidup yang mulia dan menjadikannya sebahagian budaya hidup," katanya.

Jelasnya ada negara yang kurang maju kerana rakyat dan khususnya pentadbir negara mereka tidak berpegang kepada nilai-nilai murni.

Menurut perdana menteri walaupun Malaysia tidak mampu menjadi negara maju menjelang 2020 seperti yang dicita-citakannya, namun negara masih mampu mencapai status tersebut kerana rakyat negara ini mempunyai kebolehan.

"Yang hanya diperlukan ialah keikhlasan, amanah, kerajinan, usaha dan utama sekali berpuas hati dengan hasil kerja bukan dengan apa yang kita dapat," katanya.

Jelas Dr Mahathir lagi, untuk mencapai matlamat negara maju juga tidak seharusnya bergantung semata-mata kepada doa atau sembahyang hajat.

"Kita telah berdoa pada tuhan tetapi doa juga perlu disusuli dengan tindakan dari kita... kalau hanya berdoa dan sembahyang hajat tetapi tidak buat apa-apa maka segala cita-cita kita tidak akan datang bergolek atau melayang kepada kita," katanya.

Sumber Laporan : Bernama
Nigna@2018

PRK - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis - 4 Ogos 2018

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan pada 4 Ogos 2018 sebagai Hari Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Selangor. Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 21 Julai 2018, manakala tempoh berkempen bagi PRK ini selama14 hari.


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood, berkata PRK berkenaan akan menyaksikan beberapa penambahbaikan dilakukan suruhanjaya itu bagi mengurangkan kesesakan di pusat mengundi dan memberi keselesaan kepada pengundi.

Bagi pengundi berusia 60 tahun ke atas, dua saluran akan diwujudkan.

Menambah saluran di pusat mengundi yang memiliki jumlah pemilih ramai. Penambahan 21 saluran baharu akan menjadikan adanya 109 saluran di DUN itu berbanding 88 pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Memanjangkan masa pengundian dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang, berbanding hanya hingga jam 5 petang sebelum ini," katanya pada sidang mediam di sini, hari ini.

Othman berkata, SPR akan menggunakan Daftar Pemilih Suku Pertama 2018 yang dikemas kini hingga 2 Julai lalu membabitkan 51,230 pengundi berdaftar merangkumi 51,217 pengundi biasa dan 13 pengundi tidak hadir luar negara.

Beliau berkata, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang akan dibantu tiga Penolong Pegawai Pengurus, selain SPR bersetuju menubuhkan Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau kempen PRK berkenaan.

"SPR akan menggunakan Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19 Shah Alam, sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi.

"Seramai 865 petugas dilantik dalam kalangan orang awam untuk membantu proses pengendalian PRK DUN Sungai Kandis, manakala 19 premis bangunan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi 109 saluran," katanya.

Othman berkata, kos bagi PRK pertama selepas PRU-14 itu dianggarkan berjumlah RM1.4 juta.

Katanya, SPR turut menawarkan kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan berminat untuk menjadi pemerhati proses PRK DUN itu dengan memohon kepada suruhanjaya berkenaan sebelum 16 Julai ini.

Ditanya sama ada tambahan masa setengah jam bagi tempoh mengundi itu akan diteruskan SPR pada masa depan pula, beliau berkata, keputusan itu mengambil kira teguran mengenai pengundi tidak sempat mengundi pada PRU lalu dan akan melihat kesesuaiannya pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, jurucakap SPR berkata, tiada pengundian awal akan dilakukan pada PRK DUN Sungai Kandis kerana DUN berkenaan tiada pengundi berdaftar polis dan tentera.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas kematian wakil rakyatnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, akibat kanser limfoma, 2 Julai lalu.

Mat Shuhaimi dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008 dan mempertahankan kerusi itu pada PRU-13 serta PRU-14 selepas nama DUN itu ditukar kepada Sungai Kandis susulan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Sumber Laporan : Internet
Nigna@2018

8 Jul 2018

PARTI Pribumi (PPBM) pelindung kaum Melayu

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu bersedia mengambil alih fungsi melindungi kepentingan orang Melayu dan institusi agama Islam, namun tidak akan berkelakuan seperti Umno.



"Bagaimana sekian lama mereka percaya perlindungan yang datangnya daripada parti UMNO saja tetapi saya beri pengakuan bahawa Parti Pribumi (PPBM) ini akan menjadi pelindung mengganti parti UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Rumah Terbuka Aidilfitri PPBM 2018 peringkat kebangsaan di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) tempohari.

Tun Dr Mahathir Mohamad juga memberi jaminan PPBM tidak akan berkelakuan seperti UMNO, yang dulu adalah sebuah parti dihormati, dimuliakan tetapi apabila sudah menjadi pemerintah sekian lama, mereka lupa bahawa mereka ditubuh untuk perjuangan bangsa, agama dan negara.

"Sebaliknya, di bawah pimpinan Datuk Seri Najib (Razak), UMNO menjadi sebuah parti yang hanya fikir duit ringgit bagi diri mereka saja, inilah yang berlaku sehingga ramai daripada orang UMNO keluar daripada UMNO untuk menyertai parti-parti lain," katanya.

Menurutnya, Umno dahulu merupakan sebuah parti dihormati dan dimuliakan, namun apabila sudah lama menjadi pemerintah negara, mereka lupa fungsi sebenar parti itu ditubuhkan untuk perjuangan melindungi bangsa dan agama.


Perdana Menteri berkata, beliau yakin ahli UMNO sedar dan menerima hakikat sebenar bahawa UMNO sudah menjadi alat kepada seorang bekas Presiden dan mereka akan meninggalkan parti yang sudah dihancurkan oleh pemimpin mereka sendiri.

Tambah lagi, beliau yakin PPBM akan menjadi sebuah parti yang lebih besar dan kuat dalam PH selepas ini, termasuk melalui sokongan yang ditunjukkan dengan kehadiran begitu ramai rakyat pada majlis rumah terbuka parti itu dan banyaknya bendera parti yang dipasang hari ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad, yang turut berterima kasih kerana PH memberi peluang pemimpin PPBM memegang jawatan Perdana Menteri berkata, hasrat memperkuatkan parti bukan bermakna PPBM mahu bersaing atau berlawan dengan parti lain dalam pakatan itu, sebaliknya penting untuk dilihat sebagai sebuah parti yang kuat dan besar serta menjadi sebuah parti yang akan diyakini lagi dipercayai oleh rakyat.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan Malaysia sebuah negara bertuah kerana rakyatnya yang berbilang kaum dapat meraikan perayaan masing-masing dalam keadaan aman seperti sambutan Aidilfitri yang turut diraikan pelbagai kaum.

"Kita terima hakikat negara kita berbilang kaum, agama, bahasa dan budaya tetapi umumnya negara kita ini negara aman dan selesa bagi semua rakyat tak kira bagi apa juga kaum dan agama.

"Sebaliknya di negara lain, apabila ada sedikit kelainan berlaku saja mereka sudah berperang, membunuh dan merosakkan negara mereka," katanya yang turut gembira kerana tiada rusuhan berlaku.

Beliau berkata, negara ini sudah memberi banyak nikmat kepada rakyatnya dan kerajaan akan terus berusaha supaya semua kaum akan menikmati segala kekayaan negara bersama tanpa melakukan perbuatan merampas.

"Di Malaysia, kita akan berkongsi kekayaan dengan cara yang baik, berurusan dengan baik supaya dapat mengurangkan perbezaan antara kaum supaya negara kita terus aman dan selamat kepada semua rakyat berbilang kaum," katanya.

Rumah Terbuka Aidilfitri PPBM itu menyaksikan kehadiran lebih 20,000 pengunjung sejak pagi hari ini, yang tidak mahu ketinggalan menikmati pelbagai hidangan disediakan seperti lemang, rendang, laksa, bihun sup dan lain-lain.



Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Presiden PPBM merangkap Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden PPBM yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Pengerusi Badan Pimpinan PPBM Perak yang juga Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu; beberapa Menteri Kabinet serta pimpinan PPBM pusat serta negeri yang lain.

Sumber Laporan : Internet
Nigna@2018

UMNO diharamkan?

KUALA LUMPUR : UMNO kini perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk diharamkan susulan Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mampu menggantikan UMNO untuk membela orang Melayu.

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, apa yang diperkatakan Dr Mahathir itu adalah antara petanda UMNO akan berdepan pelbagai tekanan politik termasuk diharamkan.


"UMNO kena bersedia untuk berdepan dengan apa juga tekanan selepas ini. Itu (ucapan Dr Mahathir) antara tanda-tanda awal UMNO akan 'diserang' termasuk bakal diharamkan.

"UMNO sekarang kena bertindak balas dengan cepat mulai sekarang, bersedia dengan pelan kecemasan seperti menubuhkan UMNO baharu jika UMNO sekarang diharamkan," katanya kepada NSTP, hari ini.

Semalam, Dr Mahathir membuat pengakuan PPBM akan menjadi pelindung dan menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini, menggantikan UMNO.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi PPBM berkata, melalui pegangan jawatan Perdana Menteri yang diberikan kepada pemimpin parti itu dalam Pakatan Harapan (PH), perkara itu dapat dijamin.

"Bagaimana sekian lama mereka percaya perlindungan yang datangnya daripada parti UMNO saja tetapi saya beri pengakuan bahawa Parti Pribumi (PPBM) ini akan menjadi pelindung mengganti parti UMNO," kata Dr Mahathir.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, ucapan Dr Mahathir itu juga sebenarnya memberi isyarat PPBM tidak mampu untuk menggantikan UMNO bagi membela Melayu.

Katanya, Dr Mahathir tahu kedudukan PPBM di Dewan Rakyat ketika ini tidak kuat berbanding rakan sekutu mereka terutama PKR dan DAP dalam PH.

"UMNO ada 52 kerusi. PPBM hanya ada 13 kerusi. Beliau menjadi Perdana Menteri kerana janji dipersetujui parti dalam PH sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

"Dalam PH, bagaimana ia hendak mengimbangi kekuatan PKR dan DAP. Beliau (Dr Mahathir) bimbang, sebab itu beliau kata PPBM akan menggantikan UMNO bela orang Melayu.

"Apabila Perdana Menteri kata begitu, beliau mungkin mahu menarik Ahli Parlimen UMNO supaya 'menyeberang' ke PPBM, untuk menguatkan PPBM," katanya.

Malah katanya, akibat kelemahan PPBM ketika ini, kedudukan dan kelangsungan Melayu tergugat dan ia dapat dilihat dalam isu penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi, pelantikan Kabinet dan isu Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Sementara itu, penganalisis politik, Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, PPBM perlu mengekalkan integriti dan kepemimpinan yang dipercayai serta tidak terjebak dengan kelemahan atau isu yang boleh menjejaskan imejnya jika hendak menggantikan UMNO.

Malah katanya, PPBM juga perlu lebih ke depan menjuarai isu bahasa Melayu, kepentingan hak istimewa Melayu dan kedaulatan Islam seperti termaktub dalam perlembagaan.

"PPBM perlu elak dilihat liberal berhubung isu teras dalam kalangan Melayu majoriti yang dianggarkan sekitar 65 hingga 70 peratus masih belum menyokong PH," katanya.

Namun, katanya, PPBM mempunyai kelebihan kerana kini menjadi kerajaan, sekali gus memudahkan parti itu meluaskan pengaruh dan menarik orang Melayu menyokong atau menyertainya.

Beliau turut menyifatkan kenyataan Dr Mahathir itu sebagai isyarat dan mesej kemungkinan UMNO akan diharamkan pendaftarannya selepas didakwa tidak mengikut tertib dan peraturan parti.

Sumber Laporan : Mohd Anwar Patho Rohman dan Farhana Syed Nokman
Nigna@2018

6 Jul 2018

Kes Najib - Mohd Soffian perlu menarik diri demi keadilan.

KUALA LUMPUR : PRESIDEN Majlis Peguam Malaysia, George Varughese, berkata Mohd Soffian perlu menarik diri demi keadilan kerana beliau adalah adik kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (EXCO) Pahang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta daripada UMNO, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.


Varughese berkata, Mohd Sofian sepatutnya mendedahkan pertalian dengan Mohd Soffi dan kedudukan abangnya dalam UMNO serta kerajaan Pahang kepada pihak pendakwaan selain pembelaan sebelum pendengaran kes semalam, berikutan Najib adalah bekas Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN). “Undang-undang menetapkan bahawa keadilan bukan saja dilaksanakan tapi perlu dilihat bagaimana ia dilaksanakan."

“MAJLIS PEGUAM MALAYSIA PERCAYA PENDEDAHAN SEUMPAMA INI OLEH HAKIM DIPERLUKAN BAGI MEMASTIKAN INTEGRITI PERBICARAAN YANG DIKENDALIKAN BELIAU DAN BAGI MENGELAKKAN PERBICARAAN YANG TIDAK ADIL."

Mohd Sofian membenarkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dikenakan terhadap Najib dengan dua orang penjamin serta beliau perlu menyerahkan pasport diplomatik dan pasport awam. Beliau juga mengeluarkan perintah sementara ‘tutup mulut’ kepada media dari melaporkan perbicaraan tersebut atas permintaan peguam Najib, Shafee Abdullah.

Media mengesan dan perlu dedahkan mengenai pertalian darah antara Mohd Sofian dan Mohd Soffi, sekali gus menimbulkan persoalan kemungkinan wujud konflik kepentingan dan berat sebelah jika hakim Mahkamah Tinggi itu terus mendengar kes membabitkan Najib.

Salah satu portal berita, melaporkan Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes terbabit, tidak mengetahui Mohd Sofian adalah adik kepada Mohd Soffi.

Pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi juga berkata pertalian darah sudah cukup kuat untuk Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Soffian menarik diri daripada terlibat dalam kes perbicaraan rasuah Najib Razak.

Sumber Laporan : Internet
Nigna@2018

JAMAL dihantar ke Penjara Sungai Buloh

AMPANG JAYA, SELANGOR : Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, 48 tahun, dihantar ke Penjara Sungai Buloh, selepas Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali menolak permohonan ikat jamin Mahkamah Majistret Ampang hari inI. Sebelum itu, Jamal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melarikan diri daripada jagaan pihak polis di Hospital KPJ Ampang Puteri pada 25 Mei 2018.



Pada 2 Julai 2018, Jamal yang diburu polis lebih sebulan lalu ditahan oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) pada pukul 6.15 petang (waktu tempatan). Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dihubungi untuk menyelaras urusan membawa pulang Jamal ke negara ini. 

Dua daripada tiga kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan (ceroboh) yang sudah dituduh di Mahkamah Majistret Ampang pada Mei lalu manakala kesalahan di bawah Seksyen 290 Kanun sama (khianat) dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam, pada bulan sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan Jamal di Hospital KPJ Ampang Puteri di sini, antara jam 2 hingga 3 petang, 25 Mei lalu mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 30 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.


Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, Datuk Razali Che Ani selain dua Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin dan Mahathir Mohd Khairuddin manakala Jamal diwakili peguam Khairul Annuar.

Sumber Laporan : Internet
Nigna@2018

4 Jul 2018

Pendakwaan Empat Pertuduhan Ke Atas Najib

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan empat pertuduhan iaitu tiga pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah dan satu pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta berhubung syarikat SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi di sini.



Bagi pertuduhan PERTAMA, Najib didakwa sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu perdana menteri dan menteri kewangan, Advisor Emeritus SRC dan dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, melakukan pecah amanah jenayah terhadap RM27 juta. Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No 55, Jalan Raja Chulan, antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan KEDUA, Najib didakwa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, melakukan pecah amanah jenayah terhadap RM5 juta di tempat dan tarikh sama.

Pertuduhan KETIGA, Najib didakwa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, melakukan pecah amanah jenayah terhadap RM10 juta di tempat sama antara 10 Februari 2015 dan 2 Mac 2015, mengikut seksyen sama.

Bagi pertuduhan KEEMPAT, Najib didakwa sebagai seorang pegawai badan awam, iaitu perdana menteri dan menteri kewangan, menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC. Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Presint 1, Putrajaya, antara 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012. Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. SRC ialah anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.


Kes ini, buat kali pertama tercatat sebagai sejarah negara, bekas Perdana Menteri ditahan dan dituduh di Mahkamah Tertinggi Kuala Lumpur. Najib diwakili tujuh peguambelanya yang terdiri daripada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Harvinderjit Singh, Datuk Raj Krishnan, Farhan Read, Rahmat Hazlan, Muhamad Farhan Muhamad Shafee dan Syahirah Hanapiah. 

Pasukan pendakwaan terdiri daripada 12 orang, diketuai oleh Tommy Thomas, dibantu Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, Manoj Kurup, Datuk Shuhaimi Ibrahim, Datuk Umar Saifuddin Jaafar, Datuk Ishak Mohd Yusof, Donald Joseph Franklin, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Budiman Lutfi Mohamed, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Mohd Ashrof Adrin Kamarul dan Muhammad Izzat Fauzan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Sofian Abdul Razak mencadangkan 19 hari perbicaraan kes itu pada tahun depan, dari 18 hingga 28 Februari 2019, 4 hingga 8 Mac 2019 dan 11 hingga 15 Mac 2019, di mana sebarang perubahan tarikh akan dilakukan bulan depan.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM1 juta dikenakan terhadap Najib dan dengan dua orang penjamin serta beliau perlu menyerahkan pasport diplomatik dan pasport awam.

Selain itu mahkamah juga membenarkan bahawa bayaran itu dibuat secara ansuran iaitu dibayar hari ini dan pada Isnin depan.

Prosiding pendakwaan Najib berakhir pada jam 12.42 tengah hari dan dua anaknya, Norashman dan Nooryana Najwa membayar jaminan itu.

Kronologi pendakwaan Datuk Seri Najib Razak

5.00 pagi - Petugas media tempatan dan antarabangsa mula berkumpul di luar perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

6.30 pagi - Polis membawa Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM bagi menambah keselamatan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

7.00 pagi - Petugas media dibenarkan masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Lebih 100 penyokong bekas Perdana Menteri mula berhimpun di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

7.25 pagi - Tujuh kenderaan dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) memasuki perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

7.37 pagi - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibawa keluar dari bangunan ibu pejabat SPRM menaiki kenderaan Proton Inspira berwarna merah diiringi beberapa kenderaan polis.

8.00 pagi - Polis mengambil alih tugas mengawal keselamatan bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur daripada polis bantuan.

8.15 pagi - Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bersama beberapa penyokong.

8.20 pagi - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

8.30 pagi - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibawa masuk ke kamar Mahkamah Sesyen Jenayah untuk pertuduhan. Datuk Seri Najib Razak diiringi pasukan peguam belanya yang diketuai, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. Kedua-dua anak Datuk Seri Najib Razak, Ashman dan Nooryana Najwa hadir memberi sokongan dan memasuki ke bilik mahkamah.

8.40 pagi - Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai pasukan pendakwaan memasuki kamar mahkamah.

9.10 pagi - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masuk ke kandang tertuduh dan tuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

9.19 pagi - Tiga tuduhan pecah amanah jenayah dibacakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

9.27 pagi - Satu lagi tuduhan dibacakan terhadap Datuk Seri Najib Razak mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya. Tiada pengakuan direkodkan daripada Datuk Seri Najib Razak. Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

10.00 pagi - Prosiding terhadap Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Sesyen Jenayah 2 selesai.

10.30 pagi - Datuk Seri Najib Razak dibawa ke Mahkamah Tinggi Jenayah 3 untuk direkodkan pengakuan di hadapan Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak.

10.46 pagi - Datuk Seri Najib Razak mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan ke atasnya dan memohon untuk dibicarakan.

11.52 pagi - Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sofian Abd Razak membenarkan jaminan sebanyak RM 1 juta dengan dua orang penjamin dan Datuk Seri Najib Razak perlu menyerahkan pasport diplomatik dan pasport awam. Bayaran jaminan boleh dibuat secara ansuran sebanyak dua kali.

12.00 tgh - Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon perintah menghalang media membuat laporan salah atau spekulasi berhubung saksi dalam kes pecah amanah dan rasuah membabitkan Datuk Seri Najib Razak.

12.18 tgh - Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sofian Abd Razak membenarkan perintah larangan sementara bagi menghalang media daripada membuat komen berhubung merit dan saksi.

12.30 tgh - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 Ogos ini untuk pengurusan kes pecah amanah dan rasuah Datuk Seri Najib Razak. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 18 Februari tahun depan bagi sebagai hari pertama perbicaraan.

13.00 tgh - Kekecohan berlaku apabila penyokong Datuk Seri Najib Razak melaungkan bahasa Malaysia ketika Peguam Negara Tommy Thomas mula memberikan sidang media.

13.15 ptg - Polis memberi amaran kepada penyokong Datuk Seri Najib Razak supaya tidak membuat sebarang provokasi atau berdepan tindakan ditahan.

14.30 ptg - Peguam Negara, Tommy Thomas membuat sidang media di tingkat lima Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur berhubung kes pendakwaan Datuk Seri Najib Razak. Dua anak bekas Perdana Menteri, Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib membayar jaminan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib Razak.

15.00 ptg - Peguam,Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bersama Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media.

15.30 ptg - Datuk Seri Najib Razak meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas diikat jamin dan pulang ke kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta.

Sumber Laporan : Internet
Nigna@2018

NAJIB DI TUDUH PECAH AMANAH


PUTRAJAYA : Sumber memaklumkan Najib akan dituduh 8.30 pagi ini di Mahkamah Kuala Lumpur dan dijangka akan menghadapi lebih 10 pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International.


Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini pada pukul 7.37 pagi.

Petugas media menunggu sejak pukul 6.30 pagi bagi merakam pergerakan keluar Perdana Menteri keenam itu.

Najib ditahan SPRM pada pukul 2.35 petang semalam di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur dan akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini.

Pada bulan lalu, Najib dua kali dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah berkaitan SRC dan 1MDB yang sedang dijalankan SPRM.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikawal ketat pasukan polis dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memasuki Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur. Kenderaan Proton Inspira merah yang membawa Najib diiringi enam kenderaan lain termasuk dua kereta peronda polis dan dua motosikal pengiring.

Sumber Laporan : Internet
Nigna@2018

2 Jul 2018

TAHNIAH! - Menteri Kabinet MALAYSIA 2018

KUALA LUMPUR: Seramai 13 lagi menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara hari ini.


Istiadat yang berlangsung di Balairong Seri itu turut disaksikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali selain Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Susulan 13 menteri yang mengangkat sumpah hari ini menjadikan keseluruhan 26 menteri dalam Kabinet Dr Mahathir, 13 menteri terdahulu sudah mengangkat sumpah pada 21 Mei lepas.

Istiadat yang bermula 11 pagi itu didahului dengan kumpulan pertama Jemaah menteri yang diketuai Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai Menteri Belia dan Sukan.


Sejurus penerimaan surat cara pelantikan, Syed Saddiq melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum mewakili Ketua Hakim Negara dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Istiadat angkat sumpah hari ini diakhiri oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis yang dilantik Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar.

Kesemua mereka masing-masing turut menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Richard dan Ali. Istiadat itu berakhir dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.


Pada 10 Mei lalu, Dr Mahathir, 92, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, sehari selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang menyaksikan tamatnya pemerintahan 61 tahun Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, kemudian mengangkat sumpah mengetuai barisan 13 anggota Kabinet pada 21 Mei lalu.

Upacara mengangkat sumpah hari ini pula menyaksikan pelantikan 13 Menteri dan 23 Timbalan Menteri.

Sumber Laporan : Internet
Nigna@2018

1 Jul 2018

SPRM - Keterangan Zahid Di Perlukan!

KUALA LUMPUR - Pengerusi UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dikehendaki hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pukul 10 pagi esok berkerjasama membantu siasatan berhubung dua kes berasingan.


Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid telah dihubungi oleh SPRM pada 27 Jun lalu, minta beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 10 pagi esok untuk dirakam percakapannya mengikut Akta SPRM 2009, hasil kenyataan diberikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki hari ini.

Baru-baru ini, SPRM membekukan 900 akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan skandal 1MDB dan antara akaun yang dibekukan itu adalah milik UMNO.

Dalam sidang akhbar pertamanya sebagai Presiden Baharu UMNO, hari ini juga, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, mendakwa yayasan berkenaan dimiliki keluarganya dan beroperasi untuk menjalankan aktiviti kebajikan.

"Yayasan tersebut adalah untuk aktiviti (seperti) pembinaan masjid, maahad tahfiz, rumah anak yatim dan beberapa aktiviti kebajikan lain seperti sedekah dan lain-lain. Wang dalam yayasan keluarga saya adalah sumbangan saya sendiri dan beberapa kawan yang hendak melakukan amal jariah," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.

"Saya tidak tahu soalan apa yang ingin ditanya SPRM," katanya pada sidang media pertama beliau selepas memenangi kerusi Presiden UMNO pada pemilihan parti itu, semalam (30 Jun).

Beliau ditanya sama kehadirannya ke SPRM esok ada berkaitan dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Menurut pengerusi UMNO itu, beliau menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasat dakwaan menyatakan parti itu menerima dana daripada 1MDB. Malah tambah beliau UMNO percaya SPRM akan menjalankan siasatan secara telus berhubung perkara itu.



Sumber Laporan : Internet
Nigna@2018

10 Catatan Paling Popular

Kategori

Covid-19 (33) Tun M (18) 1MDB (15) Najib (15) PKP (15) Tan Sri Muhyiddin Yassin (11) Datuk Seri Ismail Yaakob (7) PDRM (7) PH (7) Perdana Menteri (7) Anwar Ibrahim (6) Polis (6) UMNO (6) Ekonomi (5) Kerajaan (5) Rosmah (5) SPRM (5) Bantuan Kerajaan (4) Corona Virus (4) PPBM (4) Perintah Kawalan (4) Zahid (4) kesihatan (4) Equanimity (3) Ismail Sabri Yaakob (3) Jho Low (3) Ketua Polis (3) Lim Guan Eng (3) Majistret (3) PAS (3) PKPB (3) PKPD (3) PKR (3) Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) (3) Tommy Thomas (3) ATM (2) Astro Awani (2) BN (2) Bazar Ramadhan (2) Bomba (2) CPRC (2) Corona (2) DAP (2) DUN Sungai Kandis (2) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (2) DiJamin (2) GST (2) Global (2) Hal Rakyat (2) Hilang Pekerjaan (2) Jabatan Perangkaan Malaysia (2) Jokowi (2) KWSP (2) Ku Li (2) Kuala Lumpur (2) MEIO (2) Mahkamah (2) Mahkamah Kuala Lumpur (2) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (2) Majikan (2) Malaysia (2) Menang (2) Menteri (2) Menteri Kanan (2) Muhammad Adib (2) PARTI BERSATU (2) Pakatan Harapan (2) Peguambela (2) Pemulihan (2) Penganalisa Ekonomi (2) Pengangguran (2) Penjana (2) Perintah Kawalan Pergerakan (2) Presiden (2) SRC International Sdn Bhd (2) SST (2) Tentera (2) Virus (2) iLestari (2) kematian (2) penjara (2) zon merah (2) AMCHAM (1) ARMADA (1) Abdul Hamid Bador (1) Ahmad Zahid (1) Akaun 2 (1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (1) Alibaba (1) Ambil Alih Kuasa (1) Amerika Syarikat (1) Angkatan Tentera Malaysia (1) Awang Azman Awang Pawi (1) Azmin Ali (1) B40 (1) BKKM (1) BN Kalah (1) BNM (1) BR1M (1) Badrulhisham (1) Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (1) Bahasa Melayu (1) Barang Kemas (1) Batal (1) Bazar (1) Belanjawan 2019 (1) Cameron Highlands (1) China (1) DUN (1) Daniel Wilkinson (1) Dasar Pendidikan Kebangsaan (1) Datuk Abdul Halim Mansor (1) Datuk Abdul Rahim Bakri (1) Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (1) Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (1) Datuk Hajiji Noor (1) Datuk Mohamad Ariff Md Yusof (1) Datuk Seri Anifah Aman (1) Datuk Seri M Saravanan (1) Datuk Seri Mohamad Hasan (1) Datuk Shamsuddin Bardan (1) Datuk Syed Zaid Albar (1) Debat Umno (1) Dewan Rakyat (1) Dibekukan (1) DoJ (1) Dr Jemilah Mahmood (1) Dunia (1) FRU (1) George Varughese (1) Goh Ching Yin (1) Gopal (1) Hal Ehwal Agama (1) Hari Pekerja (1) Hasanah (1) Hassan Marican (1) Hishammuddin (1) Hong Kong (1) ICU (1) IMF (1) Imej (1) Indonesia (1) Islam (1) Jabatan Imigresen Malaysia (1) Jack Ma (1) Jamal Jamban (1) Jen Tan Sri Affendi Buang (1) John Ashcroft (1) KJ (1) KKM (1) KPDNHEP (1) KPDNK (1) KWAP (1) Kabinet Malaysia Baru 2018 (1) Kalah (1) Kampung Dato' Ibrahim Majid (1) Kawasan Panas (1) Kecoh (1) Kegawatan (1) Keliru (1) Kemelesetan (1) Kementerian Kewangan Malaysia (1) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (1) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (1) Kementerian Sumber Manusia (1) Kemiskinan (1) Kerjasama (1) Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (1) Ketua Hakim Negara (1) Ketua UMNO (1) Khairy (1) Khairy Jamaluddin (1) Khazanah Nasional Malaysia (1) Kimanis (1) Kingdom of God (1) Koroner (1) Kota Damansara (1) Kristian (1) Kuasa Diri (1) Kuil (1) Kuil Sri Maha Mariamman (1) LGE (1) Laketown Resort (1) Liberal (1) MB Terengganu (1) MITI (1) MKN (1) MOF (1) MSC (1) MTUC (1) Macau (1) Majlis Keselamatan Negara (1) Manifesto (1) Mansuh (1) Masjid Jamek Sri Petaling (1) Maszlee Malik (1) Mazlan Lazim (1) Melayu (1) Menteri Hal Ehwal Ekonomi (1) Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) (1) Methodist Church (1) Mohd Soffi Abd Razak (1) Muafakat Nasional (1) Mukhriz (1) Mustapa Mohamed. (1) Mustapha Yaakub (1) Naratif Malaysia (1) Othman Mahmood (1) PKPP (1) PM (1) PN (1) PRK (1) PRU (1) PRU-14 (1) PRU14 (1) Paling Teruk (1) Panglima (1) Panik (1) Patuhi (1) Pelabuhan Klang (1) Pembangkang (1) Pendakwaraya (1) Penjara Sungai Buloh (1) Penjawat Awam (1) Penyokong UMNO (1) Peraturan Mesyuarat 4 (1) (1) Perintah Kawaln Pergerakan (1) Perkeso (1) Perubahan (1) Perutusan (1) Phuket (1) Piagam (1) Plaza Tol Duta (1) Presiden Kesatuan Oxford (1) Punca (1) Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (1) Rais Yatim (1) Rampasan (1) Richard Malanjum (1) Rofiah (1) Rumah Terbuka AidilFitri (1) SC (1) SOP (1) SPR (1) Shad Saleem Faruqi (1) Shanghai (1) Sholat (1) Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) (1) Sinar Harian (1) Soffian (1) South China Morning Post (1) Subromaniam (1) Sukhdave Singh (1) Sulaiman (1) Sulit (1) Surat CIA (1) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (1) Syed Hamid (1) TPM (1) Taiwan (1) Tan Sri Abdul Hamid Bador (1) Tan Sri Annuar Musa (1) Tangkap (1) Teknologi (1) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (1) Timbalan Menteri (1) Timbalan Pengerusi SPR (1) Tok Mat (1) Topeng Muka (1) Tutup (1) Undi Tidak Percaya (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Veteran (1) YAB (1) Yang Di Pertua Dewan Rakyat (1) Yayasan Keluarga (1) Zawawi Ahmad Mughni (1) apartments (1) arak (1) awan (1) balik kampung (1) bantuan (1) belanjawan (1) beras (1) black area (1) bubar (1) bujur (1) bulat (1) buruh (1) cukai 2018 (1) dibenarkan (1) disorok (1) eBazar (1) eksport (1) empangan (1) forum (1) gaji pekerja (1) geiser (1) haiwan peliharaan (1) harimau (1) import (1) industri (1) industri kecil dan sederhana (IKS) (1) inkues (1) jangkitan (1) jurang (1) kastam (1) kemelselatan ekonomi (1) kewangan (1) kolam (1) kos guaman (1) kucing (1) kuman (1) mabuk (1) makanan (1) masayarakat (1) meow (1) moratorium (1) mysejahtera (1) pak belang (1) pasar borong KL (1) pecah amanah (1) peguam (1) pejabat buruh (1) pelangi (1) penyakit kronik (1) peribahasa (1) potong gaji (1) premis (1) ramdhan (1) rentas neger (1) sahabat (1) sosial (1) sukarelawan (1) tabligh (1) tak nak PH (1) tampung (1) tasik (1) task force (1) tindakan (1) tower regency hotel (1) tumbang (1) upah gaji (1) veterinar (1) wabak (1)