KUALA LUMPUR, - Semalam keputusan telah dibuat sebulat suara oleh semua ahli UMNO beri keputusan muktamad, memilih Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebagai Presiden UMNO yang baharu. Anggota parlimen Bagan Datuk itu, memperoleh 93 undi sekali gus tidak memungkinkan mana-mana calon mengejarnya lagi.
Dua lagi calon utama bersama bersaing mengisi tempat ditinggalkan oleh Datuk Seri Najib Razak ialah anggota parlimen Rembau, juga bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, serta veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah. Khairy mendapat 51 undi manakala Tengku Razaleigh cuma 23 undi.
Ahmad Zahid menyatakan komitmennya untuk memastikan UMNO kembali bangkit dalam persada politik tanah air sekiranya beliau diberi kepercayaan oleh akar umbi untuk menerajui kepemimpinan parti.
Langkah-langkah pemulihan yang dicadangkan beliau termasuk memberi ruang kepada ahli-ahli untuk mengkritik kepemimpinan parti mengikut peradaban UMNO, mewujudkan majlis syura serta melaksanakan langkah pemutihan ahli.
Pemilihan Umno menggunakan sistem yang menyerupai pemilihan koleh, dengan pemenang adalah yang mendapat undi bahagian paling banyak (satu bahagian satu undi). Kira-kira 146,000 perwakilan daripada 191 bahagian Umno di seluruh negara mengundi bermula pagi semalam dan proses mengundi tamat kira-kira 5 petang.
Pemilihan Umno ditangguhkan sejak 2016 bagi membolehkan parti itu menumpukan perhatian kepada pilihan raya umum ke-14. Jawatan presiden Umno menjadi tumpuan, selepas Najib melepaskan jawatan itu pada 12 Mei lalu atas kekalahan parti itu dan Barisan Nasional pada 9 Mei lalu.
Sumber Laporan : Internet
Nigna@2018